Followers

Friday, June 6, 2014

Trip Matahari Terbit: Hiroshima - Miyajima - Kobe (Day 1)

Ok jom sambung balik dari entry sebelum ni

Bila korang dah sampai Hiroshima Station tu, pastikan korang keluar ikut "South Exit" so senang korang akan terus nampak teksi or tram. Tapi sebelum tu kita plan letak luggage kat stesen saja. Tak koser nak pikul beban ke sana sini. Kitorang share sumbat dedua beg tu dalam loker yang besar dengan harga 350 yen.

Destinasi kitorang seterusnya adalah ke "Peace Memorial Park", "A-bomb Dome" & "Children Peace Monument". Untuk ke sana kita bole la naik tram (macam dalam gambar kat bawah ni), amek line 2 atau 6 ke Genbaku-Domu mae Station.

~credit to google image~

Perjalanan lebih kurang 15 minit je, dan korang perlu bayar 160 yen sehala. Pastikan korang memang sudah sediakan syiling yang banyak terutama sekali  syiling 100 yen. Untuk kesenangan korang juga coz kat sana banyak gunakan syiling bila naik bas, simpan barang dalam locker, nak beli air kat mesin.



Macam ni la ghope keadaan dalam tram. Korang boleh refer details pasal tram ni kat sini k http://www.hiroden.co.jp/en/s-routemap.html


Nampak tak gambar yang ako bulat kan tu? Yang tu konduktor tram. Memula ako ingat kan tu driver nya hahaha...  Terpikir la wow driver kat tengah-tengah. Then baru pasan, driver nya tetap kat depan juga, dan yang tu adalah tukang kutip duit.

Bila nak turun baru korang bayar. Kalau takde syiling, jangan risau sebab korang bole tukar duit kat situ juga.
  

Dah sampai. Genbaku Domu Station tu tak jauh dari bomb dome. Cuma korang kena menyeberang jalan je.


Seriously, ako bukan lah pencinta Sejarah. Perang Dunia ke2? Siapa yang tak tahu kisah perang dunia ke 2 kan?! Lebih-lebih lagi kisah pengeboman Hiroshima oleh US. OK bab-bab sejarah memang ako tak pandai, maka nya korang google la sendiri ye kisah di sebalik bom atom hiroshima ni.

Apa yang pasti ako memang teringin sangat nak tengok kesan yang tinggal lepas kejadian tersebut. 

Bomb-Dome ni adalah salah satu kesan yang masih wujud kat Hiroshima hingga kini. 

Hari itu dipanggil Hari Hiroshima. Di Hiroshima sendiri manusia akan membanjiri sebuah tugu yang telah dibina khas bagi memperingati ulang tahun gugurnya bom atom. 
Haji Abdul Razak ialah satu-satunya mangsa pengeboman bom atom di Hiroshima pada penghujung Perang Dunia Kedua. Semasa tragedi itu dia sedang menuntut di Universiti Hiroshima yang berada dalam lingkungan 1.5 kilometer dari tempat gugurnya bom atom. 
"Bangunan tempat jatuhnya HIROSHIMA NO GENBAKU (bom atom di Hiroshima) masih dikekalkan dalam bentuknya yang telah punah itu. Mungkin ia ditinggalkan begitu agar menjadi cermin yang akan menyedarkan manusia," kata Haji Abdul Razak. 
Korang bole baca kisah selanjutnya kat sini, baca tau!!




Kalau korang dah baca kisah Hj Abdul Razak tu, mesti korang dapat bayangkan suasana, keadaan masa tu. Even sungai yang dimaksudkan macam dalam gambar atas ni.


Tenang je suasana kat sini. Betul la mengikut cerita Hj Razak, Hiroshima memang aman je selalu.

Di Tokyo memang setiap hari tepat pukul 3 petang, kapal terbang pejuang Amerika B-29 datang mengebom bandaraya tersebut, tetapi di Hiroshima sendiri suasana biasanya agak aman."



Tugu Keamanan Kanak-kanak.


