Followers

Saturday, May 18, 2013

Bandung Trip 2013: First Day

Ok tak citer pasal Bandung Trip ni dalam satu entry sahaja?
Hahahaa giler konpom panjang berjela entry ni kan!
So, kowang jangan muak plak ye.

Salah satu sebab ako nak jadikan satu entry je coz ermm hari pertama je excited bergambar, hari-hari berikutnya cam malas gitu. Bukan takde gambar, ADA! Cuma gambar yang diambil ntah apa-apa. Pape pun harap kowang x jemu la ye baca entry yang satu ni.

Trip kitorang ni adalah pada 9 hingga 12 Mei yang lepas.
Plan asalnya berempat sahaja.
Kebetulan tiket yang murah adalah ke Jakarta.
Maka, kami setuju untuk membeli tiket tersebut.

Setelah diwar-warkan plan kitorang, maka ada plak yang nak ikot sama.
Tapi mereka yang kemudian terus aje membeli tiket direct ke Bandung.
Justeru itu, terjadi lah 2 trip. Satu ke Jakarta, satu ke Bandung.


Flight yang ke Bandung awal-awal pagi lagi dah bertolak. 
Flight kitorang menuju ke Jakarta jam 9.50 pagi.
Tapi biasa la, sebab nak tunggu giliran untuk berlepas, maka jam 10.30 pagi baru la dapat terbang.


Kapal-kapal torobang yang tengah menunggu giliran untuk berlepas.
Eh, kowang pernah x main game camni kat dalam henpon?
Hahaha bila tengok deretan kapal torobang ni, teringat plak game yang satu itu.


Perjalanan mengambil masa lebih kurang 2 jam.
Tambah plak, nanti sampai di Jakarta, kami akan terus ke Bandung.
Maka nya takut tak sempat nak cari makan untuk lunch, so sesiap la tempah makanan dalam penerbangan itu. Kami order Roasted Chicken & juga Chicken Lasagna. Ermm nyummy sampai tak terkata dah!


Eh eh tau la baru je lepas mengundi.
Takkan masih nak mau usha-usha cerita politik lagi?
hahhaha... "Formula 1+1+3+1" ... agak2 apa tu ek? :p



Dua jam atas awan, tak terasa langsung.
Tau-tau je dah nak sampai.
Last ako jejak kaki ke Jakarta ni, sekitar tahun 2005.
Agak dah lama juga la kan.
Konpom banyak perubahan sepanjang 8 tahun itu.


Hujan menyambut kedatangan kami.
Alhamdulilah, mendarat dengan selamat.
Oh ye, kan ako dah kata.
Lapan tahun berlalu, pasti ada perubahan.

Kami mendarat di Terminal 3.
Rasanya macam terminal khas untuk penerbangan tambang murah kot.
Macam kat LCCT.
Tapi rasa nya terminal ni lagi cantek dan canggih dari LCCT. (erkk ye ke?! Pandangan ako la ye.)


Turun je flight, hujan pun berhenti.
Syukur.
Tup tup diarah untuk naik bas itu.
Aikk.. erkk rasanya bangunan terminal tu kat belakang tu je kan?!
Asal kena naik bas plak ni?

Tapi dah derang suruh, kita naik je la ye.
Jangan banyak songeh.


Kan dah cakap!
Dia pusing pusing, sudahnya memang bangunan yang kita nampak tadi tu la.
Aiyooo...... tapi maybe la dia nak kita masuk ikot pintu depan kot?!

Kecik je pun terminal tiga ni.
Eh silap, kecik je pun ruang tempat cop pasport tu.


Keluar je dari cop pasport, terus amek luggage.
Kuar je dari ruang luggage, terus memasing cam terpinga.
OK, walau ini bukan kali pertama tapi berada di terminal itu memang kali pertama buat ako dan mereka.

