Kisah Uyum naik Bas aritu kan, moh la kita sambung kisah percutian Uyum yang tertangguh-tangguh ni.
Hari kedua ni Uyum tak ikut rombongan MAMA la sebab diorang banyak tempat nak menyinggah. Takut Uyum tak larat je. Maka nya arini Uyum ikut Nina aje la ye. Pagi ni Nina ajak sarapan dengan kawan dia. Lokasi sarapan adalah di food court Taman Tun Sardon. Kata nya sini terkenal dengan kuih serabai. Moh la kita cuba ye.
Area sini nak cari parking memang hazab oiii!! Berpusing-pusing tapi bila dah dapat tu memang rezeki la nak makan kuih serabai hahaha...!
Ini la rupa kuih serabai tu. Ada 2 jenis tu. Satu bakar, satu biasa. Bagi ako yang bakar tu sedap sikit, pastu cicah ngan kuah gula melaka. So dia masam2 manis. Tengok macam kuih india. Lupa lak nama kuih india tu. Ha macam kuih APOM!!
Ikut kata member tu kalau sebelum kobid, jangan harap la senang nak dapat tempat. Beratur panjang oii orang nak sarapan kat situ.
Lepas sarapan kami bergegas ke Bukit Bendera. Lagi cepat kita sampai sana, lagi cepat kita balik kan. Hahaha bukan apa, takut kang klu lambat, kena beratur panjang.
Kali kedua diorang nak daki bukit bendera ni. First time jejak masa Uyum 2 tahun kot tak silap.
Sila bawa Mykad / Mykid untuk mendapat harga tempatan ye.
Harga semasa ako beli Dewasa RM12, Kanak-kanak RM6.
Kalau tak tunjuk mykad / mykid, sila la bayar RM30 & RM15 ye.
Takde ramai orang yang beratur.
Kemain excited boodak bertiga ni.
Especially yang kecil boolat tu ahhaha... Tak sabar nak naik 'ketapi' katanya.
Pastu dah naik 'ketapi', eh dia punya gayat, toksah citer ar!!
Korang tengok la boodak baju merah tu. Sampai ke luar dia punya gayat tak hilang lagi.
Merangkak-rangkak dia naik tangga. Hahahah teringat insiden hiking kat Mat Cincang aritu. 😅
Dah sampai kat puncak bukit tu, kita posing-posing la sikit kan.
Tak lama pun kami lepak kat atas tu. Macam dah takde apa nak dibuat.
Tak meriah macam dulu. Yang meriahnya food court dia je la hahah tapi kami tak singgah pun.
Abang aqeem sonok tengok view bandar Penang dari puncak bukit.
Boodak ni dah start bosan.
Tak sampai setengah jam kat atas, dia ajak balik dah!!!
Dia tak tau nak buat apa kat situ.
Yang dia tau, dia nak ulang alik naik ketapi tu je.
18 Comments
Lama acik berhajat nk ke sini tau he hee
ReplyDeletebestt la uyum dah dpt kesana
Hehe gayat pun Uyum tidak serik naik 'ketapi'.
ReplyDeleteWahduhh.. Gayat behtols tu gayanya.. Hahahaa.. Naik keteapi mmg bestt... Lama tak naik.. dulu naik masa umoq enam tahunnn.. Kuang3
ReplyDeleteMaksudnya.. kete api kat Pulau Pinang nun
ReplyDeleteSudah beberapa kali juga ke Penang, tapi belum berkesempatan pergi ke Bukit Bendera.
ReplyDeleteseronok hensem boy tu ye!
ReplyDeleteSeronoknya uyum, aunti lama tak naik bukit bendera, teruja nak naik banyak kali ye uyum hehe..
ReplyDeletehaha..seronok Uyum naik ketapi...part turun yg best...
ReplyDeletelamanya tk pegi bukit bendera..sronok uyum naik keretapi tu..nk naik byk kali hehe
ReplyDeleteLamanya tak daki bukit bendera... kuih serabai tu sedap ekk.. tak pernah rasa.. ke pernah, dah lupa...
ReplyDeleteFanny 4 tahun live Kat Penang, tak pernah sekalipun ke bukit bendera 🤣. Tahu tempatnya, tapi tak nak je. Gara2nya adik yg sudah datang kesana, cerita kalau dia melihat semacam penangkaran kupu-kupu, insects dan ada LINTAH 🤣🤣. Fanny takuut sangaaat Ama animal tuh, jadi gara2 tuh lah, tak pernah nak diajak ke bukit bendera 😂
ReplyDeleteAalahai Uyum...acaner ni kalau cepat sgt bosan...x kan nak pi makan je....
ReplyDeleteKalau ada mainan atas tu mesti Uyum tak bosan. Tapi macam ada banyak tarikan atas tu, ke tutup? Seronok pulak dia naik ketapi. Kalau boleh naik banyak kali sekali bayar tiket okaylah Uyum.
ReplyDeletePernah naik Bukit Bemdera pd thn 2016. Nak beratur tu punyalah lama. Kalau bkn krna anak2, mmg x sanggup la.
ReplyDeletelama tak pergi sini jgk. last ke sini sbelum covid dlu..
ReplyDeleteLama tak ke Bukit Bendera. Last datang sini masa buat praktikal di Teluk Bahang 😅
ReplyDeleteSeronok dapat jejalan kat bukit bendera ni . Lama tak pergi sana
ReplyDeleteNak tunggu turn naik kereta api ni laa paling larat sikit .. Hari tu ccl pergi orang terlalu ramai .so pilih fast line nk cepat sikit
ReplyDeleteThank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging .
For any inquiries, email: anakomak6@gmail.com