Followers

Friday, May 4, 2012

NZ Trip: Franz Josef (Day 6)

Hari ke-6.
Malas betul nak bangun pagi tu.
Harus bergerak dari Queenstown menuju ke Wanaka dan Haast dan berakhir di Franz Josef.



Hari yang cerah untuk perjalanan aritu.





Jalan punya jalan ternampak satu tasik ni, terus kitorang menyinggah kejap.
Ini lah "Lake Hayes".


Jalan lagi dan hampir terlepas bangunan ni.
Kawasan terpencil, so memula cam x amek pot sangat kat kawasan ni.
Tapi tup tup ako terperasan bangunan kat bawah ni.


Cardrona Hotel.
Salah satu hotel tertua kat New Zealand.

"Nestled in the rolling hills of the Cardrona Valley, The Cardrona Hotel (Est. 1863) is one of New Zealand's oldest hotels. A comfortable 40 minute drive from Queenstown and only 20 minutes from Wanaka, this unique hotel offers both quality accommodation and traditional hospitality."
Kecik je hotel ni cam kotak je hehe.
Ekceli yang itu cafe dia.
Klu kowang masuk ke dalam dan pegi ke belakang, kowang akan nampak ada taman dan bilik-bilik nya.





Thanks to murshi sebab rajin masuk jelajah sampai ke dalam tuk amek gambar.
Masa ni, ako dah malas dah nak amek2 gambar hahaa..
Tapi bagus juga, klu tak, ako pun x tau apa kat dalam hotel tu.

Mana tahu, kot-kot klu kowang berpeluang ke situ, dan teringin nak stay kat sana, leh arr usha-usha website dia kat sini k.


Tak jauh daripada Cardrona, kita tiba kat Wanaka.
Tak susah cari 'Puzzling World' ni.
Tepi jalan je pun.

Puzzling world ni ada dua tempat menarik kowang leh tengok.
Satu "great maze" dan satu lagi "illusion room".
Bayaran untuk setiap satu adalah $12 untuk dewasa, $9 untuk kanak-kanak.
Dan untuk sekian kali nya ako x masuk pun dedua tempat tu.



Ekceli macam-macam gaya kowang leh pose.

"When you arrive at Puzzling World you will immediately notice the crazy architecture. One building has four eccentric Tumbling Towers. Another one is called the Leaning Tower of Wanaka. This tower has been pulled out of the ground and is balanced on one corner at an unbelievable 53 degrees! The Leaning Tower of Pisa only leans six degrees." - puzzling world website


Jangan lupa tengok video dia k.
http://www.puzzlingworld.co.nz/video.html




Kat dalam bangunan tu ada cafe.
Dan setiap meja dalam tu ada sediakan games untuk kowang solve.
Klu kowang ada masa lebih, leh ar lepak-lepak sambel selesaikan games tu sumer.


Selesai kat puzzling world, kita teruskan perjalanan.
Dan berhenti plak kat tempat ni.
Tepi jalan je pun.
Aritu terbaca kat blog chawanna yang dia ada pegi sini.
So excited juga nak tengok betapa birunya 'pool' kat situ.


Kena jalan redah hutan sket la ye.
Make sure kowang pakai baju dan kasut yang bersesuaian, untuk keselesaan kowang juga kan ;)
Dah mention awal-awal kat signbod tu, 30 min perjalanan OK!!
Itu baru pegi je. Pegi balik konpom la lebih kurang sejam juga nak kena amek.


Eh ni ke?
Tak kaler biru pun kan?!!


Bukan la....
Ni baru pit stop pertama.
Kena teruskan perjalanan lagi.
Kena lepaskan jambatan tu baru kowang leh nampak pool yang betul.



Ha ni baru betul pool nya.
Cantekkan!!
Thanks to Murshi gak coz berjaya amek gambar ni secara dekat.




Tengok la tu, gigih OK turun ke bawah nun tuk amek gambar air yang membiru secara dekat.
Pat kan ako pakai kasut yang x sesuai. KLu tak, konpom ako pun ikot ke bawah sekali.


Lepas bluepool, kita gerak lagi.
Kali ni dah sampai area Haast.



Biasa la pantai dia k.
Just amek gambar gitu-gitu dan teruskan perjalanan.


Kita sampai area Fox Glacier ni dah petang.
Nak hampir senja.



Sempat la juga amek gambar Glacier dari viewpoint dia.
Tak puas sangat tgk glacier dari jauh kan.
So kita tunggu esok nya baru betul-betul pegi tengok secara 'dekat' sket.


Destinasi terakhir untuk hari itu.
Franz Josef.


Penginapan kami pada hari itu.
Chateau Franz Backpackers Motel.

Nampak macam oldish punya motel.
Tapi masuk dalam, cantek dan bersih.


Nampak macam serabut kan tapi siyes bersih sangat-sangat.


Ada disediakan tempat menyidai.
Klu baju basah-basah, atau towel ke kowang nak keringkan, gantung je la kat situ.
Coz kat bawah tu ada tempat pemanas.
Memang kawasan ni agak suam-suam sket la.


See, salah sorang pekerja kat situ tengah nak menambah kayu lagi ke dalam tempat pemanas itu.
Betul-betul oldish kan.


Bilik yang kami booking.
$30 seorang.
OK la not bad.
Ada heater. Bilik nya kecik je, ngam-ngam katil double-decker.


Memula ako nak tido kat atas tapi bila tengok katil nya takde penghadang, erkk terus ako minta tukar ke bawah. Ater ngeri la weii, buatnya tertido lasak, tak pasal-pasal gedebuk plak ka bawah hahaa.

Motel ni kena share toilet la ye.


Dah mandi, dah solat, dah masak, ayoh kita melantak plak.
Ini pestime ako 'memasak' sepanjang berada kat sana.
Masak nasi je pun sama rebus telur hehe..
Coz lauk sambal ikan bilis masih banyak lagi tu.
Jadi laa ditambah plak dengan milo 3 in 1 yang panas.
Ermm sangat menyelerakan.

Sudu, garfu, tupperware sumer peralatan untuk makan memang kami bawa dari Malaysia lagi.
Kata nya takmoh nak share-share.
Al-maklum pepaham aje la kan.
Cuma periuk tu je la kitorang tawakkal guna.
Ako cari periuk yang agak2 nampak bersih dan masih berkilat dengan harapan jarang diguna.

So siap segalanya, melantak arr kami dengan rakusnya.
Laaapaarrr!!

Dah kenyang, kemas-kemas terus kami menidokan diri sampai esok pagi.
Tapi sebabkan malam tu ako TER on heater yang kuat, tak pasal-pasal kitorang tido berbasahkan peluh hingga ke pagi!!

Aishh... tu la gara-gara ingatkan nak elakkan sejuk tapi tersilap letak suhu.
Memang tido pun x nyenyak la.
Tak pasal-pasal bangun pagi terus kitorang pasang aircon di waktu dingin subuh.

Oh ye, kawasan franz josef ni kira kawasan sejuk la juga sebab berdekatan dengan ais glacier. (for info)

Nota Jemari: ..makan nasi sama telur pun dah cukup nikmat kan ;-)

2 comments:

SUE said...

salam,,,, tumpang sekaki,,,,,
besnye NZ,,,
tgh sabar membaca cerita bersiri ini,,,

retna yusof said...

Salam sue...
Thanks sudi bc...dh nk ujung dh da 3 hari lg ;)