Siapa je yang tak kenal dengan Seniman Agung Negara iaitu Tan Sri P Ramlee.
Berkesempatan menyinggah ke rumah kelahiran beliau di Pulau Pinang tempoh hari.
Last jejak situ 5/6 tahun lepas. Masa tu memang ramai la pengunjung nya kan.
Sejak kobid-kobid ni, rasa nya tak ramai yang datang menyinggah kat situ.


Waktu lawatan :
Selasa-Ahad 9:00 pagi hingga 5:30 petang
Jumaat 9:00 pagi hingga 12:00 tengahari , 3:00 petang - 5:30 petang


Rindu plak suasana kampung.


Basikal yang digunakan untuk ke sekolah.


Sampan kegunaan keluarga P.Ramlee untuk mencari rezeki.



Teringat jamban ali baba ni.
Agak-agak korang pernah guna tak jamban camni? 😆


Orang dulu-dulu je kan yang ada guna tempayan letak tepi tangga rumah camni!




Part bila masuk depan beranda ni rasa ok lagi.
Tapi bila masuk ke dalam, area bilik dan dapur, ada satu aura yang seriau sket hahaha..
Tu sebab ako x snap gambar kat bahagian tu.
Bukan apa, takut kang termuncul plak makhluk yang tak diingini dalam gambar, haru je kang😅


Kejap sangat singgah kat situ.
Cuaca panas sangat tengahari tu.
Perut pun dah berbunyi-bunyi.
Uyum dah bising , panas! panas!
Maka nya kami pulang ke hotel n order grab food je untuk lunch.

Sila google / waze ye untuk ke sini.

Rumah P. Ramlee
Lot 2180, Jalan P. Ramlee,
10450, Pulau Pinang.

Nota Jemari: Pustaka Peringatan P. Ramlee atau Memorial P.Ramlee kat KL pun x jejak lagi ni😅, padahal dekat je ngan rumah