Followers

Monday, May 6, 2013

Hari Mengundi

Berakhir sudah hari yang dinanti oleh rakyat Malaysia.
6 Mei 2013.
Hari Mengundi.

Ye ye ako adalah pertama kali mau kluar mengundi.
Semangat berkobar-kobar.


Tapi bila sana sini jalan adalah sesak memanjang, terus cam down sket semangat tu.
Adoiyaaii... setiap lubuk jalan adalah penuh dengan kenderaan.
Malah yang bertambah sesak, bila orang yang dah mengundi dok melepak kat tepi jalan.

Nak elak dari melanggar mereka.
Nak elak motor-motor yang mencilok sesuka hati.
Ermm memang amarah juga la hari itu.


Tapi bila sampai je kat tempat mengundi, alhamdulilah lenggang sesangat!!
Dengar kengkawan yang mengundi dok bercerita kena beratur panjang sampai berejam-rejam.
Ako punya, x sampai 5 minit dah boleh memangkah.

Itulah nikmatnya mengundi di waktu orang sibuk melantak waktu tengahari.
Hahahahaa......


Ako sudah!
Kewajipan yang satu itu.


Tak sampai sejam, dok cuci jari, hilang sudah dakwatnya.
Kata mereka kekal untuk berapa lama ye?

Pape pun tahniah pada pihak yang menang.
Bagi yang kalah, jangan putus asa.
Lima tahun akan datang, cuba nasib lagi ye.

Nota Jemari: Catat sejarah sendiri setelah tigapuluhlimatahun hidup, baru kali ini berpeluang memangkah!!

2 comments:

jarimanis said...

Jm balik rumah masak basuh aik dh ilang kata kekal 1 mggu baru hilang d mana kebenaran nya

ch@ said...

Hr mengundi 5mei la kakRet. 6mei tu my beday. Hahaaa...comel je jari org menaip kerja dpn komputer.