Tak tau mana nak tuju.
Kata nya ada kaunter teksi.
Tapi yang ada kaunter pertanyaan dan informasi.
Kereta sewa atau teksi yang berharga lebih RM300 untuk dichartered.
Gurlpp MAHAL nyaaa!!!???


Tak puas hati terus kami keluar aje dari situ.
Nah! Rupanya kaunter-kaunter untuk sewa teksi/kereta/bas yang murah-murah adalah di luar.
Hhehehe.... PAP!! Tepuk dahi sendiri.

Tak tahu nak naik apa.
Bas atau teksi?
Mana lagi murah?
Sudah nya kami sepakat naik bas aje.


Bas Primajasa yang diambil dari airport Jakarta menuju ke Bandung cuma berharga sekitar Rp75,000 seorang (RM23.63 - ikut rate pertukaran kami ketika itu 3.15).

Selesa!
Siap ada toilet.


Sikit-sikit pemandangan dari kota Jakarta.


Capture dari atas highway.
Jadi, nampak bumbung rumah aje la ye.


Salah satu soping mall di sana.
Tak nyinggah pun.
Capture dari atas highway je.
Besar giler mall ni.


Ni pun soping mall.
Dah macam istana besarnya.
Ako rasa mall nya kecik je pun.
Yang tinggi melanjut tu mesti apartment dia.


Dalam beberapa jam dah sampai area Bandung.
Kengkawan yang lain sibuk betul menguruskan perihal simkad simpati memasing.
Ater, dah sampai negara orang, dibelinya la simkad yang berharga Rp50,000 (RM15.75).
Senang nak berurusan klu pakai simkad sana.
Murah pun murah juga terutama sekali klu korang amek pakej internet.


Nampak tak gambar atas tu?
Itu adalah landasan keretapi dari Jakarta ke Bandung.
Unik kan?!
Klu di tempat kita, landasan mesti kat bawah kan?!
Tapi kat sana, derang buat landasan macam jambatan bergantung plak.

Mesti syiok kan klu naik ketapi.
Tapi klu ko naik waktu malam, konpom la ko x nampak pemandangan kan.
Klu tak silap, kat bawah tu adalah kawasan sawah padi.


Tiga jam perjalanan.
Sampai sudah kat stesen bas Batununggal.
Tak besar pun stesen bas dia. Jauh sket la dari bandar Bandung.
Kat area kawasan perumahan.

Nasib ada teksi.
Sebab memasing bawa beg-beg beso, maka setelah berbincang ngan drebar teksi, maka kami setuju untuk mendapatkan dua buah teksi dengan harga Rp80,000 (RM25.20) sebuah.


Perjalanan dari Batununggal ke Apartment Setiabudi mengambil masa lebih kurang 30 minit.
Sangat selesa bila sudah sampai di tempat tinggal kami itu.


Urusan check in sudah dibuat oleh mereka yang sampai lebih awal dari kami berempat.
Ala, yang rombongan direct dari KL ke Bandung tu la.
Segala urusan apartment, derang yang settlekan.
Kitorang sampai je, tau-tau bilik dah tersedia.

Penat OK!!

Harga apartment yang kitorang dapat untuk 4H3M adalah Rp1,500,000 (RM472.50).
Bahagi dengan empat orang, jadi sorang hanya perlu bayar Rp375,000 (RM118.13) sahaja. 


Jadi lah.
Ada 2 bilik tido.
Satu bilik air.
Dapur.
Ruang tamu dan juga beranda.

Rasa nak terus baring je time-time tu juga.
Tapi kitorang ada misi yang belum diselesaikan.


Misi nya adalah MELANTAK!!
Hahaha.... dah petang-petang, sampai pun dah nak waktu maghrib, of course la kelaparan kan.
Untuk hilangkan rindu kat Malaysia, hahha baru beberapa jam dah rindu la sangat.
Kitorang masak le megi bersama 3 in 1 milo panas.

Nyumm Nyumm!!
Bila lapar, semua nampak sedap kan ;-)

Solat, dan bersihkan diri dulu.
Pastu makan!
Pastu makan!

