Assalamualaikum....

Ingat lagi ako ada mention tentang RUMAH TETIBA BALCK OUT bulan lepas?
Dipendekkan citer, sepanjang kami black out tu, kami dah register nak pasang wiring baru kat TNB kan, tapi memandangkan ada prosedur nya jadi makan masa plak dibuatnya. Sepanjang yang kami takde letrik aritu, budak technician yang kami selalu deal tolong la hidupkan juga lampu kat rumah dengan 'jump' wiring sendiri sementara. Alhamdulilah berlampu la kami seminggu dua tu. Then lepas tu budak technician tu nak cabut balik wiring yang dia buat sebab takut nanti orang TNB datang nak pasang wiring yang sebenar, nanti kena marah plak kan. Ye la sebab macam illegal la kan. Maka nya bergelap la kami. Untuk beberapa hari tu, kami stay la menumpang kat rumah kakak di Tmn Rowther. Cuma Rabu baru ni diorang sekeluarga nak gi Penang plak, jadi nya macam malas la nak lepak rumah 'orang' bila tuan rumah takde kan Macam tak best la walau adik badik sendiri.


Rabu hingga Jumaat (2-4 Mac) aritu ako pun booking la My Home Hotel budget kat area Sri Gombak. Bernomad la kami sekejap kat situ hahahaha... 

Pastu Jumaat hingga Ahad (4-6 Mac) , kami stay la kat Hotel Sunway Putra.
Betul-betul nomad kehidupan kami minggu ni 😅
Tapi of coz la yang seronok nya si Uyum ngan abang-abang la kan.
Sape la yang tak suka tido otel kan hahahah.


Kali ni kami dapat offer bilik yang lagi besar. Alhamdulilah, kemain sonok la budak tiga orang tu. Kebetulan masa check in aritu, dapat plak check in dengan staff yang sama. Ako siap cakap, aritu pun ako check in deal ngan dia juga. Terus la dia offer ako bilik yang besar sket hahaha.. 😅 Cuma ako kena tambah sket la untuk bayaran breakfast bagi bilik yang dia offer tu. Memandangkan asalnya ako just booking bilik without breakfast tapi bila dia offer bilik yang besar n kena tmbh sket je lagi, maka nya ako ON aje la tukar bilik.




Kali ni dalam bilik ada 2 bilik tau!! Setiap bilik pun ada tibi dan toilet sendiri.
Pastu dalam bilik tu juga ada fridge sendiri.
Memang luas sangat.






Meja makan penuh dengan makanan. Hahaha dah macam nak stay lama lama plak kat situ kan. Itu belum lagi termasuk makanan yang di order atau di tapau dari SPM. Memang dah macam dok kat rumah dibuatnya hahaha...!


Tempat wajib Nina bekerja. Maklum la hari jumaat masih hari bekerja untuk ako kan.
Maka nya kena la sentiasa stand by ye. Nasib la masih bole WFH lagi.





Ha ni la aktiviti wajib budak-budak kan bila dapat tido otel hahaha...
Kemain sonok diorang... sampai-sampai je dah tanya bila nak mandi pool.
Kat situ , pool kena booking slot.
Pastu dapat mandi sejam je pun. Jadi la kan dapat lepas gian diorang.


Kalau anak-anak x nak mandi pool, ada juga tempat mainan lain kat situ.
Gym pun ada je kat hujung sana tu. Kena booking slot juga ye kalau nak masuk gym.
Untuk 18 tahun ke atas aje. Ingat nak ajak abang abin masuk gym sekali budak bawah 18 thn tak bole masuk daaa hahahha.. Terus cancel! (alasan sungguh nina kan... padahal bole je nina masuk sengsorang, abang abin mandi je la kat pool kan 😅)

Dan hari ni memandangkan dah kena check out, tapi letrik masih belum ada lagi, maka nya kami terpaksa la cari alternatif lain. Kebetulan ako kan sekarang tengah bizi ngan annual report (AR). Kebetulan untuk AR team ni nasib la diorang ada provide bilik untuk staff kat L@nai Kij@ng B.N.M. Alhamdulilah memang awal-awal lagi ako dah check in Lanai ni cuma belum sempat lagi nak bermalam kat situ. Nah, malam ni secara rasmi nya ako bersiaran dari bilik L@nai Kij@ng B.N.M ye hehehe...

Sementara MAMA , Uyum dan abang-abang kali ni terpaksa balik kampung di Rembau.
Nasib la dekat je kan hahaha.. Memandangkan MAMA pun keje kat Seremban, jadi senang la MAMA nak berulang alik dari kampung ke tempat keje minggu ni. Seminggu ni budak-budak jadi 'budak kampung' la ye. Takde internet hahaha so faham-faham la ye. Agak-agak apa aje la aktiviti diorang tu nanti kan?!


Terpaksa la beli jajan sikit.
Walau sebenarnya bole je order food dari cafe kat sini hahaha.


Ada je microwave dalam bilik. Kot la kan nak panas kan pape.


Macam biasa tempat wajib nina bekerja hahaha...


OK sejak cobid-cobid ni, bilik kena tido sorang-sorang. Tak bole nak share-share.
Kebetulan member sebelah bilik takde plak malam ni, sila doakan ako dapat tido dengan nyenyak eh malam ni hahaha...


Kita dinner dulu. 

For info: L@NAI KIJ@NG ni tempat latihan / event untuk staf sahaja


Nota Jemari: psstt sini pun ada pool tau hahahah tapi segan plak nak terjun sorang-sorang 😅


tenang je kan..... 😁