Last month gi follow up check up kat Ampang Puteri Specialist.
Biasa la, check ngan ENT ako.
So, lepas dah setel urusan ngan doktor, ternampak plak ada kempen derma darah kat lobi sepital.
Memang ada niat nak menderma pun. Rasa macam dah lama sangat tak bagi darah ni hahah..


Macam biasa, kena isi borang dulu.
Isi segala maklumat yang derang nak.
Pastu, gi kat kaunter, amek darah sikit sebab nak tahu jenis darah kita.
Jenis darah ai is B+.

OK lepas dah konpom jenis darah, moh kita beratur untuk check tekanan darah plak.
Dalam borang tu, antara soalan yang ditanya, "pernah menjalani pembedahan ..." .. ha gitu la lebih kurang soalan nya. So, ako jawab, pernah!

Bila dia tengok je ako pernah kena operate bulan doblos aritu, terus dia bagitau,
"Anda TIDAK LAYAK untuk menderma!"

Sekian..... huuuwaaaaa....
Jadi kengakwan, jika anda ingin menderma darah, sila pastikan, selepas 6 bulan pembedahan baru dibenarkan ya...

Melepas lagi... terpaksa la kita tunggu hingga bulan enam ya.

Nota Jemari: Niat dah ada, nasib tidak menyebelahi...