ALOE VERA SUNSCREEN – KRIM SIANG TERBAIK 2023     ALOE VERA SUNSCREEN – KRIM SIANG TERBAIK 2023

ALOE VERA SUNSCREEN – KRIM SIANG TERBAIK 2023

Korea!

Sebut sahaja tentang Korea pasti kita dah terbayang produk-produk kecantikan dari sana. Hansaegee Nature adalah antara produk kecantikan yang tengah popular sekarang ni di Malaysia. OK tetiba rindu plak nak terbang 'balik kampung'. 😅

Ye ako memang suka keluar berjalan-jalan. So, bila kita terlalu aktif sudah pasti kulit banyak terdedah dengan sinaran cahaya matahari kan?! Jadi untuk mengelakkan kulit dari terlalu kusam, penggunaan suncsreen sangat la disyorkan. 
 

Hansaegee Nature Aloe Vera Sunscreen adalah pelindung matahari yang mengandungi aloe vera khususnya, dan beberapa ekstrak tumbuhan lain seperti Ekstrak Centella Asiatica, Ekstrak Morus Alba Bark dan Ekstrak Orkid serta kandungan seperti Sodium Hyaluronic, Glycerin dan Allantoin.

Tanaman lidah buaya dipercayai memiliki banyak khasiat termasuk untuk wajah. Khasiat lidah buaya untuk wajah adalah pelbagai, mulai dari meningkatkan penghasilan kolagen, menenangkan kulit yang terbakar matahari, hingga mengurangkan kedutan pada wajah.

Antara kelebihan Hansaegee Nature Aloe Vera Sunscreen yang menjadi pilihan ako adalah :-

  1.             SPF50+ PA+++
  2.             Tekstur moisture dan ringan
  3.             Aloe vera sunscreen - Calming & sooth skin
  4.             Sunscreen yang tidak berminyak (tidak melekit)
  5.             Easy to Blend & Fast Absorb
  6.             No White Cast
  7.             Sunscreen yang tidak kalis air
  8.             Sebagai makeup based
 
 
Kelebihan Aloe Vera Sunscreen
 
1.     SPF50+ PA+++


Aloe Vera Sunscreen ini mempunyai perlindungan matahari SPF50+ PA+++ untuk menghalang kulit kita dari ancaman bahaya UVA dan UVB serta menghindari daripada kulit cepat rosak, dan kesan terbakar (sunburn). Oleh itu sunscreen SPF50 ini sunscreen untuk semua jenis kulit terutama bagi korang yang mempunyai kulit sensitif.
 
2.    TEKSTUR MOISTURE DAN RINGAN


Bahan lembapan seperti Glycerin yang digunakan dalam pelindung matahari ini akan membuatkan kulit sentiasa rasa lembut, lembap dan ringan.
  
 
3.    ALOE VERA SUNSCREEN – CALMING & SOOTH SKIN
 

 
Sunscreen aloe vera boleh calm skin kalau ada jerawat & boleh melegakan kerengsaan kulit (soothes irritation skin) selain boleh juga menyejukkan kulit (cooling skin). Kulit nampak sihat dan segar tau lepas pakai sunscreen ni.
 
 
4.    TIDAK BERMINYAK, TIDAK MELEKIT


Kebanyakkan orang akan mencari sunscreen yang tidak berminyak. Inilah krim siang terbaik kerana tekstur krim adalah rasa ringan, tidak berminyak dan tidak melekit.
 
5.    EASY TO BLEND AND FAST ABSORB


Pemakaian nya sangat mudah diratakan (easy to blend) dan cepat menyerap memberikan kulit rasa segar. Moisturised – kulit juga tak kering bila sapu sunscreen ni.
 
 
6.    NO WHITE CAST


Kalau cari Sunscreen yang tidak meninggalkan white cast, nampak lebih natural, tiada kesan bercapuk kena teksturnya yang ringan, inilah sunscreen yang bagus untuk dicuba.
 
  
7.    SUNSCREEN YANG TIDAK KALIS AIR
 
Sunscreen Aloe Vera ini juga sunscreen yang boleh basuh dengan air. Mesra wudhuk, tidak perlu guna micellar water bila nak cuci muka dan solat. Kesan nya macam korang cuci dengan pencuci muka, rasa bersih dan segar, tanpa kotoran.
 
  
8.    MAKEUP BASE

Selain itu Hansaegee Nature Aloe Vera Sunscreen ini boleh dijadikan asas mekap (makeup base) dan juga sebagai pelindungan tambahan. Sunscreen ini adalah pakej sekali sebagai pelembap kerana ia juga membantu melembapkan kulit. Jadi, sama ada korang mahu menggunakan sunscreen tu sahaja atau dengan mekap korang pun boleh. Mudah kan?!

