Dah tua .. camni la gamak nya!!


Macam biasa ..
Pepagi buka je pintu terus sarung sipar.
Sidai baju dulu, buang sampah.
Start enjin kete, panas kan enjin kejap.
Then buka pagar.

Kunci pintu.
Terus masuk dalam kete.
Undurkan kete keluar pagar.

Kuar kete, tutup pagar.
Kemudian, terus memandu ke jalan besar.

On radio.
Dengar lagu.
Jalan lenggang, maklum la coti sekolah.
Sangat hepi.

Ada polis trafik.
Lagi bertambah hepi.
Jalan sangat lancar.

Hampir sampai ke LRT Sentul.
Seluk beg cari duit RM3.
Buat bayar parking.

Dah bayar cari parking.
Alhamdulilah dapat park dekat sket dengan pintu masuk.
Cuti sekolah, kete pun x banyak lagi.
Bagus kan.

Matikan enjin.
Buka kunci pintu.
Pandang bawah.

WHAT?????!!!!!!!
Pakai sipar???!!!
Tidaaaakkkkkk!!!!!

Buka boot belakang.
Tengok ada kasut yang sesuai ke idak.
Cari-cari ada 3 pasang.
Tapi...

Satu dah putus tali.
Satu dah terkoyak tepi.
Satu dah lama x pakai, lusuh sudah.

Ermmm..... Kesian!
Last-last tawakal aje.
Tutup boot.
Kunci kete.
Dan dengan bangga nya berjalan menuju LRT dengan berselipar jepun.

Eh Eh. ..


Sipar bukan sebarang sipar.
Sipar angry bird nama diberi.

Sekian.

Nota Jemari: ..memang dah pernah terpk satu hari akan berlaku mcm ni..
Share:

4 comments:

  1. hahaha stended. tp selipar jepun sedap di kaki. jalan lajuuuuu je hahah

    ReplyDelete
  2. aha setuju sangat2 hanie..
    memang tahap kelajuan berjalan tu tahap turbo dah hahaa

    ReplyDelete
  3. hahahaha... klakar la.. kite pon pernah kena mcm ni gak sebelah lain2 pon ade gak... :)

    ReplyDelete
  4. watyz,
    adoiyai klu sebelah lain sebelah lain tu, erkk kena pk 2 3 kali gak nak buat muka selamba naik lrt hehe

    ReplyDelete

Penafian @ Pemberitahuan

Blog ini hanya blog personal, hanya cerita tentang diri, family & kengkawan AKO. Tiada kena mengena dengan yang hidup ataupun yang telah tiada.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di Ako Tetap Ako's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada Ako Tetap Ako's blog.

Sebarang komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

Sekian terima kasih.