, ,

Soping @ Sogo

Insyallah, dua minggu lagi department ako nak buat family day.
Kali ni konsep nya ala-ala 'balik kampung' gitu.
Lokasi pilihan adalah dalam dusun buah-buahan kat area Hulu Langat sana.

Detail, sok-sok la ako citer ek.

Bila dah namanya family day, konpom la ada games.
Macam acara wajib plak kena buat sukaneka.
Dan bila ada games, kena ada hadiah, ye tak?!

Maka, bersoping sakan la kami di Sogo semata-mata nak beli hadiah untuk Family day itu nanti.

Haish... banyak juga la mende yang nak dibeli.
Klu ikutkan hati, sumer barang nak diborong.
Tapi berpada-pada la ngikut budget nya kan.

Jumaat lepas, separuh barang dah dibeli kat IKEA.
Kali ni kita sambar kat Sogo plak.

Rabak juga la duit poket.
Eh bukan bukan...
Bukan duit sendiri pun tapi duit department kan....

Pastu kan pastu kan, bila ko blanjerkan ada certain-certain amount, ko boleh tukar point.
Kira macam tadi kitorang budget nak tukar ngan beg Harrods tapi Sogo punya la kan.
Tapi tak kesampaian.
Satu, point kena dalam satu resit bukan accumulated.
Dua, beg Harrods tu pun dah abesh stok.

Last-last, tukar 500 point dalam satu resit, dapat la mende alah cam lam gambar atas nun.

Issskkk..... sungguh-sungguh tak berbaloi, OK!
Ntah nak buat hape pun x tau.
Sudah nya, bagi je la kat sesape yg ada anak, buat mainan derang.

Nota Jemari: sogo oo sogo, lenkali bagi la hadiah yang best-best sket ek, penat tau soping beribu riban kat situ ..
Share:

5 comments:

  1. sogo mmng gitu, shoping ribu riban sudahnya dia bagi mug je seketul.
    nyampah.
    aku pun dah berbulan tak ke sogo.

    ReplyDelete
  2. bestnyer soppinggggggggggg!

    ReplyDelete
  3. amboi anak omak, sibuk sopping ... aper jer pilihan untuk hadiah pertama, ipad ker blackberry.? haah, toaster, alahhhhhh...koman nya.. hahaha...

    ReplyDelete
  4. nak gak satu hadiah tuuuu..
    ape ko rembat tu retna oit
    hadiah family day kat sogo ok....

    nak gakkkKkKkkKkkk

    ReplyDelete

Penafian @ Pemberitahuan

Blog ini hanya blog personal, hanya cerita tentang diri, family & kengkawan AKO. Tiada kena mengena dengan yang hidup ataupun yang telah tiada.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di Ako Tetap Ako's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada Ako Tetap Ako's blog.

Sebarang komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

Sekian terima kasih.