,

Jerebu oo Jerebu

Musim jerebu sudah kembali!
Sudah sampai ke bandaraya kolumpo dan kawasan persekitaran.
Jadi, bagi yang berada di kawasan tersebut, sila berhati-hati dengan cuaca skrg ni ye.

Bak kata PM, "mencegah lebih baik daripada merawat".
Maka, bersiap sedia la kowang dengan segala pelitup muka/hidung atau yang sewaktu dengannya.

Kat bawah ni ako share ngan kowang skit info pasal jerebu ni k.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

PANDUAN KESIHATAN SEWAKTU JEREBU BAGI MAJIKAN & PEKERJA

APA ITU JEREBU?
Jerebu ialah satu fenomena yang disebabkan oleh kewujudan banyak partikel-partikel kecil yang tidak boleh dilihat oleh mata kasar dan terapung-apung di udara. Partikelpartikel ini mungkin berasal secara semulajadi atau pun kesan sampingan daripada aktiviti-aktiviti manusia. Apabila partikel-partikel ini wujud dalam kuantiti yang banyak dan berkelompok, ia menyekat pancaran cahaya matahari ke bumi. Oleh yang demikian, keadaan ini mengurangkan jarak pandangan mata kasar.

PUNCA-PUNCA JEREBU
• Pembakaran secara terbuka
• Asap dari kilang
• Asap dari kenderaan

SIAPAKAH YANG BERISIKO UNTUK MENDAPAT PENYAKIT AKIBAT JEREBU?
Keadaan jerebu yang berterusan akan mendatangkan kesan buruk kepada semua orang terutamanya:

1. Kanak-kanak
2. Orang tua
3. Mereka yang berpenyakit:
• Asma
• Bronkitis
• Penyakit paru-paru yang kronik
• Alahan
• Radang paru-paru
• Jantung
4. Perokok
5. Pekerja yang bertugas di luar pejabat (outdoor) seperti:
• Pekerja binaan
• Pekerja kuari
• Petani
• Nelayan
• Pekerja membaik-pulih jalan raya
• Polis terutama polis trafik
• Pekerja tol

TANDA & GEJALA KESAN JEREBU KEPADA KESIHATAN
• Terasa gatal-gatal di bahagian kerongkong dan batuk-batuk
• Mata terasa pedih dan berair
• Hidung berair, gatal dan kerap bersin
• Kulit badan terasa gatal-gatal
• Terasa sukar untuk bernafas atau sesak nafas

NASIHAT KESIHATAN KEPADA MAJIKAN
• Beri peringatan (alert) kepada pekerja tentang keadaan jerebu semasa
• Berikan panduan kesihatan kepada pekerja tentang kesan jerebu kepada kesihatan dan langkah yang perlu diambil oleh pekerja bagi mengurangkan kesan jerebu
• Seboleh-bolehnya kurangkan aktiviti di luar (outdoor activities). Berikut merupakan ringkasan tindakan yang perlu dilakukan oleh majikan, berdasarkan status pencemaran udara:



• Pastikan bekalan penutup hidung dan mulut (mask) bagi pekerja yang memerlukannya adalah mencukupi
• Pastikan penutup hidung dan mulut (mask) yang sesuai diberikan kepada pekerja yang memerlukannya
• Pastikan pekerja menggunakan penutup hidung dan mulut (mask) dengan betul 
• Nasihatkan pekerja supaya tidak merokok
• Sekiranya pekerja terdedah kepada bahaya kemalangan akibat jarak pandangan yang kurang disebabkan jerebu yang tebal, pastikan mereka memakai pakaian pantul cahaya (’reflector’). Contohnya semasa menunggang motorsikal, bertugas di jalan raya atau kawasan pembinaan.
• Pastikan tempat kerja mempunyai bekalan air minum yang bersih dan mencukupi bagi pekerja
• Pastikan pekerja-pekerja dirujuk ke klinik-klinik untuk pemeriksaan sekiranya pekerja mengalami tanda-tanda dan gejala kesan jerebu.
• Pastikan sentiasa mendengar berita terkini dan nasihat pihak berkuasa melalui TV, radio dan akhbar berkaitan dengan jerebu
• Berikan kerjasama kepada pihak berkuasa dengan mematuhi segala arahan yang dikeluarkan dari semasa ke semasa bagi menangani masalah jerebu.

NASIHAT KESIHATAN KEPADA PEKERJA
• Patuhi arahan yang diberikan oleh majikan berkaitan dengan jerebu
• Kurangkan aktiviti di luar pejabat.
• Sekiranya diperlukan (Rujuk jadual di atas), pakai penutup hidung dan mulut dengan sempurna.
• Pakai penutup hidung dan mulut (mask) dalam perjalanan pergi balik-kerja sekiranya anda berjalan kaki, menaiki basikal atau menunggang motorsikal.
• Bagi mereka yang menggunakan kenderaan yang berhawa dingin, hendaklah menghidupkan alat penghawa dingin dan menutup semua tingkap semasa perjalanan.
• Basuh muka dan bahagian kulit yang terdedah kepada jerebu dengan segera menggunakan air bersih.
• Minum air yang banyak setiap masa.
• Berhenti merokok bagi perokok.
• Mereka yang mengalami penyakit-penyakit seperti batuk, selsema, asma, sakit mata, sakit paru-paru kronik dan sakit jantung hendaklah datang ke klinik dengan segera jika keadaan penyakit bertambah buruk.

NO TELEFON BILIK GERAKAN JEREBU,
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA , PUTRAJAYA : 03-88834175

Disediakan oleh:
Unit Kesihatan Pekerjaan, Bahagian Kawalan Penyakit, Kementerian Kesihatan
Malaysia, Putrajaya.

Nota Jemari: Bersama-sama la kita berwaspada selalu k.
Share:

1 comment:

  1. perut dh kombung ni hah asik minum air jo... ehhehe

    ReplyDelete

Penafian @ Pemberitahuan

Blog ini hanya blog personal, hanya cerita tentang diri, family & kengkawan AKO. Tiada kena mengena dengan yang hidup ataupun yang telah tiada.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di Ako Tetap Ako's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada Ako Tetap Ako's blog.

Sebarang komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

Sekian terima kasih.