Kowang pasan tak kat bawah-bawah ni ada satu entry ako yang berbunyi "di mana saya jumpa jodoh saya". Betul-betul, ianya adalah satu contest!
Macam tertarik dan menarik contest ni....

Ako rasa musti ramai yang sudi nak kongsi kisah-kisah jodoh mereka kan...
Rileks... tak semestinya jodoh tu untuk suami dan isteri...
Boleh juga kowang citer pasal gefren or boipren kowang..
Tak pun klu bukan kisah kowang, mungkin juga bole citer kisah mak bapak, atok nenek kowang.

Syarat dia senang je..
Kowang baca la ye kat bawah nih..
Ako copy and paste je dari blog dier ni.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

"...ikan di laut...




garam di darat...




dalam kuali bertemu jua.."


aku mahu buat satu contest. sape-sape pun boleh masuk. kontestnya senang saje."di mana saya jumpa jodoh saya".buat entri pada blog kamu dan linkkan entri kontest ini..nanti aku akan linkkan balik blog yang masuk kontest.

hadiahnya simple saja.

1. top up rm 30 untuk johan
2. top up rm 20 untuk naib
3. top up rm 10 untuk ketiga (ei kedekutnya! ha ha ha!)

secara kasar tajuknya adalah " di mana saya jumpa jodoh saya". secara detailnya, tajuk boleh juga seperti ...

1. di mana saya jumpa boifren saya
2. di mana saya jumpa tunang saya
3. di mana saya jumpa dia
4. di mana saya jumpa x-saya
5. di mana saya jumpa isteri / suami saya
6. where i met your mother
7. di mana atok gua jumpa nenek gua
8. di mana anak aku jumpa menantu aku
9. di mana ayah jumpa mak
10. jodoh kawan saya
11. lain-lain

aku mengharapkan banyak pernyertaan sebab jika ada 150 cerita aku akan bukukan kisah-kisah ini..setiap kisah akan dicetak pemiliknya atau blognya . setiap kisah yang masuk adalah hak milik korang tapi keuntungan jika ada dalam penjualan buku adalah hak aku.kerugian juga tentunya hak aku juga.ha ha ha! tapi komisen jual buku ada. royalti tak ada. ha ha ha.

aku berharap dengan mengumpul cerita-cerita 'di mana saya jumpa jodoh saya' akan memberi inspirasi kepada orang lain. aku yakin cerita-cerita akan menolak statemen 'biarlah jodoh datang dengan semulajadi". we must fight for it. kalau mahu kenyang mesti makan. kalau mahu kawin mesti mengorat..heh!

kontest bermula sekarang dan berakhir sebelum 1 ramadhan. jika banyak pernyertaan bolehlah aku sibukkan diri untuk menghasilkan buku sepanjang ramadhan.

kisah tidak semestinya 'true story'. kamu boleh merekanya..dan penyertaan tidak terhad pada satu. 5 penyertaan boleh. 50 penyertaan pun boleh. cuma aku yang akan pilih sendiri untuk memasukkan atau tidak memasukkannya ke dalam buku. boleh juga letak gambar cuma mungkin gambar aku takkan masukkan dalam buku.

panjang atau pendek aku tidak kisah. ikut suka kamu. jika kamu 'orgasm' dengan menulis panjang, ada juga yang 'orgasm' membacanya..sajak pun boleh. cuma kalau boleh jaga spelling.kalau bolehlah..tidak digalakkan shortform perkataan.

kepada bukan bloger juga boleh masuk.emailkan saje penyertaan pada aku.email aku akan bagi setelah kamu letak email kamu pada shout-box atau bagian komen.

jika kau seorang pembuat katun atau pengambil gambarjuga boleh masuk..insyaallah aku akan print-out color. sebuah cerita tidak semestinya dengan perkataan. gambar juga punya cerita..

jika anda telah bercerai atau putus tunang atau putus hubungan. dan rasa mahu menulis tentang 'putus' tersebut daripada 'bertemu' dipersilakan. tajuknya

'bila jodoh telah tiada' atau apa-apa lah. aku percaya suatu yang sedih, jika ditulis, ia sebuah terapi dan melegakan. kata pemuzik," the deeper your heart broken, the greater song born".

segmen 'bila jodoh telah tiada' aku akan letak di bahagian 2 buku.. cerita tentang 'bila jodoh telah tiada' lebih punya pengajaran dan sempadan..jadi, selain kemanisan bertemu 'dia', buku ini akan punya satu sisi lain tentang perhubungan...tentang kehidupan...

jika buku 'ikan di laut..garam di darat..dalam kuali bertemu jua" part 1 suksess akan lagi kontest dan seterusnya buku part 2, part 3 dan seterusnya..hahaha.

Nota Jemari: Gud LUck !! :-)


ps: En KUEH, saya tolong kasi promot kat sini ye ;-)