, ,

JJCM: Kedai Ikan Bakar AS @ Kampung Pasir Putih

#credit photo SisLin

Balik dari Hong Kong aritu terus terbang ke Johor Bahru.
Ako sambung lagi cuti yang berbaki lagi seminggu.
Sakan betul ako cuti kali ni.

Berbalik cerita kat JB aritu. Kalau melepak ngan sis lin ni memang asyik makan makan dan makan hahaha... Seronok nya sebab dia slalu je bawa kita makan kat kedai-kedai yang tak pernah lagi ako pergi. Kali ni kamie ke Kedai Ikan Bakar As yang terletak di Kampung Pasir Putih, Pasir Gudang.

Menu nya apa?
Tentu la menu untuk kita lunch iaitu menu utama ikan bakar.
Ako suka ikan bakarnya sebab dia punya cicah adalah sambal bukan air asam.
So memang menepati citarasa tekak ako la kan.

Ada juga lauk lain selain ikan bakar.
Ako pasti ramai yang suka kan siput sedut lemak... Perghh walau ako bukan peminat siput tapi bila tengok kuah lemak nya yang penuh warna kuning keemasan, memang naikkan selera dibuatnya.

Ada ulam-ulaman juga.

Banyak juga pilihan ikan-ikan nya.
Ikan yang ako order harus la ikan pari bakar!!!
Kalau nak dibandingkan ikan bakar kat KL, agak jauh beza nya juga.
Sebab nya ikan yang ni memang ekceli dah siap digoreng.
So bila kita nak makan, dia akan panas kan balik.
Jadi nya agak garing la sedikit dan kebarangkalian agak keras sket.
Tapi masih lagi tahap kesedapan yang tak terkata bila disalut dengan sambal yang perghhhh, memang tak terkata sedap & pedas!!

Ako tak pasti selera korang macam mana.
Tapi selera ako dari dulu memang ikan bakar jenis cenggini yang menepati citarasa tekak.

#credit photo SisLin

Camni la ghope menu di atas meja kamie tempoh hari.
Harga semua sekali termasuk kitoran order ayam bakar bungkus ada lah RM57.
Berbaloi rasa nya untuk 4 orang makan.

Kepada yang nak mencuba boleh la ke alamat seperti di bawah :-

Jalan Masjid and Jalan Muafakat, Kampung Pasir Putih, Pasir Gudang, Johor Bahru
 (Berdepan betul dengan Mesjid). 
GPS: 1°26'15.9"N 103°55'51.8"E | 1.437753, 103.931061
WAZE: "Masjid Jalil Hassan"
Tel: 017 758 5639
Buka: 11:00am - 11:00pm setiap hari 
Nota Jemari: Selamat Menjamu Selera
Share:

6 comments:

  1. serius la kak nama dia Kedai Ikan Bakas? bukan Bakar? sebab kat tajuk camtu, dalam entri pun sebut camtu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Laaa ye ke hahahaahaa hadoii camne leh typo ni wakaka.. kena cecepat edit ni.. kang sis lin bc mau kena kutuk haha

      Delete
    2. Hahhahaha!!! Nasib baik bukan bakas..bakas tu bahasa melanau kitorang, maksud dia binatang takde leher tu..hahahha

      Delete
    3. Hahahaa bakas tu binatang xde kepala?? Erkk gurlpp.. binatang apa tu?? Haha nasib sunah perasan..biasa la bila update memalam, byk je yg typo error

      Delete
  2. Kakakakah, oiii Bakas apa bakas oii, jari tu gemok benau kee...
    Tu laaa duk ingat Pajura jeee...
    hahahahaha...

    Next dtg aku bawak tempat lain pulak..mee udang galah oiii

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wakakaaaaa.... Dh editt arr.. oraittt x sabar nk jjcm sana hahaa

      Delete

Penafian @ Pemberitahuan

Blog ini hanya blog personal, hanya cerita tentang diri, family & kengkawan AKO. Tiada kena mengena dengan yang hidup ataupun yang telah tiada.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di Ako Tetap Ako's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada Ako Tetap Ako's blog.

Sebarang komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

Sekian terima kasih.