Followers

Friday, July 25, 2014

Selamat Hari Raya

Konpom korang pun mood dah pikir nak beraya je kan.
Macam aku gak la ni.
Memang xde mood dah nak keje ni ahahaa...
Dah terbayang nak gi holiday.

Dalam takde-takde mood tu, sempat juga la kita buat keje extra kat opis ni.
Dah kata mood nak raya kan.
Maka nya macam x meriah plak kalau tak hias-hias department.

Tahun ni memang simple je kita buat.
Dah saat-saat akhir sebelum sumer pergi bercuti,
ni la hasil yang mampu kita buat.

Laaayyaaannnn!!!


Hasil idea dari NJ.
Jom kita reaslisasikan impian beliau.
Hahhaa...

Rajin 'mak buyong' tu tau!
Tak menang tangan dibuatnya...

Dah lama x main kaler-kaler ni.
Last rasa nya masa zaman sekolah kot.
Itupun sebab kena amek subjek lukisan kan.

Nak menyumbang idea, memang idok la kan.
Moh la kita menyumbang kan tenaga mana yang mampu ye :p


Lepas kaler-kaler, kita main gunting-gunting dan tampal kertas plak.
Dah kata 'mak buyong' ni memang rajin.
Terima kasih ye jadi model aii kejap ... haha :p


Ok ni hampir nak siap.

video

Taadaaaa..... dah siap pun!!
Jadi la daripada takde langsung.

"Selamat Hari Raya
Maaf Zahir Batin"

Nak share kat korang
Tips Keselamatan Jalan Raya Di Musim Perayaan

1.     Pastikan lesen memandu, cukai jalan dan insurans masih sah tempoh.
2.     Pastikan kenderaan anda diservis terlebih dahulu.
3.     Sebelum memulakan perjalanan, buat pemeriksaan dan pastikan kenderaan anda dalam keadaan baik; brek berfungsi, tekanan angin tayar dan semua lampu menyala.
4.     Rancang perjalanan anda. Digalakkan patuhi panduan dan cadangan pihak lebuh raya untuk menentukan waktu berlepas. Jika berasa letih, mengantuk atau tidak tenang ketika memandu, elok berhenti berehat sebentar atau tangguhkan perjalanan.
5.     Ikut had laju yang ditetapkan.
6.     Beri isyarat dan patuhi semua peraturan keselamatan semasa menukar lorong. Periksa cermin sisi dan cermin pandang belakang sebelum melakukan pertukaran lorong.
7.     Sentiasa patuhi peraturan jalan raya di simpang dengan berhenti apabila lampu isyarat merah atau kuning.
8.     Elak daripada mengekori kenderaan lain terlalu rapat kerana ia sering menjadi punca kemalangan yang serius.
9.     Patuhi garis panduan keselamatan semasa memotong. Jangan memotong jika teragak-agak.
10.   Jangan memotong barisan atau menyalah guna lorong kecemasan. Ia akan membahayakan semua pengguna. Denda maksima akan dikenakan oleh pihak berkuasa sekiranya ditahan.
11.   Elak mencelah di antara kenderaan.
12.   Pasangkan kerusi keselamatan untuk penumpang bayi atau kanak-kanak.
13.   Sekiranya kenderaan anda mengalami kerosakan di lorong kecemasan atau di bahu jalan, sila nyalakan lampu isyarat kecemasan. Pastikan semua penumpang berada di tempat yang terjamin keselamatannya.
14.   Ketika hujan lebat, memandulah dengan perlahan, gunakan gear rendah dan nyalakanlah lampu kenderaan anda (jangan gunakan lampu isyarat kecemasan kerana ianya merupakan isyarat kecemasan).
15.   Bagi yang beragama Islam, membaca doa naik kenderaan dan berwuduk sebelum memulakan perjalanan merupakan amalan yang baik dan boleh menambahkan lagi keyakinan pemandu. 

Semalam terkejut masa balik naik shuttle tetiba driver si sathu bagi kad ni...
Hahaha adoiyaaiiii...
Baik la saya amek la juga...

Nah share untuk korang doa naik kenderaan ;-)

p/s: Oh ye ... sebelum terlupa . terima kasih JM atas kiriman kad raya dan duit raya hehee... ;-) 

Nota Jemari: hati-hati memandu ...hati-hati melantak .. hati-hati bercuti ;-)

5 comments:

John | Kaki Berangan said...

amboihhh simple ke dekorasi tu nmpk mcm usaha yg gigih yg amat!

papepun, selamat hari raya! maaf zahir dan batin ako. hati2 balik kampung tu ;)))

anakomak said...

hahahaha last minit...ok la tu kan simple2 je pung...

Zilla said...

Selamat hari raya ako..maaf zahir dan batin..

anakomak said...

Salam Aidilfitri juga untuk Zila

Jari Manis said...

Ako..bukan main meriah le apartment u ouls..berhias bagai nak raya nih hiksss

Ohh..dah terima eh..Alhamdulillah..risau tak sampai je ..sama2 :-)

Selamat hari raya Ako :-)