Sadako is immortalized at the top of the statue, where she holds a crane. Thousands of origami cranes from all over the world are offered around the monument on a daily basis, with ancient Japanese tradition holding that one who folds a thousand cranes can have one wish granted. They serve as a sign that the children who make them and those who visit the statue desire a world without nuclear war, having been tied to the statue by the story that Sadako died from radiation-induced leukemia after folding just under a thousand cranes, wishing for world peace. However, an exhibit which appeared in the Hiroshima Peace Memorial Museum stated that by the end of August, 1955, Sadako had achieved her goal and continued to fold more cranes. Unfortunately, her wish was not granted; she died of the leukemia on October 25, 1955. - sumber wikipedia



Hiroshima Peace Memorial Park.
The location of Hiroshima Peace Memorial Park was once the city’s busiest downtown commercial and residential district. The park was built on an open field that was created by the explosion. - sumber wikipedia
Kat jepun ni wifi adalah sangat kedekut. Hahaha menyesal x sewa modem wifi masa kat airport aritu. So, pada korang yang nak gi jepun ni, advice sangat2, sewa la modem wifi tu ek.
Nasib baik lah masa kat dalam muzium situ ada ruangan free wifi. Maka nya beronline la kejap.

Sempat la juga singgah ke information center situ untuk beli poskad dan FM. Gara-gara x jumpa pos opis, sampai ke hari nak balik KL baru lah dapat pos poskad tu.  :-)

Lepas dah jalan-jalan, amek gambar moh la kita berangkat pulang semula ke Hiroshima Station. Destinasi seterusnya kita nak ke Miyajima pulak.

Jangan lupa gunakan khidmat hyperdia.com ye untuk memudahkan korang plan station mana korang kena pergi plak lepas tu. So dari Hiroshima kita kena naik train lagi menuju ke Miyajimaguchi Station yang mengambil masa lebih kurang 30 minit.



JR Sanyo Line. Bersih je kan train derang.


Perjalanan ambil masa lebih kurang 25 minit dari JR Hiroshima Station tadi.
Sampai je Miyajimaguchi Station, korang kena jalan kaki sket dalam 5 minit ke jeti feri.
Tak jauh mana pun, terus je ke depan tu je.


Ha nampak tak jetinya tu? yang ada huruf JR tu?
Oh ye sebelum terlupa, untuk ke Miyajim-Sanbashi jeti, ada 2 jenis feri kita boleh naik.
Satu yang biasa tanpa JR pass.
Satu lagi feri, JR company yang punya, bermakna kita bole naik feri dengan PERCUMA sebab ada JR Pass kan... yeehaaaaaa!! Tapi kalau korang xde JR pass, korang leh arr bayar harga tiket 170 yen saja k.


Close up sket pintu masuk jeti. Lenggang dah waktu ni coz kitorang sampai dah jam 4 ke 5 petang masa tu. 


Jom kita beratur. Feri tak nampak lagi ni.


Tu dia feri dah datang. Macam naik feri pulau pinang plak rasanya. :p


Kasi kenderaan kluar dulu.


Pastu orang ramai plak kluar.


Then baru lah kita naik feri!!


Pemandangan dalam feri di tingkat bawah.


Pemandangan di tingkat atas.


Nampak tak? Nampak tak?
Kita nak pegi tempat hujung sana tu.

Itsukushima Shinto Shrine (World Heritage Site)

Lebih specific, kita nak tengok 'floating torii gate'.


Naik feri dalam 10 minit, dah sampai jeti Miyajima-sanbashi.


Tak yah gi Nara. Banyak rusa-rusa akan menati korang kat situ. :D


OK ada  0.6km lagi kena jalan. Adoiyaii.....


Jalan 10 minit lagi tapi sepanjang jalan Omotesando shopping street tu korang boleh nampak pelbagai jenis kedai souvenir. Tapi memandangkan kitorang sampai sana pun dah lewat petang, maka nya banyak la kedai-kedai yang dah tutup waktu tu. 


