Followers

Tuesday, July 26, 2011

Setem Upin Ipin terbaik dunia 2010

Saja nak share sesuatu yang ako dapat dari email..
Jom baca!

Gambar diambil dari kkkhor.blogspot.com 

Koleksi setem khas Upin dan Ipin 'Traditional past time games with Upin & Ipin and friends' keluaran Pos Malaysia diiktiraf sebagai antara koleksi setem terbaik dunia bagi tahun 2010. 

Pihak yang bertanggungjawab membuat pengiktirafan tersebut ialah stampnews.com , sebuah gerbang web bebas yang mengemaskini koleksi setem dari seluruh pelusuk dunia. 

Koleksi setem Upin & Ipin tersebut berada di tangga kedua dalam kategori 'Most touching stamps' setelah seri dengan setem 'Teddy Bear' terbitan German Post. 

Pengiktirafan ini secara tidak langsung turut menaikkan martabat negara dan Pos Malaysia di mata dunia dengan usaha-usaha mencipta dan menerbitkan koleksi setem yang unik dan luar biasa yang mewakili imej dan jati diri Malaysia. 

Nota Jemari: Malaysia BOLEH!! Syabas!!

2 comments:

Sis-Lin said...

aku [pun nak beli laaa...yg Aznil tu aku ada..kwn aku bagi..hehehehhe

AKO @ retna said...

comei je kan....
ni klu bagi kat ABIN, bukan nya dia simpan, ghase nya harus dia ronyok2 je kertas stem tu :p