Tapi ghopenya dia ni yang anjurkan kontest tu.
Macam menarik je kan bunyi kontest tu.
Baca-baca details,
secara kasar tajuknya adalah " di mana saya jumpa jodoh saya".
secara detailnya, tajuk boleh juga seperti ...
1. di mana saya jumpa boifren saya
2. di mana saya jumpa tunang saya
3. di mana saya jumpa dia
4. di mana saya jumpa x-saya
5. di mana saya jumpa isteri / suami saya
6. where i met your mother
7. di mana atok gua jumpa nenek gua
8. di mana anak aku jumpa menantu aku
9. di mana ayah jumpa mak
10. jodoh kawan saya
11. lain-lain
Jadi tup-tup terpikir...
Saja la nak kongsi ngan kowang kisah .."di mana saya jumpa boipren pertama saya.."
OK tak? Bole la kan janji isi-isi nya menepati syarat piawaian tukang buat kontest.
(jgn ada yang jeles, sudah!!..)
Kisah bermula sekitar tahun 1998.
Waktu itu umur masih muda remaja lagi..
Masih berada di alam pembelajaran.
Ako awal 20-an.
Dia muda setahun dari ako.
Ako di IPM.
Dia di UIA (matriks kala itu).
Hostel ako terletak di Jalan Pantai.
Bersebelahan dengan hostel UM pelajar lelaki.
Dan juga bersebelahan dengan hostel pelajar matrik UIA PJ.
Ooo bukan bukan..
Kami bukan berkenalan disebabkan hostel kami sebelah menyebelah.
Dan kami juga bukan berkenalan melalui sahabat handai.
Tetapi perkenalan kami bermula di cyber cafe.
Zaman berchatting.
Zaman berkenalan melalui dunia alam maya.
Zaman melepak di CC 24 jam.
Waktu itu CC pilihan adalah di area sunway pyramid.
Sangat murah untuk pelajar-pelajar.
Dan memang kebanyakkan pelanggan di CC situ terdiri daripada golongan student macam kami.
KLu dolu-dolu berchatting musti cari kat dalam ruangan chat #alamak, #kampung, #etc.
Perkenalan bermula dengan teguran.
Ako menggunakan nickname cik 'aety'.
Dan dia menggunakan nickname en 'beam'.
Ayat pertama harus la begini,
"asl, pls."
Jawapan yang ringkas,
"umur/sex/lokasi.."
Yang membuatkan cik 'aety' tertarik dengan jawapan dari en 'beam' bila dia mention lokasi kami adalah di tempat cc yang sama. Harus ketika itu memasing tercari-cari juga gerangan empunya diri. Tapi takkan nak terus 'terkam', sebagai seorang gadis, sifat keMALUan harus ada. Maka, sesi terjenguk-jenguk dan tercari-cari kami hantikan disitu sahaja. Berjanji akan berchatting lagi pada minggu seterusnya.
Kisah chatting kami berlanjutan hingga la masing-masing berpuas hati dan amek keputusan untuk berjumpa secara bersemuka.
Pertemuan pertama dirancang.
Harus membawa kawan-kawan bersama.
Memandangkan hostel kami hanya sebelah menyebelah, maka lokasi pilihan untuk bertemu adalah di sebuah warung berdekatan dengan UM. (tak pasti warung tu ada lagi ke tak skrg ni...)
Akhirnya dengan bantuan rakan-rakan, berjaya juga perjumpaan untuk kali pertama itu.
Dan, sejak pertemuan itu, maka bermula la kisah hubungan cik 'aety' bersama en 'beam'.
En 'beam' berasal dari Pahang.
En 'beam' adalah anak sulung daripada 3 k3 4 adik-beradik.
En 'beam' merupakan anak harapan keluarga ketika itu.
En 'beam' adalah muda setahun daripada cik 'aety'.
En 'beam' mempunyai seorang pakcik yang keje sebagai pilot.
En 'beam' akan meminjam kereta pakcik nya itu jika berpeluang setiap kali kami berdeting!
Kenapa cik 'aety' suka en 'beam'?
Sebab waktu itu en 'beam' rela menjadi pendengar setia kepada segala luahan cik 'aety'.
