Perghhh.....!
Baca tajuk je terus ako zassss amek dan gi bayo kat kaunter.

Ako ni senang je..
Tengok gambar buku nampak menarik, kasi baca sinopsis sket kat bahagian belakang.
Klu sesuai dengan jiwa, terus je sambar.

Ni novel terbaru yang ako beli.
Dah lama betul tak membaca.
Ekceli ada lah juga novel-novel sebelum ni yang ako beli tapi tak terbaca-baca.

Aisshhh....
Tu la payah nya.
Lately ni ako memerlukan sesuatu bahan bacaan yang ringan dan x serabut.
Ayat-ayat yang ringkas tak berbelit.
Dan paling ako suka, klu isi kandungan novel tu banyak dialog.

Dah makin 'matang' usia ni, makin malas nak baca ayat-ayat penyata yang panjang-panjang. 
Cukup sekadar isi-isi penting dan ringkas sahaja.

Ok ok berbalik pada novel yang satu ni.
Citer dia simple je.

Citer pasal suami isteri ni.
Si suami beriye nak anak lelaki.
Sudah nya yang kuar anak pompuan.
Maka sebab dah terlalu sangat nak anak laki, diajar nya si anak itu cara hidup sebagai seorang budak lelaki.

Hingga la besar budak tu terus berubah minat naluri pompuan menjadi naluri lelaki.
Maka sebab itulah dia berperwatakan TOMBOY.

Cop cop!
Dia TOMBOY tapi bukan LESBIAN.
Sebab itu sila paham betul-betul maksud TOMBOY tu ek.
Aisshhh ako bukan apa.
Letih betul nak explain bila dulu klu ako sebut je skolah pompuan, 
rata-rata owang terus akan assume budak tomboy sekolah lesbian.

Alaahaiiii...............
TOMBOY dan PENGKID ada banyak beza nya ye!!!

Tomboy hanya perwatakan luaran sahaja seperti lelaki.
Nafsu tatap pada lelaki walau tak banyak tapi tetap ada berahi bila pandang lelaki.
Bukan pada pompuan.

Pengkid plak, dia memang nafsu pandang je pompuan, membuak2 nafsu dia.
Tapi klu pandang lelaki, naik nyampah pun ada.

So, klu orang tu nampak macam tomboy, 
rambut pendek, 
pakai ala-ala macam lelaki,
lebih-lebih lagi klu dia mention skolah pompuan,
sila tanya,
"awak tomboy ke awak pengkid?"

Eh menyimpang plak dah citer ako ni.. hhaha

OK ok meh sambung balik.

Pastu sebab bapa dia omputih.
Maka tentu la dia seorang TOMBOY yang cun campur hensem.
Dalam novel ni, ada lelaki syiok kat dia.
Dan ada pompuan juga tergila-gilakan dia.

Tapi opkos la naluri dia masih minat pada lelaki, 
maka dia memilih sang lelaki untuk jadi teman seumur hidup dia.

Kowang nak tahu kesudahan jalan citer novel ni,
sila la beli dan baca sendiri k ;-)

Tapi klu malas nak gi beli, jangan risau.
Baca je kat sini k.

Nota Jemari: tetiba tingat zaman skolah *senyum