Lepas maghrib je terus kita kuar untuk DINNER.
Oh ye, tadi tu kira minum petang la ye :p


On the way nak ke tempat makan.
Jom naik Angkut. 
Angkut ni sejenis pengangkutan awam kat sana.
Nak ke mana-mana harga nya cuma perlu bayar Rp2,000 sahaja (RM0.60).
Murah kan!

Tapi AWAS!
Kena la tahu korang nak gi area mana.
Coz setiap angkut berlainan arah tuju nya.


Situasi kebiasaan klu di sana.
Tetiba je ada orang akan mainkan kita lagu.
Dengar je la.
KLu ikhlas, kowang bagi la dia beberapa keping Rupiah.
Sedekah gitu.

Kowang bagi Rp1,000 pun derang terima.
Takde sape kisah.
Camtu la cara derang cari makan.


Untuk dinner hari pertama, kami makan masakan padang di Restoran Sederhana.
Cukup terkenal di kota Bandung.
Banyak cawangan dia ni.


Bersama ahli jemaah.
Inilah kami.


Masakan padang je pun.
Bukan jawa tapi minang.
Ermm klu nak di comparekan dengan masakan minang/padang kat KL, ako lebih suka yang kat KL punya. Mungkin cara masakan yang kat KL tu dah ikot citarasa orang kita kot.

Yang kat Bandung ni, so-so aje la ye.


Lepas makan kitorang ke area Dago.
Konon terror, maka kitorang naik la Angkut.
Kata nya akan hantar kitorang betul-betul ke area Dago.
Tapi sudahnya, ntah mana dia hantar kami.

Tidak seperti yang kitorang bayangkan.
Tau la dah malam.
Tau la x berapa nak familiar area situ.
Tapi kita dah bayar mahal2 (lebih dari rp2000 seorang), atlis hantar la kitorang kat tempat soping yang sebetul-betulnya.

Bukan takde kedai.
Ada!
Cuma tak banyak seperti yang ako baca dalam google.
Area Dago, salah satu area soping yang banyak deretan kedai.
Tapi malam itu, kami hampa!

Penat berjalan menyusuri jalan raya.
Sampai di satu mall (mall jual elektronik), terus bertanya.
Rupanya kami sudah jalan berlawan arah.
Deretan kedai yang sepatutnya adalah di hujung arah sana.

Arghhhhhhhhhhh!!
Sudah la penat!
Rasa nak marah je!
Buang masa betul!

Tapi dapat juga la beli 2, 3 helai baju budak sebagai untuk menyedapkan hati.

Panas!
Kita NGopi Doeloe !

Slurrppp.... hilang dahaga.
Hilang penat.
Hilang panas.

Tapi sebab ako x sihat malam itu, ako tetap rasa x sedap badan nak meneruskan pencarian kami.
Tahan teksi, terus je balik Apartment.


Pernah makan martabak manis Bandung?
Rasa nya sebijik macam Apam balik kat Malaysia.
Beza nya, martabak sana, intinya ada pelbagai perasa.
Penuh dengan rasa coklat, chesee, lemak berkrim.
Sedap dan besar!
Makan satu potongan je dah kenyang.

Oh ye, ako tak jadi lah citer pasal Bandung Trip ni dalam satu entry ni je.
Tak best plak.
Ni baru citer hari pertama.
Kita tunggu hari yang berikutnya pulak k.

Kisah kami konpom x sama ngan orang lain.
Jadi enjoy je la baca ye.

Nota Jemari: ...bersambung la ye, penat plak nak perah hotak nak buat ayat haha

4 comments:

Abang Fadli said...

suke giler mkn martabak bandung nih

anakomak said...

Klu panas2 lg sedap kan

ShirVen said...

ehhh... csm nak pi bandung lg. ako, kain meter2 msh murah lg ke?

anakomak said...

So far murah2 jgk la hehe.. klu tak, xde nya nk borong bykz2 hari tu :p