Followers

Friday, July 8, 2011

Surat Tiada Nama

Cer kowang tengok surat kat bawah ni.
Cer kowang terai baca isi kandungan dia.
Cer kowang translate kan tuk ako.

So, camne?
Kowang paham?

Kisahnya, kawan nan satu tu tetiba mesej ako.
Suspen!
Katanya dapat surat.

Ok la, hepi la kan bila dapat surat.
Al-maklum zaman sekrang ni dah kurang orang nak kirim-kirim surat camni.
Maka kerna terlalu excited, cecepat la dia buka dan tak sabar nak baca isi kandungan nya.

Tapi bila dah buka terus cam blur!!
Klu kowang jadi dia, konpom blur juga kan?!!

Check punya check alamat, memang konpom alamat rumah dia.
Si pengirim pun siap tulis alamat beliau kat belakang sampul surat.
Aisshhh sebijik cam zaman-zaman surat dolu dolu kala kan.

Sebab curious sangat tentang surat yang takde nama pengirim, (dia tulis alamat je tanpa nama), maka ako pun cuba-cuba juga la tolong dia translatekan isi kandungan surat tersebut.

Eh bukan bukan ako yang translate kan.
Tapi ako minta sorang opicer kat sini yang paham tulisan cina.
Ermm sebab kan gambar cam kurang jelas, maka beliau pun tak bole nak translate betul2.
Cuma ada la perkataan-perkataan yang ada mention 'IBU', 'UPSR 5A'.

Gurlpp.. ok ako suspen!!

Sebab apa ako suspen, sebab pengirim tu siap selitkan gambar kat atas ni.

Ako suspek kirakan si pengirim macam minta bantuan.
Dia kena dera kah oleh ibunya?
Atau dia ditinggalkan oleh si ibukah?

Ye la kan, sudah lah surat dikirim, tiada nama pengirim dan penerima.
Hanya alamat semata-mata.
Klu kowang jadi kawan ako tu, mesti suspen juga kan.

Tak tahu camne nak tolong dah.
Sudahnya, kebetulan kawan itu mahu amek anak pulang dari skolah.
Terjumpa kawan yang berbangsa cina yang bole membaca mandarin.
Maka, terjawab sudah isi kandungan surat tersebut.

Isinya lebih kurang camni la...
 ...si pengirim ni seorang budak, dia nak hantar surat tu kat makcik dia..
Dia citer pasal keluarga dia.. Dia nak amek UPSR, so dia target nak dapatkan 5A...

Lebih kurang la macam tu.

Phewwww!!
Suspen tau!
Ghopenya budak tu nak kirim surat kat makcik dia.
Saja nak citer perkembangan tentang keluarga dia, mak dia, adik dia dan pelajaran dia.

Tapi yang moskel skrg ni, adakah dia tersalah tulis alamat?
Kawan ako tu syak mungkin alamat budak tu cam tak lengkap.
Coz umah kawan ako tu kat Jalan 22/6.. dan mmungkin rumah makcik budak tu kat alamat Jalan 22/16.

So, kawan tu nak try gi tanya umah kat Jalan 22/16.
Kot-kot la dia kenal budak dalam gambar tersebut.

Kowang agak camne?
Kita tunggu kesudahannya k... 

Nota Jemari: .. suspen kan klu dapat surat-surat camni.. Siap nak report polis dah kawan tu...

4 comments:

cx's said...

huh.. kalo aye pon suspen kot. huhu

AKO @ retna said...

kan....
kita tunggu apa kesudahan citer surat ni...

Azira...Nozie...Kechik said...

hahhaha..selalu rase kalau bace sini, mesti cam pelik2 je dapat...akak jd orang terpilih kot..hahahha

AKO @ retna said...

hhahaha eee takmoh arrr yg pelik2.. taaakootttt :p