Nampak dah!!
Senja di pelabuhan... hahaa :p


Nak masuk kawasan shrine tu kena bayar. Tapi sebabkan kitorang sampai dah petang, dah nak tutup dah pun masa tu, so kita bayar untuk entrance kat depan je la. Ekceli kawasan tu besar, kita boleh daki bukit kat belakang shrine tu. Dan banyak lagi tempat-tempat kita leh tengok. Tu la sebab kitorang sampai pun dah lewat, jadi dapat singgah yang pintu masuk je la ye.


Masuk je 300 yen. Kalau nak singgah ke dalam-dalam lagi, tambah lagi duit nya tu.


At low tide, you can walk out to the magnificent Otorii (Grand Gate) rising 16 m high from the sea, a symbol of the shrine and famous throughout the world.



Frust OK, hajat bila air surut nak berjalan sampai ke torii gate tu tapi sampai ke sudah tunggunya, tak juga surut2. Malas nak tunggu sampai gelap lagi coz kitorang dok mengejar masa dan tren nak ke Kobe pulak.

~credit to google image~

Ha nampak tak?! Ingat nak amek gambar dekat2 macam kat atas tu tapi hampeh je la kan. 


OK dah dah, moh kita gerak cepat. Hari dah senja dah tu. Pukul 6 petang sudah gelap.
Kita plan mau amek tren pukul 6:52 petang dari hiroshima menuju ke Kobe-Sannomiya Station.
Tapi pukul 7 lebih juga baru nak bertolak dari Miyajima. Memang lambat ar sampai Kobe jam gitu baru nak berangkat. 

Gambar atas adalah tren yang kita naik dari Miyajimaguchi Station ke Hiroshima Station.


Untuk kesenangan dan keselesaan, jangan lupa dapat kan no seat korang ye kat kaunter JR tu. Ye la kan perjalanan lama so malas la nak duduk koc yang takde no seat. Dah alang-alang ada khidmat reserved seat ni so better guna kan la dengan sebaik mungkin kan ;-)

 

Dari Hiroshima ke Sannomiya-Kobe kita naik shinkasen ye kawan-kawan.

Asal ako rasa macam sama je naik sume jenis ketapi kat sana. Hahahah perasan kelajuan ketapi tu bila badan dan penat hotak dah ingat nak cari bantal je kan, memang la keadaan sekeliling dah x peduli sangat. Yang pasti bole la shinkasen ni klu nak dibandingkan dengan ketapi tanah melayu kan..
hahahaha aci dak compare camtu? hahaha


Dah dapat tiket, masa untuk menunggu ketapi laju. 
Lapaaarrr weii!!! Seharian tak makan sejak jejak kan kaki kat bumi jepun tu.
Nasib la bawa megi :p


Tren dah sampai, moh naik cepat!
Perjalanan lebih kurang sejam 48 minit juga la.
Sampai Kobe sudah gulap gulita.


Ah-so yang sempat diajukan soalan...
Murshi!!! hahaa sian ah so ni tunggu gambar dia x sampai2 :p


Katil!!!!!
YEehaaaaaaaaa time to sleep!
Nampak katil terus boommmm.....
Penat ya ampun!! Seharian berjalan baru dapat berehat.

Pasal hotel ni nanti stori mori kat entri lain k.
Sambung lagi la ye...

Kos perbelanjaan:
1. Poskad - 110 yen
2. Locker@Hiroshima Station - 350 yen
3. Tram - 160 yen x 2 
4. Entrance Torii Gate - 300 yen

Nota Jemari: ... gud nite Kobe!

4 comments:

Sis Lin said...

Aah laaa...rugikan tak dpt amik gambo kt Tori Gate tu dekat2...
Takpe nanti aku gi aku amikkan untuk ko ek :p

Ret..perbelanjaan tu ko convertkan le dgn RM hehehe senang aku nak budget nnti hahahaha :p

Eh takde pun poskadnya sampai..huhuhu :p

anakomak said...

Hahhahaa... sebab aku x igt alamatt ko arr poskad x sampai.. :p

Convert to rm? Erkk ok nnt aku try eh hehe

ShirVen said...

wasehhh cemburu buta tengok ako jejalan.best! best!

anakomak said...

Shirven...
Hehe bkn slalu... :)