Sape minat kartun?
Karikatur?
Or yg sewaktu dengan nya?!

Peminat-peminat kartun terutamanya yg ada dalam majalah Gila-gila, Ujang, boleh terjah Rumah Kartun Malaysia yang terletak di Taman tasik Perdana. 



Ko tengok ni abin, zaman dulu kitorang sumer main 'gasing' tapi zaman la ni dah moden sket, korang main "beyblade"


Bulan April adalah bulan kartun, ada pameran pasal karikatur dari 1 April hingga 1 Mei 2019.
Kot la mana tau kan, korang leh jumpa kartunis-kartunis minta lukih gambar korang ke kan?!


Jangan lupa Sabtu, 13 April 2019 ada Karnival Kartun kat situ.
Boleh ajak anak-anak, mak, pak, sedara mara, kengkawan bagi memeriahkan karnival tersebut k ;)


"Baa Caakkk!!"
Peminat Uyum ni hahah.. eh silap Uyum yang minat dia kan hahaa...



Boleh tengok zaman dulu derang lukih guna berus. Zaman la ni, sumer pakai online je kot hahaha



Antara kartun pebret .. 
Rasa nya sampai sekarang masih minat kat dia ni...


Oh ye, kat rumah kartun ni, korang boleh belajar lukih kartun tau.
Bayaran RM100 untuk 4 kali kelas. 
Pendaftaran RM30
Info detail, korang leh contact terus no kat bawah sekali k.


Ha ni bukan kartunis ye...hehehe..
Ni member ako... 
Rumah kartun ni idea hubby n kengkawan kartunis dia.


Beriyer si Aqeem nak tulis nama dia dalam buku pelawat. Kata nya, tu bukti dia dah sampai haha..


Hahhaa ni anak sape minta okong ni 🤣🤣


Antara karikatur yang menarik perhatian ako...comel je dedua heheh


Haha yang ni pun comel juga kan 🤭😝


Tak tahu la , budak budak sekarang tau ke tak kewujudan majalah camni kan? Korang leh dapatkan koleksi majalah ni kat Rumah Kartun.


Antara sebab ako suka majalah ni, kat last page tu bila kita lipat, dia akan bg satu ayat or perkataan..


Ha contoh camni ha..ada ada maksud tu 😝

Nota Jemari: Tiga dara pingitan,.... ha sape ingat?! :p

Alamat : Taman Botani, Jalan Cenderasari, Kuala Lumpur
Waktu Operasi : 10 pagi - 5 petang (Tutup pada hari Isnin & Jumaat)
No. contact office : +603-7772 3140
Bayaran : RM5 seorang