Followers

Thursday, January 5, 2012

Batam Trip: Seafood

Nyumm nyumm....
Dinner time!


Kata nya kat sana pemes ngan makanan laut. Tu yang malam tu jugak kitorang soh pak supir hantar kitorang ke kedai seafood. Klu tak silap restoran ni terletak kat area Batu Ampar. Kira memang tepi laut la gitu. Ada banyak kedai tapi pak supir syorkan kitorang makan kat kedai atas tu.



Sumer nya masih fresh-fresh lagi.
Nak makan kena tangkap sendiri dan baru derang terus masak.
Rasa nya klu kat memana kedai seafood pun konsep nya macam ni kan ;-)
Tangkap dan terus masak.


Ermm.. kowang kira sendiri la ye harga nya.
Boleh tahan juga la kami kena bayar. Tapi rasa nya berbaloi sebab sumer lauk-pauk memang sedap hingga menjilat jari.


Lobster pun besar-besar belaka. Tapi takde la nak mencuba kan. Ater uwang yang dibawa pun cukup-cukup aje lor :p


Ikan siakap yang berjaya kami tangkap.
Terkedu jap tengok dia hempas ikan tu supaya kasi hilang nyawa..
erkk.... sian!

Opsss jangan kesian kang tak lalu lak nak telan.


Konsep tempat makan nya sangat teratur dan selesa.
Kira macam satu pondok, satu pondok.
Tak crowded sangat macam kat Todak.
Tapi ada juga tempat makan yang terbuka yang betul-betul nampak lautnya.
Tak lupa juga ada 'live band' yang turut menghiburkan pengunjung.


Air kelapa dia besar.
Banyak air dan isi juga.
Puas!


Ketam masak pedas.
Perghhhh memang terasa pedas dan manis.


Kangkung goreng belacan.
Pun lagi sedap daripada yang pernah ako rasa.
Memang cukup rasa pedas dan belacan nya.


Udang goreng tepung.
Yang ni agak kurenggg sket rasa nya.


Ketam masak blackpepper.
Perghhhh terangkat sehh!!!
Ako ni kurang sket makan ketam sebab ako rasa ketam ni jenis x banyak isi.
Tak puas nak makan.
Tapi yang ni kira ok la. 


Ikan siakap masak tiga rasa.
Lembut isi ikan nya.
Memang betul-betul segar.

Jumlah semua sekali yang kami kena bayar termasuk minuman , nasi putih adalah lebih kurang dalam Rp450,000. Kowang convert la sendiri ye.

Overall, PUAS HATI!!!
Malam tu memang terbongkang tido kekenyangan..

ZzzzzZZZZ kroohhh krooHhhh.

Nota Jemari: Kedai makan ni waktu siang pun dibuka juga!

4 comments:

Ely Hasrul said...

nih aku nk carut nih tgk makanan2 nehhh ya allahh sedapnyeeee.. nih yg nk buat lawatan ke fatty crab nehh..

cuma nk gelak pon ade part siakap kena hempas tuh kihkihkih

AKO @ retna said...

hahahhaha Ely, tu la sebab siakap tu cam degil no nak mampus nya... Sudah nya si tukang kedai hempuk kan aje kat dinding.. ha mati pun siakap tu..

terus ako terkedu terdiam tak terkato hahahaa..

nyumm nyumm cecepat cari crab tu hahah kang terliur lak anak tekak ko :p

Sis-Lin said...

Hahaha mabelessss mmg sedap. terima kasih pd penaja malam tu..heheh

Bukan terbongkang lagi..terus dengkur tak sedar diri..hahahaaaaaaaaaaa

AKO @ retna said...

Lin,
hahahha tau xpe..
memang tak ingat pape dah..
penat campur kenyang .. kroohhhh :p