, , , , ,

JDM: AR De-stress 2019 & Babai Interns


Jumaat lepas sempat lagi ke MyTown.
Lunch plak kat Ikea.
Ikutkan memang agak jauh la kan dari opis.


Tujuan sebenarnya nak beli ayam Kyochon.
Tapi takde plak delivery area opis ako.
Maka nya, terpaksa la kita "pick up" ayam-ayam tu sumer.

Antara ayam-ayam dari Korea, Kyochon paalinggg sedap bagi ako.
Terutama yang perisa pedas!!
Kalau suka yang manis masam, korang leh pilih perisa honey lemon.

Jenis ayam dia potong kecil-kecil je tau.
Bukan macam saiz KFC or MCd dan yg sewaktu dengan nya.
Maybe itu salah satu sebab nya, ia sedap di makan, tak rasa muak kot hehehe.

Kyocon ni dah ada mostly kat KL, Selangor dan Penang.
Boleh klik cari lokasi berdekatan korang --> https://www.kyochon.com.my/locations/



Dua orang budak intern (depan kiri-kanan) last day Jumaat lepas.
Alang-alang annual report baru je abis, maka nya kita celebrate sekali AR destress ngan last day bebudak intern ni. Untuk Henry & Aaron (mcm la derang baca blog ako ni kan), all da best! 

Nota Jemari: Casual Friday ;-)
Share:

5 comments:

  1. erk..memang akak set template blog jadi camni eh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. erkk jadi camne sunah??? So far takde klik setting pape pun

      Delete
  2. Arghhhh bila nak try ni...nanti ke KL nak try jugalah ....

    ReplyDelete

Penafian @ Pemberitahuan

Blog ini hanya blog personal, hanya cerita tentang diri, family & kengkawan AKO. Tiada kena mengena dengan yang hidup ataupun yang telah tiada.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di Ako Tetap Ako's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada Ako Tetap Ako's blog.

Sebarang komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

Sekian terima kasih.