Pegi makan sini hujung Februari aritu.
Kedai ni pun baru je buka.
Lokasi di Taman Sri Gombak, belakang Maybank, berhadapan pasaraya BIG.

Perasan tentang kedai ni bila ternampak Heliza dok promot kat IG story dia.
So kita pun excited la nak mencuba kan.
Kedai baru, of coz memang ramai la ye yang nak mencuba juga.



Konsep makanan 'shell out'.


Tempat makan nya ada di dalam dan juga di luar.
Masa kami datang tu, cuaca mendung macam nak hujan.
Jadi kami pilih kat dalam je la.


Suasana kat luar.
Ikutkan prefer lagi makan kat bahagian luar kan.
Tapi sebab nak hujan, jadi tak nak la amek risiko.

Ada ternampak kat IG diorang, mencari pemuzik jalanan.
Tak tau la sekarang dah ada ke idak pemuzik jalanan untuk hiburan kat situ.


Penuh!!
Padahal dah buat reservation awal-awal lagi.
Tapi bole plak diorang tak sediakan meja kami.
Frust gila masa ni!!


Selain shell out, diorang ada ikan bakar dan yang sewaktu dengannya.


Dah kena bebel, baru terhegeh nak sediakan meja untuk kami.



Susah betul nak kumpul lengkap adik-beradik.😅


Ambil set sekali ngan air buah 1 Jug besar.
Tapi ais je lebih hahaha...


Add on ikan bakar.
Sedap juga la masakan nya!


Kami order 3 set shell out.
2 kuah buttermilk, 1 kuah pedas.


Shell out ni basic bahan yang ada tak silap, udang kecil, lala, sayur-sayur.
Korang bole add-on, ketam, sotong besar or udang galah.
Mula ingatkan sikit je tau, sekali bila dah terhidang, mak aiii macam terover plak kami order hahahha😅

Kalau bole refill ulaman dan nasi putih.
Overall, bagi ako agak pricey tau!! hahaha...😅
Tapi bole je la sekali mencuba.

Lokasi MaiiShellOud
No 17 Jalan SG 3/15
Taman Sri Gombak
68100 Batu Caves, Selangor

Waktu dibuka : 5 petang - 12 malam (Isnin tutup)
Booking meja : 017-4313546

Nota Jemari: tak tau kenapa, ako geli tgk orang makan belangkas.... 😅🙈