Phew, abes sudah!
Lega!

Berpeluh ketiak..
Padahal main games yang banyak gunakan hotak je pun.
Tapi semangat kesukanan punya pasal, dari guna hotak terus jadi games yang banyak gunakan tenaga batin. Eh ..?!

Selesai sudah JASM Mind Games yang berlangsung lunch tadi.
Konsep games ni adalah relay games.
Maksudnya, selepas satu games kena pas baton untuk games seterusnya plak.

Ada lima games menanti.

Game pertama - "memory card" .. Konsepnya kena cari 5 pasang gambar yg sepadan.
Game kedua - "carom" .. Caranya hanya perlu memasuk kan 5 biji buah carom ke dalam lubang.
Game ketiga - "jenga" .. Kena bentuk kan kayu jenga tu menjadi sebuah tower.
Game keempat - "rubber band" .. Ini game zaman kecik2 ako. Lastik botol gunakan getah dan kertas.
Game kelima- "jigsaw puzzle" .. Yang mencabarnya, sebab puzzle adalah dalam bentuk Lenticular Puzzle. Camne lentizular tu?? Lebih kurang macam 3D la gambar nya. So klu kowang jenis yang mata sensitif, agak jenuh juga mata nak menyusun puzzle-puzzle tu sumer.

Dan gini la ghope baton nya.
Kena pastikan baton sentiasa ada, klu tidak kowang x leh start the game. ;-)

Ingat!
Lepas kowang siap game pertama, pastikan pemain kat situ bawa baton ni menuju ke permainan kedua dan pas baton tu kepada pemain yang sudah siap sedia di situ.

Pemain-pemain di game yang pertama sudah siap sedia untuk memulakan acara.

Kedengaran saja tiupan 'wisel' menandakan acara bermula, tak tunggu lama, para pemain bertungkus lumus memasang strategi permainan.

Mata kena tajam!
Ingatan juga kena peka! 

Dapat aje 5 pasang padanan, terus gigih kitorang berlari ke stesen berikutnya iaitu permainan carom.


Klu dah pemain bank yang main, konpom la mereka yang mendahului games yang satu ni kan. hehe
 

Stesen ketiga .. Permainan jenga plak.
Slalunya main jenga ni memerlukan kita tarik satu kayu dan pastikan ia tak terjatuh kan.
Tapi konsep permainan kitorang kali ni berlainan sket.


Setiap grup dikehendaki menyiapkan jenga yang tersusun rapi tadi menjadi sebuah tower seperti dalam gambar. Kena pastikan kedudukan jenga tersebut mesti sama dengan yang sedia ada.

Klu tiada kelembutan dan konsentrasi yang tinggi, susah juga nak pastikan jenga berdiri teguh menjadi sebuah tower.


Dah setel buat tower, terus kita ke stesen berikutnya iaitu lastik guna getah.
Ni, klu bebudak zaman dulu konpom pernah main permainan ni kan.


Ok, kita kasi peluang couple ni bermain. *wink


Target jangan x target.
Kena pastikan sekurang-kurangnya 2 botol jatuh menghempap lantai. :p


Dan akhir sekali, jigsaw puzzle.
Nampak mudah game yang satu ni tapi klu dah guna 3D puzzle, konpom la berpinau biji mata tuh.

Nak kena konsentrasi yang mendalam gitu. hehe


Setelah berhempas pulas, akhirnya grup kami menjadi JUARA untuk permainan kali ni.

Yeehaaaa!!
Hoyeeee kami MENANG!!
Tahniah untuk LowPie.

Dengar-dengar cite, ada satu lagi game ek?!
Aiyak baru nak rasa kemenangan keseluruhan tapi nampak gaya, simpan dulu la perasaan hepi tu ye.

Pape pun, tahniah untuk grup X Tau dan juga Kawt1m.
Semangat kesukanan yang sihat sesama kita.

Go Go Go ....

Nota Jemari: senyum :-)