Followers

Wednesday, November 14, 2012

Vietnam Trip: Mekong @ Day 3

Hari ketiga.

Setelah berbincang sesama kita, maka kami semua sepakat untuk menikmati pemandangan di Sungai Mekong. Tiket dah dibooking sehari sebelum. Itupun kitorang soh pihak hotel yang tolong rekomen dan booking kan.

Ekceli ako berbelah bagi gak, coz memula rasa cam nak pegi Chu Chi Tunnel daripada mekong ni. Tapi dah sebabkan sumer pun nak ke Mekong, maka kena la pilih salah satu je dulu. Maybe klu ada rezeki ke sana lagi, Chu Chi Tunnel plak kami tujui kan ;-)


Pihak hotel tolong belikan tiket untuk kami dari kompeni Tuan Travel.
Ekceli ada 2 pakej untuk ke sana.
Sorry ako x berapa nak ingat perbezaan kedua-dua pakej.
Kitorang gamble je pilih pakej yang berharga lebih kurang USD13 seorang.
(klu x silap perbezaan nya dari segi makanan lunch yang disediakan kot)

~gambar dari http://www.tuantravelvietnam.com~

Cadangnya konon nak merasa la naik sampan kecik cam lam gambar atas.
Tapi rupanya tak dapat pun.
Mungkin pakej yang satu lagi yang dapat naik sampan-sampan kecik tu kot.


Dan konon nya lagi dapat la makan buah-buahan atas sampan cam lam gambar tu.
Sekali lagi kami hampa. 


Kata nya nak kena berkumpul kat lobi jam 7 pagi.
So memasing punya la awal bersiap-siap.
Bekfes pagi tu adalah sandwich dan air milo panas.
Sebabkan ako x yakin tengah sungai tu pihak travel provide makanan, maka ako pun sesiap la bawa bekal sandwich dan beberapa bungkus biskut sebagai persediaan. Lagi plak, kita bukan nya amek MUSLIM pakej dengan Tuan TRavel ni. Walau derang kata derang sediakan makanan, tapi erkk harus la ako x yakin kan dengan keHALALan makanan tu hehe..

Bak kata pepatah, 'sediakan payung sebelum hujan'.


Lobi hotel.
Siap sedia menanti shuttle Tuan Travel.
Tunggu punya tunggu tak kunjung tiba.
Memasing dah cuak.
Then, minta tolong receptionist check kan dengan travel agency tu.
Takot-takot la kami terlepas shuttle.
Ghopenya, shuttle datang jam 8.30 pagi daaaa....

Bersemangat sungguh kami! hahaa...


Suasana di waktu pagi sekitar hotel.
Kan dah cakap, teksi sentiasa ada je depan pintu hotel.
Agaknya derang ni memang x balik umah kot.
Bermalam dalam kereta la tu kan.


Nak dekat jam 9 pagi, baru la shuttle Tuan Travel muncul.
Bukan kami sahaja dalam rombongan tu.
Ramai lagi para pelancong macam kami yang join pakej ni.


Pemandangan biasa di bandar Ho Chi Minh.


Seriau betul tengok pemandu bas ni.
Selamba je masuk lorong sebelah.
Kereta arah bertentangan pun nak lalu jalan yang sempit tu.
Tapi derang ni pandai, walau sempit tetap boleh selisih.


Untuk ke Mekong, kita kena lalu highway.
Camni la ghope highway derang.


Yang ni klu x silap ako District 3.
Terpisah oleh highway je dari District 1.
District 3 ni macam untuk orang yang kaya-kaya la agak nya ek.
Ater bangunan pun baru-baru je.
Moden gitu klu nak dibandingkan bangunan2 di District 1.


Di sepanjang perjalanan dari Ho Chi Minh menuju ke Can Tho kita akan nampak kubur-kubur di atas sawah padi. Mengikut cerita nya, konon tuan tanah tu dah sesiap pesan kat anak beranak dia, klu mati, biar lah tanam kat tanah sendiri. Supaya si mati rasa sentiasa berada dekat je ngan tanah pusaka dan keluarga mereka.


Sebelum sampai ke jeti nak ke Mekong, kami dibawa ke satu kilang ni.
Rupanya, di sini derang membuat perhiasan-perhiasan menggunakan barang terbuang seperti kulit siput/kerang/telur.



Sangat halus hasil kerja derang.
Sekadar tengok bole la, nak beli rasa nya cam x berbaloi nak bawa balik KL.
Maybe bole dapat kat KL juga bagi yang berminat la ye ;-)


Tekun dan teliti derang bekerja.


