Hi Semua! Jom sambung lagi dari entry lepas.....
Masuk hari kedua. Masih di Kobe.
Plan nak kuar awal tapi jam 9 pagi baru terjaga.


Ekceli memula ako dah book Hotel Fine Rokko.
Ako dapat rate murah masa tu. Harga nya dalam RM80.
Pas dah beli baru aku perasan, hotel tu agak jauh sket dari town.
Dan hotel tu plak berkonsepkan loving loving punya hotel.

So beberapa hari before berangkat tu terpaksa la ako cancel hotel rokko dan cari hotel lain.
Green Hill Kobe Hotel adalah penginapan ako semasa di Kobe.
Semalam je pun.
Carian adalah dari agoda.com
Harga untuk sebilik (twin sharing) adalah RM319.

Hotel Green Hill ni ada 2 tau.
Yang kitorang stay ni dia berada di belakang jalan utama.


Hotel ni memang sangat dekat dengan Shin-Kobe Station.
Tapi sebabkan kita adalah first time kat sampai situ, so nak mencari hotel agak susah la sket.
Tambahan masa kita sampai sana pun dah lewat malam.
Untung ada penduduk situ yang sudi bantu tuk carikan direction hotel untuk kitorang.


Walau bilik ni takde la besar mana pun tapi cukup selesa la untuk kita berdua.
Sumer nya lengkap, tv ada, kettle ada, mini fridge pun ada.
Yang penting ada wifi dalam bilik. Alhamdulilah mostly sumer penginapan mempunyai wifi percuma di dalam bilik. Sangat berbaloi ;-)


Toilet ni memang agak sempit la sket tapi sangat la bersih.


Sangat puas hati. Nasib baik lah last minit cari bilik ni berbaloi juga.
Risau juga tak menepati citarasa sendiri.
Ako lebih suka cari hotel yang berdekatan dengan public transport.
So, senang sket kalau nak ke mana-mana kan.
Lagipun bila baca review mereka yang pernah menginap kat situ, semuanya berpuas hati.

Agak rugi sket la masa memula book hotel Fine Rokko tu.
Nampak je harga murah terus ako beli tanpa baca review or selidik dulu hotel tu.
Tapi takpe la, pengajaran untuk diri sendiri, bila nak cari hotel baca dulu review yang lain.


Ini jalan utama. 
Alhamdulilah cuaca pagi tu sangat cerah.
Bagus untuk memulakan pengembaraan ;-)


Ok, ini lah hotel Green Hill yang kat jalan utama.
Ako rasa yang ini pun not bad juga cuma masa cari kat agoda aritu, takde plak bilik kosong untuk hotel yang ini. 


Jom jalan-jalan. 
Hari ni kita nak ke Kobe Harbourland dan Masjid Kobe.


Dari Sannomiya JR Station ni ke Kobe (Hyogo) Station tak jauh. Amek tren dalam 5 minit la macam tu. Kobe ni terkenal dengan bandar pelabuhan. Tapi ako nak ke Kobe ni hanya lah semata-mata nak tengok Masjid Pertama kat Jepun je hehhee... Tapi dah alang-alang sampai Kobe, moh la kita jenguk-jenguk kejap kat pelabuhan dia.


Nak pegi ke Harborland tu, kluar je dari Kobe Station, terus korang jalan ke depan.
Melintas la sket ye. Tak jauh pun.


Nampak Kobe Station tu?
So korang jalan je kedepan sket, nanti korang nampak pemandangan macam kat gambar atas tu k.


Now, kita naik jambatan tu plak.
So tak yah nak lintas jalan-jalan besar.
Selamat ikot jejantas tu je.


Teruskan berjalan di atas jejantas.


Taadaaaa, dah sampai kat pintu Promenade.
Promenade adalah shoping complex yang besar kat port kobe tu.
Bersambung plak dengan tempat permainan untuk budak-budak macam genting tu.
Kat situ terserempak la juga ngan orang Malaysia.
Tapi nyombong sesangat. Ok fine!!


Lepas masuk promenade, korang cari je signbod ke "MOSAIC".
Soping complex juga ni.


Ikot je direction ke MOSAIC tu ye.


Jalan lagi... 


Sampai korang jumpa pintu masuk MOSAIC tu.


Nak sampai dah..
Terus je ke depan lagi.


Yeahhhaaaa,..... dah sampai pun!



Terus cari landmark ni.
Kalau dah jumpa landmark merah ni, dah sampai la tu Pelabuhan Kobe.


Ferris Wheel tu rasa nya kalau malam mesti cantek kan.
Boleh tengok pemandangan seluruh bandar Kobe.
Tapi kitorang x naik pun. 


