Followers

Friday, July 29, 2011

Budak Melayu Mirip Anak 'Mat Salleh'

MOHD. IZMEET (kanan) bersama isterinya, Siti Rubiah mesra dengan anak pertama mereka Puteri Sarah di Kuala Lumpur semalam.

Tiada siapa sangka wajah comel seorang anak kecil, Puteri Sarah Mohd. Izmeet Iskandar, 3, yang mempunyai wajah mirip anak 'Mat Salleh' merupakan cahaya mata kepada pasangan Melayu Mohd. Izmeet Iskandar, 30, dan isterinya, Siti Rubiah Abdullah, 21.

Sesiapa sahaja yang melihat telatah anak kecil itu pasti tidak percaya dia ialah anak pertama kepada pasangan tersebut yang kini menetap di Taman Melati, Gombak dekat sini.

Mohd. Izmeet yang bekerja sebagai kontraktor Telekom Malaysia Berhad (TM) berkata, sejak anaknya lahir pada tahun 2008, anaknya itu menjadi tumpuan ramai ke mana sahaja dia pergi dan orang yang melihatnya tidak percaya Puteri Sarah ialah anaknya.

Katanya, peristiwa yang paling tidak boleh dilupakan ialah ketika selamat dilahirkan di Hospital Kuala Lumpur (HKL), doktor menyangka dia tersilap mengambil bayi orang lain hinggakan terpaksa membuat ujian asid deoksiribonukleik (DNA).

"Apabila ujian tersebut membuktikan Puteri Sarah ialah milik saya dan isteri, baru doktor tersebut akur," katanya ketika ditemui di sini semalam.

Selepas kejadian itu, menurut Mohd. Izmeet, doktor menyangka Puteri Sarah menghidap sejenis penyakit kulit atau genetik yang dikenali sebagai Albino, namun setelah menjalani satu ujian khas, sememangnya anak comel tersebut didapati normal. 

Nota Jemari: bakal anak ako lak camne ek??? Teringin nak anak kembar *wink

4 comments:

AdanyaKauUntukku said...

kun fa ya kun
Kalau Allah katakan Ya..maka Ya lah kejadian itu..

psstt
iLa pun nak kembar gak
tapi kembar tak seiras kat rumah tu pun dah buat iLa heart attack kat rumah..

lom jadi antu kak limah lagik tuuu
hulk hogen..ha haha

kalau tambah sepasang twin..aiyakkkkkkk

AKO @ retna said...

Kan,
klu dah kuasa DIA..
syukur pada yang kuasa..

Pssttt mmg dari kecik2 tingin nak anak kembar.. :p

Suka tgk...!

Lagi senanng sok dapat anak kembar, beranak sekali terus kuar 2, jjimat sket penat dan uwang ringgit hahaa :p

verangan je arr

Shaizhar said...

Nota Jemari: bakal anak ako lak camne ek??? Teringin nak anak kembar *wink

My Komen : A-Min .. tapi kena 'kawin' dulu :p 'ijab & qabul'

AKO @ retna said...

ler opkos nikah dl .. isskk