,

PU14 - 9 Mei 2018

Hari ni tanggal 9 Mei 2018, negara kita sekali lagi meraikan "hari RAYA" yang hanya akan disambut LIMA tahun sekali. Pasti raya kali ni banyak beza nya kalau dibandingkan raya lima tahun lepas. Pilihan kali ni agak sengit. Apa pun pilihan korang, harap itu yang TERBAIK untuk negara kita.



 Untuk lima tahun akan datang, pastikan sebelum korang beratur ke tempat mengundi, check dulu kat website SPR dua perkara PENTING :-
  1. Saluran
  2. Bilangan
 Dua perkara ni penting untuk memudahkan korang dan juga penjaga undi supaya urusan mengundi berjalan dengan lancar dan cepat.

Bila dah tahu saluran no berapa, senang terus ke barisan yang sepatut nya.
Dan bila sampai je giliran korang ke dalam bilik mengundi, just sebut je no bilangan, senang mereka yang terlibat nak cari nama korang.

Tak de la nak buang masa dedua pihak.


Budak ni penyelamat ako..
Hahhaha untung bawa budak kecik. Kalau nasib baik, derang akan bagi mereka yang bersama anak-anak kecil untuk terus berada di barisan depan. Begitu juga bagi yang uzur dan warga emas, derang akan utamakan orang-orang seperti tu untuk mengundi dahulu.

Tapi ada juga ako dengar di kawasan-kawasan lain, mereka tak amalkan konsep untuk yang uzur atau ada yang bawa anak kecil. Kesian pada yang tengah sarat mengandung kalau terpaksa menunggu dalam suasana yang panas terik, kan?!

Harap pada masa akan datang, moga pihak yang berkenaan akan lebih prihatin ye ;-)


Saya sudah!
Berdebar tunggu keputusan malam ni..

Nota Jemari: ako debar tunggu pengumuman CUTI je hahaha
Share:

2 comments:

Penafian @ Pemberitahuan

Blog ini hanya blog personal, hanya cerita tentang diri, family & kengkawan AKO. Tiada kena mengena dengan yang hidup ataupun yang telah tiada.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di Ako Tetap Ako's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada Ako Tetap Ako's blog.

Sebarang komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

Sekian terima kasih.