Lepas mencuci mata kat kilang tu, kami terus dibawa melalui jalan kampung untuk ke jeti.


Panas!
Masa ni dah jam 11:50 pagi.
Dah nak masuk tengahari, mau nya tak panas terik!

Sampai-sampai je kat jeti, derang terus beli topi tuk cover muka dari terik matahari.


Our journey starts here.


Sampan yang membawa kami mengharungi sungai mekong.



Hati-hati kak, silap langkah boleh terjatuh.


Sebelom bergerak, meh gambar dulu meh.
R'u ready gals?


So bermula la perjalanan kami mengharungi sungai mekong.
Dan bila mana tetiba di bagi tau yang kita sedang berada di floating market tapi tak seperti yang ako bayangkan. Sangat keciwa.

Tak tau la maybe masa kitorang sampai sana, dah abs waktu market nya atau ada floating market yang lain sekitar situ.

Ako membayangkan banyak sampan sampan yang jual pelbagai jenis buah dan sayur berkeliaran berdekatan  di tengah-tengah sungai tu.

Tapi yang ako nampak hanya lah bot-bot yang terdampar kesepian di tepi sungai.
Tiada insiden jual beli.
Takde insiden tawar menawar.
Takde situasi penjual menjerit-jerit.

Sepi!
Ermmmm frust sesangat!!


Kehidupan mereka di atas air.


Kat air pun ada tempat parking ko!!!
Hahaha kelassss gitu.


Setengah jam perjalanan, tiba la kami di destinasi pertama.
Memang kami x expect pun kena singgah menyinggah.
Dalam kepala hotak cuma ingat nak bergelumang di pasar terapung saja.


Eh eh ada tempat makan rupanya.
Kami diarahkan untuk mencuba makanan dan minuman di situ.
Apa yang kami kena cuba?


Sape x pernah tengok lebah?
Ha tu la dia lebah asli.
Jangan risau, x kena sengat punya.


Ha itu la dia, kena cuba minum madu lebah yang asli..
Dan juga rasa kerepek pisang etc hasil buatan penduduk tempatan.
Ni kira klu kat kampung-kampung macam produk industri kecil la kan.
Dok promote produk tempatan.
Kat sana pun macam kat Msia gak, banyak pokok kelapa, pokok pisang, durian etc.

Yang pasti air teh limau madu yang dihidangkan memang sedap!!


Wah wah... memasing menghapdet status.
Tak agak-agak dalam kawasan terpencil ni pun siap sediakan free WIFI.
Hahah apa lagi, sesi menghapdet pape yang patut.


Dah selesai minum madu, kita teruskan perjalanan lagi.
Kali ni x yah naik sampan.
Jalan kaki je sudah.


Terasa macam balik kampung plak!
Kiri kanan pokok pisang.
Pokok cempedak, nangka pun ada.
Kelapa jangan citer la, bersepah-sepah.


Sepanjang jalan menuju ke destinasi kedua, berderet-deret mende alah ni di jemur kat tepi sungai.
Apa agaknya eh bende alah ni??


Ok dah sampai pun.
Rupanya kita ke kilang membuat coconut candy.


Nak tahu apa bende kat dalam balang tu?


Ha ini lah dia.
Arak berperisa ular.
Gurlppp naik loya tekak ako bila dia mention ular dalam balang tu.
adoiyaaaiii..... ini pun derang boleh jadikan arak kan.

Agaknya untuk tenaga batin kot arak ni.
Hahhahaha suka ati ako je cakap camtu ek :p


Ingat tak tadi kita nampak mende alah ni terjemur kat tepi sungai?!
Beras? Rice Paper??
Erkk... sorry ako lupa apa nama mende alah ni.
Tapi klu tengok kulit yg putih ni macam kulit popia makanan korea yang nipis tu.
atau macam kuew teow plak bila dah digulung.


Ko lalu ke nak telan?
heheheh.... ako no komen eh ;-)


Pastu dia nak buat demo camne nak kopek kelapa.
Ni klu kat kampung dulu-dulu ako slalu gak tengok arwah atok dok siat kelapa guna 'parang'. (erkk apa nama nya ek tempat siat kulit kelapa tu?)


Dah buang kulit, dah belah kelapa, dia tunjuk la plak camne nak perah santan.
hehehe Kemudian camne dia campurkan gula merah dan lastly jadi gula-gula kelapa.

video

Jalan lagi, kita ke destinasi ke tiga.
Tempat buat popcorn.
Tapi kali ni derang x gunakan jagung tapi gunakan beras.
So nama pun kena tukar la ye jadi "pop rice".