Kat situ juga kitorang jumpa ultraman.
Nak cari Doraemon tapi x jumpa-jumpa.
Hahahaa... Hello Kitty plak berlambak-lambak.
Kalau banyak duit, mau juga borong macam-macam.
Tapi beli selai baju yang nipis jenis sleeveless untuk budak-budak tu sampai RM40+ , ermm Ok x yah la berangan nak soping sakan sangat ye kat situ. Dapat selai je cukup la haha... 

Kat situ juga first time cuba makan aiskrim.


Dah puas lepak jap kat sana, dah puas berwifi kejap.
Check email, update status kat FB, berwassapp... dah moh lekas kita ke destinasi seterusnya.
Patah balik ke Station Kobe.




Naik ketapi balik ke Sannomiya Station.
Lepas ni kita nak cari Masjid Kobe pulak.


Masjid Kobe tu tak jauh dari Sannomiya Station.
Tapi sebab kita pertama kali kan, jadi rasa agak jauh juga la bila kena berjalan kaki je.


Jalan-jalan nampak stesen TV (NHK) derang.
Tepi jalan je pun. Deret-deret kedai je.
Kalau TV3 dan Astro siap ada kawasan sendiri stesen TV nya kan ;-)


Tak jauh dari stesen TV tadi, boleh kita melintas plak.
Masjid tu kat area belakang bangunan stesen tv tu je


Dah lintas, kita terus je jalan ke depan.
Daki bukit la sket ye


Bila korang dah nampak FamilyMart kat tepi trafic light tu, korang terus je belok ke kanan.
Jangan jadi macam kitorang, terlebih exercise, kita terus je maju ke depan sampai hujung jalan tu.
Hahha adoiyaii, padahal masjid dia memang x jauh dari FamilyMart tu.


Kalau korang dah sampai ke situ, sila la patah balik ye.
Tak yah gatal2 nak teruskan perjalanan ke depan lagi sebab nya konpom korang dah terlepas simpang nak ke masjid tu tadi.


Alhamdulilah dah nampak dah kubah masjid.
Kecik je pun hehe, ako bayangkan ianya terletak kat kawasan macam kat perumahan kat msia ni ha. :D

~Kobe Muslim Mosque was build in 1935, the first Mosque in Japan~
http://www.kobemosque.info/en/top.html# 


Jom kita masuk.
Dah memang masuk waktu zohor pun masa tu.
Dah alang-alang jom kita solat dulu.


Dari pagar besar tadi, korang dah masuk terus belok ke kiri.
Nanti korang akan jumpa pintu kecik ni.
Ni lah pintu masuk ke dalam masjid.


Masuk je kita disambut oleh mamat ni.
Dia ni orang Malaysia. Kerja dan menetap kat Jepun.
Hujung minggu dia buat kerja amal, datang masjid ni.


Ruang solat pompuan kat atas.
Jom kita naik atas dulu.


Naik je tingkat 2, terus nampak ruang solatnya.


Tapi kita belok ke kiri, masuk bilik ni untuk amek wudu'.


Toilet pun ada kat atas tu.
Bersih je cuma kecik yang amat.
Berlaga montot ako ngan pintu jamban tu hahaha...


Tempat berwudu.


Ruang solat pompuan kat atas kan.
Tak besar, sebaris je pun klu nak solat berjamaah.


Jenguk ke bawah, dah nampak ruang solat lelaki.


Ingat tak mamat tadi?
Nama dia Zul.
Kitorang nak ke Osaka. Dan dia beriya nak tunjuk kan drirection untuk kita.
Sebab kebetulan dia pun nak balik ke Osaka, tempat tinggal dia.
Jadinya, kita pun pakat amek beg yang kita tinggalkan kat hotel pagi tadi, terus ke Shin-Kobe Station.


Dah sampai pun Station Osaka. Perjalanan dari Kobe hanya 27 minit la gitu.
Tak jauh rupanya Kobe dan Osaka ni.


Besar juga Station Osaka ni ye.
Kalau korang ada masa, pegi la naik kat atas bumbung station tu.
Derang ada sediakan taman untuk melepak. Memang cantek la.


Hepi sebab ada orang tolong amekkan gambar kita.
Dah sampai Osaka kan.
Kat osaka kita stay kat Hotel-Taiyo.
OK hotel kali ni ako book memang x pikir panjang. Kebetulan ada terbaca kat blog-blog travellers yang lain yang pernah stay sini, tanpa pikir panjang, ako pun book je la. Lagipun memang dekat sangat dengan train station. Memang ako akan cari hotel yang dekat dengan tren. 