En 'beam' menyedarkan cik 'aety' tentang perangai cik 'aety' yang tak reti luahkan perasaan. (tapi sampai skrg perangai yang satu itu tetap tak berubah-ubah ....)
Cik 'aety' dan en 'beam' suka tengok wayang.
Hampir setiap filem yang ditayangkan, kami akan tengok.
Tidak kira, citer melayu, india, cina, omputih.
Bak kata setiap hari pasti TGV atau GSC menjadi lokasi pilihan untuk bertemu.
Tahun 1999, cik 'aety' sudah mula bertukar status.
Dari status pelajar, kini beliau sudah mula bekerja.
Manakala en 'beam' ketika itu masih lagi meneruskan pengajian di UIA Gombak.
Dan kebetulan cik 'aety' sewaktu awal pekerjaan nya, menetap di Gombak juga iaitu di rumah saudara.
Sangat-sangat senang bagi cik 'aety' dan en 'beam' bertemu dan berdeting.
Hubungan kami berlanjutan hingga lah masuk ke tahun 2000.
Waktu itu keluarga cik 'aety' sudah 100% berpindah ke kuala lumpur.
Jadi, cik 'aety' terpaksa duduk bersama keluarga.
Bila sudah duduk serumah dengan ibu bapa, maka aktiviti berdeting mesti la dikurangkan sedikit.
Cik 'aety' pernah membawa en 'beam' bertemu keluarga beliau.
Ermm.. sangat menghampakan kerna keluarga cik 'aety' macam kurang meminati keadaan diri en 'beam' ketika itu. Cik 'aety' terpaksa bertungkus lumus untuk memastikan keluarga nya dapat menerima en 'beam' seadanya. Owang kata, usaha tangga kejayaan... Tapi kisah cik 'aety' dan en 'beam' menemui kegagalan.
Kerna dek terpengaruh dengan rayuan ibu dan bapa cik 'aety', akhirnya cik 'aety' dengan rasa bersalah dan rendah diri telah menjauhkan diri daripada en 'beam'.
Apa pun jua alasan cik 'aety' sekeluarga, di harap en 'beam' tidak berkecik hati ketika itu.
Dan cik 'aety' sangat pasti, en 'beam' sekarang ini pun sudah berbahgia dengan si isteri dan anak-anak tercinta ;-)
Ini sekadar kisah yang lalu....
Tiada mahu menyakitkan hati sesiapa.
Buat renungan dan tatapan kowang yang sudi nak baca.
So, bagi penganjur kontest, harap-harap isi kandungan menepati piawaian anda!!
Enjoiceeeee!!!
Nota Jemari: Jangan ada Benci!
14 Comments
Pstt xde ke yg terasa?? ha ha ha ha...
ReplyDeleterupanya ko le Mak We Mr.Bean eh? hahahaaaaaaaaaaaaaa
hahahahahaha sssyhh hahah ye ye ako tolak dia sbb kete dia kecik sgt hahaha -D
ReplyDeletepastu asek berkepit ngan patung ceklat dia je ;-D
wakakakah..benggong koooo!..hahahahhaha
ReplyDeleteRet,
ReplyDeletekita serupaaaa... ;) tempat di mana saya bertemu jodoh saya LoL.
Alhamdulillah, hingga ke saat ini...Semoga kami bahagia hingga ke Syurga...Amin.
Lin,
ReplyDeletehahahahaha ko yg start dl kan.. ;-D
Wan,
Aminnnnn.... ;-)
Huhuhu... Apsal aku rasa sedih sgt love story ko ni yer??... Sob sob sob
ReplyDeleteerkk sedih ke?????
ReplyDelete*melopong
ako.
ReplyDeleteaku dah link.tq masuk..
wardina juga jodoh mirc.
ok TQ encik/cik kueh ;-)
ReplyDeletetetiba saya dpt rasakan kesedihannya...
ReplyDeleteerkkk sedih ek?
ReplyDeletealamaaaakkk.... gurlpp
hmmm
ReplyDeletesaja melawat perserta lain
aku simpan ja lah komen aku. keke
sedih la pulak cerita akak nih...
ReplyDeletealamak shay, sedih ker??
ReplyDeleteerkk...
Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging .
For any inquiries, email: anakomak6@gmail.com