Followers

Tuesday, August 9, 2011

NICE-coach

Ingat lagi tak pasal entry ni?
Pastu ako ada mention nak review sket kan pasal bas coach yang ako naik aritu.
Ako menggunakan perkhidmatan NICE-coach masa ke JB baru-baru ni.

To be honest, ako rasa coach ni, SO-SO je la ye.
Takde la sehebat mana.

Kowang boleh naik coach ni dari stesen KTM Lama, KL Sentral atau pun Stesen bas BTS.

Aritu ako naik dari KTM lama.
Punya la berebut nak naik komuter dari stesen Bank Negara menuju ke KTM.
Aisshh ako rasa perkhidmatan komuter WAJIB dipertingkatkan lagi la servis dia.
Kena banyakkan lagi gerabak. Orang ramai dah makin ramai menggunakan perkhidmatan komuter lebih-lebih lagi dalam bulan puasa mcam ni. 

PADAT!!
Macam sardin!
Memasing berebut-rebut nak naik.
Yang nak kuar dari gerabak plak tersepit-sepit sebab penumpang dari luar tak sabar-sabar nak masuk. 

Kesian!!

Nice-coach ni ada lounge.
Tempat menunggu sementara menantikan bas datang.
Jangan risau, ada tempat makan juga.
Ada plug klu-klu kowang nak online.
Ada wifi juga.

Eh eh wifi tu dari KTM bukan dari nice-coach ye, klu tak silap ako.
Kowang rileks je menunggu.
Ada tibi juga.
Ada ruang membaca.
Jangan risau, nanti ada annoucement yang dibuat tuk panggil penumpang-penumpang.

Klu kowang nak beli tiket terus dari kaunter, kowang boleh masuk je lounge tu dan naik tingkat satu. Ataupun kowang leh beli secara online melalui website dia. 

Kan ako mention nice COACH kan, so ako budget macam coach TRANSTAR or Aeroline la gitu.
Ye ye memang ada la juga persamaan nya sket.
Ada monitor tv di setiap seat.
Tapi yang tak syiok nya, monitor tu hanya sebagai perhiasan je la.

AKo ingatkan bole la layan movie ke hape.
Sudah nya tak berguna langsung.
Tak tahu la rosak or motip derang tak moh bagi kita tengok tibi.
Sebab memang ako budget nak naik coach ni sebab nak layan movie dalam bas, macam yang ako naik transtar dulu tu.

Ke sebab destinasi domestik je, tu yang dia tak nak ON tibi tu ek?
Arghhh tensionnn!!!

Pastu dia bagi ako bantal.
Ala besar kushion je pun.
Ermm tak tahu la basuh ke tak sarung nya tu.
Berkepam je ako tengok.
hahahaa.... 

Ada selimut.
Tapi sebab ako dah pakai shawl maka dia tak bagi selimut tu kat ako.
Weii apa jadah nya kan, ako bayar rege tiket sama, tapi sebab ako dah ada shawl, so ko tak yah bagi ako selimut?? Sejuk OK!! Aircon punya la kuat.

Ada pramugari.
Erkk pramugari ker??
Adehh..... jauh beza nya pramugari transtar.
Cantek dan sopan je.

Dapat plak kat nice-coach ni, adehh buat saket mata je tengok 'pramugari' dia.
Dah la tak kemas, tambah plak cara ko serve customer sangat-sangat tak sopan.
Kasar! Pastu time ko berborak ngan pakcik drebar, boleh lak ko gelak kekuat macam bas tu, ko sorang je penumpang nya!! Isshhh no good!!!

Takut gak derang tak bagi makan.
Sesiap ako beli salad dan air oren dari opis before berangkat.
Dah nak masuk waktu berbuka baru dia serve kitorang ngan makanan cam kat atas ni.

Roti ngan air kotak.
Jadi la kan.
Dah separuh perjalanan, dia hidangkan plak teh/kopi panas.

Overall, ako agak kurang berpuas hati juga la.
Tapi sebab rasa nya kena la tu ngan tambang yang dibayar dengan servis yang kita dapat.
Klu dibandingkan harga tiket dan servis dari transtar memang jauh lebih tinggi dan TERbaik la, setakat ni.

Pape pun, sebagai rakyat Malasyia, terpaksa la juga ako sokong dengan perkhidmatan dari syarikat malaysia ni. Cuma rasanya, pihak tertentu kena la mempetingkatkan lagi kualiti servis perkhidmatan bas derang. Baru lah setanding dengan coach bas dari negara luar.

Klu nak selesa, boleh je try coach ni k.
Klu malas nak ke BTS, boleh je cuba naik coach ni dari KTM or KL sentral.

Maybe lepas ni ako leh cuba coach-coach lain plak kan ;-)

Nota Jemari: Teringat dulu-dulu ada Executive Coach dari Transnasional! Ha yang ni memang TERBAIK!!

9 comments:

mekchu said...

ingatkam review pasal coach henbeg.. daku tertipoooo... dah terbayang shopping coach kat singapore..

AKO @ retna said...

aaahahhha woppsssss :p
ala cian dier...

Shaizhar said...

:(( sedih... mana gambar saya posing maut dlm bas tue? hu3. sampai hati.

apa pun memang s0 - so je lah bas tue..

erm...

AKO @ retna said...

cettt!!!
eex koser ako nak tempek gambat ko ;p
gambar sendiri pun ako malas nak tempek.... :-D

dok dendiam je ar..
klu nak ako emaikan ;-)

ken said...

sure comfy inside :)

Biqque said...

dah lama tak naik bas...takut! tapi nampak je dpt makanan, terus rasa nak naik hehehe!

AKO @ retna said...

biqque,
ahhaha lawak arr u...
best klu dapat makan sedap2 sket kan hahaha

makan sambel tgk movie.. perghh nikmat tau!!

Sis-Lin said...

Nanti aku nak try naik la plk..tp ada ke dr Larkin Terminal tu? ermmmm

AKO @ retna said...

Lin,
klu nak try sekali bole jer :)