Tengok la video yang sempat kitorang rakam.
Separuh jalan, baru igt nak amek videonya.
Jadi la kan, atlis kowang dapat bayangan camne nak buat pop rice!


Pop rice yang sudah siap disalut gula.
Dipotong dadu kemudian boleh la dimakan.
Sedap!!
Rasa cam pop corn juga.
Berbungkus-bungkus kitorang beli tuk bekal di atas sampan.
Haahha lapar weiii.... time tu dah jam 2 petang kot klu x silap.

Dalam cuaca yang panas gitu, minum air kelapa sangat la nikmat hingga tak terkira!!


Ok kita naik sampan balik.
Kali ni kita menuju ke tempat makan tengahari kata nya.


Ini feel lapar ke atau feel teringat laki memasing??


Perkampungan mereka.


Taadaaaaa....!
Its our LUNCH!!

WHAT??????!!!
Hahahaha mau kebulur la memasing sebab dapat makan buah je.
Padahal dalam kepala hotak dah terbayang nasi nasi nasi!!

Tengok pelancong lain sumer dapat makan nasi berlaukkan pelbagai jenis makanan laut.
Ye la kan, dah kita x amek MUSLIM pakej, ini je la yang dapat derang sajikan.
Tapi bayaran pakej nya tetap sama. huhu.....

Nak la juga makan nasi weiii!!!!


Dah dah jangan merungut.
Telan aje la apa yang ada depan mata.
Nasib baik la ako bawa bekal sandwich dan biskut.
Pelahap la memasing sebab kebulur yang amat.

Lama juga melepak kat tempat makan ni.
Dia bagi kita peluang tuk berbasikal keliling kampung.
Eee x koser ahkak berbasikal tengahri buta.
Panas petang boleh la juga tahan lagi.
hehehe...

Sudahnya, kami tunggu dan sempat la juga solat zohor kat chalet yang berada kat belakang kedai ni.


Lapar ye kak!
Mana cukup kan setakat makan buah je.
Seb baek la bekal pop rice dapat menggantikan nasi juga hahaa..


Sambel dihidangkan dengan show 'gagak putih' di depan sampan.
Aiyaaakkk.... minah saleh ni x agak2 kan.
Konon feel angin pantai la gitu.
Aisshhh.....

Betul juga, dah belakang bot kitorang yang conquer, ha apalagi, depan bot je la tempat yang sesuai tuk bersantai camtu.

Cuba klu kowang yang buat adegan camtu?
Mau kena maki je weiii hahahah...


Ingatkan lepas makan dah boleh balik ke daratan.
Tapi tetiba kita berhenti lagi kat satu tempat.
Ini dah macam dusun je ako tengok.


Aikk tetiba ada kedai makan.


Dan rumah kosong.
Erkk....


"Mana dia nak bawa kita ni?"

Memasing dah tertanya-tanya.
Klu nak bawa tengok buah, kat msia pun berlambak.
heheh


Sah!!
Memang dia bawa kita tengok buah-buahan especially durian!!
Ala omputih-omputih tu sumer bukan makan pun durian.
Buang masa je bawa derang tengok :-D


"Kek kampung den pun ado pisang ni! hahaha"


Rehat kejap!
Makan buah lagi!
Ermm,....


Tapi sebab sumer pun macam rindu kat Msia, jom kita pekena buah durian barang sebiji dua.
Baru la betul-betul nikmat .

Sementara yang lain macam pelik tengok kitorang melantak durian.
sedappp woooo....!!
Durian siam!!
Eh....?!! ;-D


Sambel didendangkan dengan lagu-lagu rakyat derang la kot.
Macam lagu-lagu asli je ako dengar.
Opkos la x paham sepatah haram.
Tapi dah derang niat nak hiburkan kita, so tepuk tangan dan dengar je la ye.

Selesai aktivit melantak dan berehat, tiba plak masa untuk pulang ke daratan.
Dan sesampai je kat bandar Ho Chi Minh, x masuk bilik dulu, terus menyinggah kejap ke ben Thant Market untuk bersoping lagi.

Selagi masih ada uwag...
Selagi masih belum pulang...
Maka, selagi itulah aktiviti menyoping akan diteruskan.

Malam tu baru la sesi membeli souvenir dilakukan.
Dan kami tido kepuasan serta kepenatan.

Nota Jemari: ..tinggal sehari je lagi... next time mau ke tunnel plak..

No comments: