Followers

Monday, April 23, 2012

NZ Trip: Shotover Jet @ Queenstown (Day 5)

Morning!!!
Hari kedua di Queenstown.
Malam tu memang nyenyak tido sampai malas sungguh nak bangun pagi tu.

Bersiap-siap jam 9 pagi.
Terus kitorang cari tempat nak beli tiket untuk aktiviti hari itu.
Fara bawa kami masuk kat satu tempat ni.
Kira kedai untuk booking pape aktiviti yang boleh dibuat kat Queenstown.

Kat sana, memang banyak tempat yg kowang leh cari untuk beli tiket.
Pepandai la kowang cari dan survey tempat mana yang bagi harga murah.
Ako lupa nama tempat yang kitorang beli tiket tu.
Tapi yang pasti kita amek pakej untuk buat shotover jet & canyon swing yang berharga lebih kurang NZD300 sorang.

~WOW, excited dah ni!!~

Aktiviti kitorang start jam 11 pagi.
Kitorang diarahkan untuk berkumpul kat "station building" nama tempat tu.
Kowang boleh booking tiket kat situ juga.


Ni ako bagi map untuk ke Station Building tu.
Sorry la klu tak clear. Itupun ako amek dari website dia.


Dari station tadi, kitorang dibawa menaiki bas untuk ke tempat shotover jet, 'the World's most exciting Jet Boat Ride'.


Derang bagi baju 'ujan' kaler hitam tu dan juga jaket keselamatan.
Tak sempat nak buka baju sejuk ako kat dalam, sudahnya berlapis2 ako pakai aritu.
Perghhh giler tebal dan rasa 'besar' sesangat.
Jangan risau, derang memang ada sediakan locker untuk letak barang2 personal kita.
Cuma tu la, derang ni cepat dan tangkas.
Takde masa ko nak pikir nak buka baju panas ke, nak pegang apa ke.
Zap zoop zap... sepantas kilat kita pakai jaket dan terus dia soh kita beratur kat tepi jeti.


Shotover Jet is the only company permitted to operate in the spectacular Shotover River Canyons. It's a thrilling ride - skimming past rocky outcrops at close range in your Shotover Jet 'Big Red', as you twist and turn through the narrow canyons at breath taking speeds. And a major highlight - hold tight for the world famous Shotover Jet full 360 degree spins! 


Yeehaaaaa!!!
Spin 360 darjah..
Giler best!!!
Klu soh naik banyak kali pun rasa nya x buhsan.
Klu dapat geng2 yang sekepala dalam bot tu lagi la havoc!!

Ako rasa dalam 20-30 minit kot pengembaraan kita dengan bot tu.

Kapel yang dok sebelah drebar tu jenis tak banyak cakap.
Kapel dari india yang dok sebelah ako tu plak, punya la pot pet pot pet yang laki nya tu.
Tiga laki mat saleh dok belakang ako tu pun x banyak cakap. Apatah lagi nak buat bising.
Yang belakang sekali si murshi ngan fara, lagi arr ako x dengar sore derang tapi ako pasti derang pun menjerit sakan macam ako kat depan ahahahaha...!!

Ako rasa sore ako je yang terlebih jerit dalam bot tu.
Ye la kan, bende enjoy dan fun, klu x menjerit x seronok la pulak.
Tapi jerit-jerit ako pun still kontrol lagi la ye klu nak dibandingkan mamat india sebelah ako tu... perghh lagi arr bingit klu dengar sore dia hahah..

Laayan aje la!

Sape yang dok tepi memang akan kebasahan la.
Sedangkan ako yang duduk kat tengah pun bole terasa basah, apatah lagi derang yang dok paling tepi, konpom lagi basah. Tapi basah-basah pun kat luar je la sebab kita kan dah pakai baju ujan sebagai cover ;-)


Tak dapat nak pandu bot tadi, kita jadi 'pemandu' kat kaunter dia je la ek.


Pandangan dari atas.
Kat bawah tu la tadi jeti tempat kita naik bot.
Ekceli bawah tu sungai je pun.
Cantek sungai derang.


Kebulur dah time ni.
Apa taknya dari pagi x sempat nak breakfast.
Ini pun kebetulan kami sempat 'tapau' je sandwich sebelum bertolak ke tempat jet bot tu.


Dah dah, moh kita balik.
Ada lagi satu lagi tempat kita kena pegi lepas ni.
Selesai urusan pembelian cenderahati, gambar n sewaktu dengannya, terus kami ke tempat menunggu van yang akan membawa kami ke tempat untuk buat canyon swing plak.

...bersambung k

Nota Jemari: senyum seronok..

10 comments:

Biqque said...

best gile dpt main shotover jet tu!

Irfa said...

best..best :)

Danny / John said...

byk lagi aktiviti kat nz aku tak buat lagi. bestnyaaaa tgk ko main shotover jet tuh! hahah...

kene ripit nih!

AKO @ retna said...

biqque , irfa & Danny,
Sonok main jetover ni...
Ekceli banyak lagi nak main tp kewangan je yg x mengizinkan heehe

Janggel said...

OMG bestnya Shootover tu!!! Macam naik roller coaster gamaknya kan.

AKO @ retna said...

Janggel,

Mmg fun la juga...
hahah yg best bila dia pusing 360 darjah tu..

ch@ said...

maaak, tak gayat ke kakRet? tgk pun cam nak nangis, terbayang kegayatannya. adeih!

AKO @ retna said...

cha,
tak la mana de gayat..
just duduk je dalam bot.. gerenti x gayat la ;)

Azizan Zolkipli said...

sah2 jerit kekuat masa naik ni kan ? best, best, lagi best !!

retna yusof said...

Betul betul hhehe.
Memang jerit sekuat hati pun hehe