Hadkan masa skrin

Bila kita menghadap laptop dari pagi hingga malam, sudah tentu kita juga telah terdedah dengan sinaran UV. Kajian mendapati bahawa menggunakan peranti elektronik diluar rumah boleh menjadi lebih berbahaya kerana sinaran UV daripada matahari memantul daripada skrin telefon pintar atau tablet terus ke muka korang, menggandakan kesan sinaran cahaya berbahaya.
 
Cara terbaik untuk meminimumkan kesan berbahaya apa-apa jenis sinaran cahaya adalah dengan mengehadkan pendedahan korang kepadanya, sama ada menjauhkan diri dari matahari atau mengehadkan masa skrin korang.
 
Pakai pelindung matahari setiap hari

Adalah penting untuk korang menjadikan pelindung matahari sebagai sebahagian daripada rejimen penjagaan kulit harian korang. Walaupun ada yang bekerja si pejabat sepanjang hari dan menghabiskan sedikit masa di luar, kulit masih akan terdedah kepada sinaran UV serta jenis sinaran cahaya yang lain.
 
Biasakan menggunakan pelindung matahari dengan perlindungan UVA/UVB setiap pagi.
 
Kepentingan sunscreen bukan saja untuk kulit yang cantik malah ianya untuk melindungi kulit kita daripada ancaman bahaya UVA dan UVB. Oleh itu sunscreen ini sangat sesuai untuk semua jenis kulit terutama bagi korang yang mempunyai kulit sensitif.
 
Korang juga tak perlu ragu dan was-was menggunakan Hansaegee Nature Aloe Vera Sunscreen kerana ianya bebas alkohol, bebas paraben, tanpa silikon, bebas sulfat dan juga bebas alergen.
 
Seriously, ako suka sangat Hansaegee Nature Aloe Vera Sunscreen ni.
Rasa lembap sangat sepanjang hari. 
 

Mudah di bawa ke mana sahaja dengan saiz nya tak terlalu besar dan tak terlalu kecil, jadi memang sesuai la letak aje kat dalam handbag korang. So cepat-cepat dapat kan Hansaegee Nature Aloe Vera Sunscreen.
 
Kat mana nak dapatkan sunscreen ni? Korang boleh layari website https://hansaegee.com/ 



Brand : Hansaegee Nature
Website : www.hansaegee.com/shop
Intsagram : https://www.instagram.com/hansaegeenature/
Facebook : https://www.facebook.com/HansaegeeNature
Youtube : https://www.youtube.com/c/HansaegeeNatureMalaysia
 
Nota Jemari: Bila produk dah bagus, pasti berseri muka, kan?! 😆😜

Post a Comment

16 Comments

  1. Menarik...dh abis sunscreen SA nanti nak carik yg ni la...

    ReplyDelete
  2. Makin bertambah umur, makin penting pakai sunscvreen kan kak Ret. Semoga dapat balik kampung dan borong skincare Hansagee nanti ye

    ReplyDelete
  3. Aloe vera sentiasa soothing, itu yg best...dlm pejabat kena pakai sunscreen jg..

    ReplyDelete
  4. belum pernah jumpa lagi ni biasa guna aloe vera gel...nak kena cari juga la

    ReplyDelete
  5. Menarik review Ret.
    Saya pun baru je bertukar ke sunscreen Loreal. Tak ada white cast, selesa di muka.

    ReplyDelete
  6. Menarik untuk dicuba. Nanti nak pi terjah website hansaegee

    ReplyDelete
  7. Bagus review Ako. Saya pun suka aloe vera. SPF50 kira dah ok. Senang cuci pula, ciri yang bagus pada kita, bila nak ambil wuduk. Kena beli online ye? Tak de jual kat Watson?

    ReplyDelete
  8. Sunscreen mmg penting bila umur 30 ke atas ni kan? tq share info brand ni kakret

    ReplyDelete
  9. menarik
    spf 50 kira tinggi kan
    betul kena pakai kalau keluar rumah . Penjagaan asas

    ReplyDelete
  10. Kena pakai pelindung muka. Bagus juga Cik Ako cadang pelindung muka yang bagus.

    ReplyDelete
  11. Pakai sunscreen boleh lindungi kulit dari rosak akibat sinaran UV. memang elok pakai yang spf tinggi. tak waterproof memang wuduk friendly, cuma tulah kena rajin topup bila berpeluh.

    ReplyDelete
  12. wahhh, sekarang dah ada sunscreen pulak hansaegee ni ya!

    ReplyDelete
  13. Saya dah tak pernah lupa pakai sunscreen skr ini kak. Dah sadar pentingnya sunscreen utk anti aging. Sunscreen dan retinol, ini skr udh jadi skincare wajib, apalagi umur saya dah 40 🤣. Dah tak boleh lepas dari retinol dan susncreen 😁. Demi wajah awet muda

    ReplyDelete
  14. Memang bagus..Sy pun dah Cuba Sunscreen nih Tau 🤩

    ReplyDelete
  15. aloe vera memang bagus untuk kulit kan. Banyak manfaatnya.

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: anakomak6@gmail.com