RUMAH KELAHIRAN P. RAMLEE     RUMAH KELAHIRAN P. RAMLEE

RUMAH KELAHIRAN P. RAMLEE


Siapa je yang tak kenal dengan Seniman Agung Negara iaitu Tan Sri P Ramlee.
Berkesempatan menyinggah ke rumah kelahiran beliau di Pulau Pinang tempoh hari.
Last jejak situ 5/6 tahun lepas. Masa tu memang ramai la pengunjung nya kan.
Sejak kobid-kobid ni, rasa nya tak ramai yang datang menyinggah kat situ.


Waktu lawatan :
Selasa-Ahad 9:00 pagi hingga 5:30 petang
Jumaat 9:00 pagi hingga 12:00 tengahari , 3:00 petang - 5:30 petang


Rindu plak suasana kampung.


Basikal yang digunakan untuk ke sekolah.


Sampan kegunaan keluarga P.Ramlee untuk mencari rezeki.



Teringat jamban ali baba ni.
Agak-agak korang pernah guna tak jamban camni? 😆


Orang dulu-dulu je kan yang ada guna tempayan letak tepi tangga rumah camni!




Part bila masuk depan beranda ni rasa ok lagi.
Tapi bila masuk ke dalam, area bilik dan dapur, ada satu aura yang seriau sket hahaha..
Tu sebab ako x snap gambar kat bahagian tu.
Bukan apa, takut kang termuncul plak makhluk yang tak diingini dalam gambar, haru je kang😅


Kejap sangat singgah kat situ.
Cuaca panas sangat tengahari tu.
Perut pun dah berbunyi-bunyi.
Uyum dah bising , panas! panas!
Maka nya kami pulang ke hotel n order grab food je untuk lunch.

Sila google / waze ye untuk ke sini.

Rumah P. Ramlee
Lot 2180, Jalan P. Ramlee,
10450, Pulau Pinang.

Nota Jemari: Pustaka Peringatan P. Ramlee atau Memorial P.Ramlee kat KL pun x jejak lagi ni😅, padahal dekat je ngan rumah

Post a Comment

14 Comments

  1. Tiba terbayang wajah P Ramlee. Kamo macam saya la.. suka terbayang sesuatu.. hahaha.

    ReplyDelete
  2. Paling kita ingat tarikh lahir P Ramlee pada 22 Mac sebab sama tarikh lahir dengan Firdaus.

    ReplyDelete
  3. Mestilah guna jamban Ali Baba masa kecil.
    Alamak seram pula.

    ReplyDelete
  4. Suasana yg dirindui
    kampunggg yg damai
    cantiikk umahnya, rasa nk umah camni

    ReplyDelete
  5. Lepas ni nak holiday pi Penang gan ko laa, macam cikgu Sejarah, banyak tempat ko pi.. aku tak pernah sampai sini hehehe

    ReplyDelete
  6. Rumah arwah atuk SA dulu pun guna tempayan letak tepi tangga...memang wajib basuh kaki sebelum naik rumah...rumah NS tau la kan sure bertangga tinggi...seronok pi sini...dapat menimba ilmu

    ReplyDelete
  7. Al-fatihah buat allahyarham Tan Sri P.Ramlee
    Seniman kegemaran sebelum arwah Mamat Khalid

    Cantik rumahnya ya.
    Kita baru tahu nama kawan tempayan tu batok.
    Selalu dekat rumah arwah tok kita guna cebok jer. He3

    ReplyDelete
  8. Teringat dahulu kalau pergi Rumah Peringatan P.Ramlee, terus terjah bilik tayangan tengok diorang tayang filem apa... :)

    ReplyDelete
  9. Lupa pula nak tulis tadi... saya berkenan tengok tempayan dan batok tu. Inilah batok yang dimaksudkan dalam peribahasa 'melepaskan batok di tangga' kan... Bukan batuk uhuk uhuk hehehe

    ReplyDelete
  10. Cantik rumahnya terjaga. Berkali kali pergi Penang tak pernah nak menyinggah ke sini. Ingat sangat jamban tu ha dalam cerita Ali Baba Bujang Lapuk :)

    ReplyDelete
  11. Ya ampuuuun lama duduk Kat Penang, tak tahu ada rumah p Ramlee nih 🤣🤣. Tapi sat kuliah dulu, memang tak terlalu suka keliling-keliling lah kak 😄.

    Nanti kalo dah bisa balik Penang, Fanny nak datangin rumah nih.

    Btw, yg foto jamban di atas, yang mana jambannya Yaa?

    ReplyDelete
  12. syu tak pernah ke sini lg. walaupun org penang. haha

    ReplyDelete
  13. Cantik keadaan rumah p ramlee ni . Terjaga rapi

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: anakomak6@gmail.com