Moh naik tren dari Osaka station ke Shinimamiya Station. Perjalanan dalam 15 minit je.
Kita check in dulu, hantar beg dan pastu kita pegi lunch. Nanti cerita lain pasal hotel ni k.


Ingat tak mamat Zul tu? Ok dia yang suggest kita makan kat kedai tu.


Konpom la bukan kitorang yang order kan.
Sepatah haram x paham sebab sumer nya dalam tulisan jepun.
Seb baek ada mamat Zul ni yang tolong belikan.


 Kita order nasi putih dengan ikan bakar sahaja.
Tapi dia bagi la set sup dengan tauhu kosong.
Yang pasti kitorang siap bawa ikan bilis sambal makan kat situ.
Memang berselera bila makan pedas-pedas ni.

Kalau tak silap masa ni dah pukul 4.30 petang..
Kita kejar masa juga la nak ke Osaka Castle.
Hajat di hati ako nak ke 'Sumiyoshi Taisha'(double torii gate) tapi memandangkan tak cukup masa, maka nya kita ke Osaka Castle je la ye.

Dari Shinimamiya Station ke Osaka Castle, kita kena berhenti kat station Osakajokoen (JR Station). Dalam 10 minit je perjalanan. Tapi nak menapak ke Palace tu, perghh memang berpeluh juga la. Castle tu dia terletak kat taman. Masa kitorang sampai tu dah lewat juga la dalam pukul 6 gitu. Hari dah mula nak gelap. Orang pun dah mula beredar beransur-ansur. Tapi ada juga yang masih berjoging. Ikotkan hati nak juga join derang berjoging. Hahah sebab dah alang-alang kena menapak jauh juga la nak ke castle tu.


Masa ni ada group remaja tengah berlatih tarian tradisional derang rasa nya.


Jauh lagi kena jalan ni.
Ini baru je kluar dari station tren.


Dari jauh nampak dah castle dia.
Ingatkan dah dekat dah. Tapi rupanya kena jalan lagi.


Tak yah bising-bising... kita jalan je...
Kata nak tengok castle kan.
Ha amekk ko, bapak jauh nak berjalan. hahaha.... 
Kena lalu tembok cina, eh silap tembok jepun la kan.


Ok dah nak hampir dah tu.
Castle ni atas bukit, so lepas kena jalan jauh, kena mendaki la sket ye.
Ala 'sikit' je pun hahaha... 
Cuba bayangkan camne la orang dulu-dulu bole angkat raja dia dari atas bukit bawah ke bawah.
Dulu-dulu mana ada kenderaan kan. 


Ooooo ni la ghope castle nya.
Malam tu memang angin bertiup kencang.
Sejuk sesangat... 
Tak bole lelama kat atas tu, gigil kesejukan dibuatnya.

~carian google~

Ha camni la ghopenya bila waktu siang.
Kitorang sampai tu dah memang gelap dah.
Dah snap snap, moh la balik.


Tak yah citer panjang, moh balik lekas.

~credit google~

Tsutenkaku Tower was constructed in 1912 after Paris' Eiffel Tower. Although it was scrapped during WWII, the tower was reconstructed soon afterwards in 1956. The current tower is 103 meters high, with the main observatory at a height of 91 meters.


Sebelum balik hotel, kita jalan-jalan sekitar kawasan situ.
Ada plak tower ni. 
So apa lagi moh la bergambar kejap.
Tower tu boleh naik tapi dah lewat kan, dah tutup dah pun masa kita sampai.
Kalau korang tingin nak naik, bayaran nya dalam 700 yen.
Malam dah... jadi persekitaran pun banyak kedai dah tutup gitu.
Boleh baca pasal tower dan persekitaran kawasan tu kat sini http://www.japan-guide.com/e/e4012.html


Banyak kedai makan tapi konpom la x bole nak makan kan hehe .


Ako agak ni kedai sumo kot. Hahaha dah gambar orang moncit je kan.
Lepas dah jalan-jalan, badan pun dah penat, kita pun pulang.
Sampai je hotel terus membongkang......

Kos perbelanjaan:-
1. Redbull @ FamilyMart - 206 yen
2. Mineral @ FamilyMart - 108 yen
3. Tshirt otromen - 2,052 yen
4. IceCream @ Kobe Harborland - 290 yen
5. Lunch @ Osaka - 600 yen
6. Mineral @ Osaka Tower - 108 yen
7. Rain Coat @ Daiso - 108 yen
8. Cottonbud - 108 yen
9. Chopstik - 108 yen

Nota Jemari: sambung lagi hari ketiga plak....