Followers

Thursday, May 26, 2011

Soping online @ Doorstep.com.my

Kowang pernah dengar tak iklan kat hot.fm pasal doorstep.com.my????
Ala soping barang-barang dapur secara online tu.
Ako dah lama dah pasang niat nak menyoping kat situ.
Tapi asek terlupa je...

So, semalam petang tetiba kawan depan ako ni buka mulut.
Dok tanya bila nak menyoping kat doorstep tu.
Ater, klu menyoping, dia nak menumpang sama katanya.

Kowang pernah ke menyoping barang-barang dapur secara online?
Hahaha...ako, ni lah first time nak menyoping.
Katanya ako ni kan dok sengsorang.
Klu nak ke GIANT, TESCO sengsorang semata-mata nak soping, ermm memang agak MALAS la gitu.

So bila ada kemudahan macam nih, opkos ako takkan lepaskan!
Senang sangat-sangat.
Memula, kowang kena lah buka website dia iaitu www.doorstep.com.my.

Lepas tu macam biasa jadi lah member kepada website tersebut.
Dah jadi member, kowang login je macam biasa.

Kemudian, bermula lah sesi pilih memilih.
Macam-macam ada.
Dari barang dapur hingga la ke barang-barang keperluan peribadi.
Macam syampu, ubat gigi, ubat kesihatan etc.

Walau takde la sebanyak macam kat supermarket barang-barangnya,
tapi cukup lah keperluan yang ako perlukan sumer ada kat dalam website tu.

Dari segi harga, tak jauh beza pun dari harga kat supermarket.
Cuma kat doorstep.com.my nih, derang ada juga jual barangan dengan harga rendah.
Kowang leh check kat ruangan 'HOT Deal PROMOSI'!

Dah siap pilih barang-barang yang kowang nak beli, pastu kowang leh pilih plak slot masa penghantaran. Klu pilihan kowang adalah slot bebila masa, maka charge penghantaran nya murah la sket iaitu lebih kurang RM3 sahaja. Kowang leh pilih hari bila nak hantar tapi derang akan hantar bebila derang suka la. So kat sini kowang kena sentiasa alert la atau kata lain kowang kena sentiasa ada kat umah la kan. Ye la sebab tak tahu bila exact time yang derang akan hantar.

Tapi kalau pilihan kowang adalah "delivery slot", makna nya kowang leh pilih waktu bila, paling tepat masa tu kowang leh tahu la derang akan datang time bila. Yang ni mahal sket la charge nya iaitu sebanyak RM5.

Sebab ako nak dia hantar hari ni (khamis 26/5), so ako tengok slot yang tinggal hanya antara pukul 6-8 ptg dan 8-10 malam sahaja. Maka ako pilih soh dia hantar dalam jam 8-10 malam.

Ok sekarang kita pilih cara pembayaran plak ye.
Boleh bayar masa derang hantar barang (C.O.D).
Atau kowang leh bayar dulu guna kredit kad atau internet banking.

Dah bayar, sila check balik barang-barang yang ko pilih tadi.

Pastu konpom kan order kowang.

Taadaaaa dah setel!
Derang dah terima order ako semalam.

Belum dapat barang lagi dah dapat shoping point.
Ok la kan.. So pasni bole la soping lagi kat sini.

Check email, derang dah terima dan dalam proses nak readykan barang-barang pesanan ako tu. Sebelum hantar, derang akan call dulu.

OK siap satu kerjarumah!
Hahahaha...  Mudah kan?!

So klu kowang ghase cam malas nak beratur panjang kat kaunter pembayaran, malas nak berlanggar2 montot ngan orang ramai, kowang leh try je beli kat doorstep.com.my nih.

Nota Jemari: tak sabar nak tunggu "lori" doorstep depan umah malam ni..

3 comments:

tipahvogue said...

Mudah btoi eh? Tp aku ni spisis rajin membelek barang, nak kena pi beli direct baru puas ati. Wakakakaka... * yg ianya aku suka merayau jek* ngeee

AKO @ retna said...

hahaha...
ako plak jenis malas nak belek2.
amek terus bayar..

*alasan nya, x suker nak merayap sengsorang* hhaha

Mat Runcit said...

Laman web kami baru dilancarkan dimana adna boleh membeli barangan runcit dalam talian. jom kunjungi kami di http://www.matruncit.my