Jom sambung citer Hatyai Gai's Trip lagi.
Day 2 trip gegurls. Kami bangun awal gila. Konon nya nak budget sampai kat kedai makan ayam ni awal awal pagi la kan tapi kalau dah ramai camtu bawa anak anak, memang ke laut la ye hahhaa.
Kluar je hotel memang berderet dah tuk tuk nya. Plan mula mula kami nak makan boat noodles tapi tak tau la silap sape, drebar tuk tuk dah sesat barat bawa kami. Last last malas nak gaduh gaduh kita soh je la dia bawa kedai ayam goreng ni.
Ekceli ako memang tak expect nak makan ayam pepagi hahah tapi dah sampai tu kita bedal aje la ye. Alhamdulilah rezeki tak perlu nak tunggu lama kat kedai ni tuk cari meja kosong. Walau ako tengok ada juga orang yang datang situ tuk sarapan ayam goreng dan makanan berat yang lain.
Kalau first trip dulu kami ke sini tuk makan tengahari, tapi trip kali ni kami pilih untuk sarapan. Jadi takde la nak order lauk pauk bagai ye. Cukup kita order nasi beriani dan ayam goreng.
Not bad gak nasi beriani dia.. Beras siam oii kalau tak sedap bukan siam la nama nya hahaa. Walau tercekik gak la makan nasi takde kuah kan tapi ayam dia sedap so telan je la ye 😂
Ini plak pulut dengan ayam. Pulut dia pun sedap!
Apa nama ni? Haha penkek telen eh? Femes gak manisan ni. Ada byk flavour tapi kami pilih cekelat nutella je la.
Air wajib bila gi thailand. Kemain selambak buih nya ye hahaa. So far tekak ako suka teh ais kedai ni. Secawan macam tak cukup tapi malu plak nak order lebih haha. Ekceli bukan la malu apa haha cuma takut terlebih minum ais je 🤣🤣
Lepas sarapan kami decide ke Central Hatyai Mall aje. Memang santai-santai aje pun trip gegurls ni. Hari ni cuaca cerah tapi memandangkan hari kedua ni kami tak amek pakej or hire drebar kan, maka nya kita free n easy , kemana aje la ye kaki melangkah hahaha.
Tambah-tambah kita bawa ibu mengandung ni kan, so lite lite aje la ye ....
Sesambil cuci mata, sesambil jalan-jalan mencari makanan... Ha makan lagi????
Hahahaha selagi masih di Hatyai, wajib la kita makan sesajo ye 😆
Area food court ni memang meriah gila dengan pelbagai jenis makanan. Tapi kena hati-hati juga tau sebab dia bercampur dengan halal dan non-halal. So sebelum beli, sila bertanya dulu k.
Antara manisan yang jual kat situ.
Pastu kita layan la mak buyung ni nak cuba cuba meni kat sana... Ermm not recommended la, bagus lagi orang malaysia hahaha... Harga kat situ memang murah tapi dari segi kualiti kecantikkan, better lagi buat kat Malaysia😁 Itu pun saja gatal-gatal, kita kasi chance je la member tu nak 'melawa'kan kuku dia kan.
Si kecil ni siap paw omak eh patung patung comel tu. Peminat peminat anime tau la kot n konpom suka kalau singgah kedai ni.
Last sekali penat dah memasing... hahaha kita rehat dulu. Pastu jom kita pegi makan lagi!!! 😆
Tak sempat nak gi Floating Market, hujan dah start turun masa ni.
So kita just proceed aje la makan seafood buffet Khlonghae ni.
Harga masih sama ye, 299 baht untuk dewasa, kanak-kanak 199 baht.
Alhamdulilah berjaya bawa diorang ni makan seafood buffet. Memang kami tumpu nak makan udang ngan ikan hahhaa...
Mak buyung ni lagi laaa... Kemain dia sorang je makan udang malam tu. Nasib baik la tak gout ke hahaha... Takpe kita kasi chance dia makan sedap-sedap dan puaskan tekak baby dalam tu hahaha.
Buat korang yang tak makan seafood tapi terpaksa join ke sini, hahaha jangan risau. Sebab ada je makanan-makanan lain seperti nasi, mi goreng , lauk-pauk terhidang kat buffet tu. So takde la mati kutu kan if korang kena juga melepak kat tempat ni. Air pun free flow sentiasa. Makan sampai kenyang. Tempat ni luas jadi jangan risau kalau masa korang sampai, kena beratur panjang.
Insyallah, tak perlu nak tunggu lama, pasti ada je pekerja kat situ akan preparekan meja dan kusi untuk korang nanti.
Diorang ni tak reti penat ke hape?! hahahha lepas makan, diorang ajak ke ASEAN NIGHT MARKET lagi!! Kata nya nak cari baju lagi... Wah wah ada yang berkenan sampai sanggup datang cari baju yang sama lagi ye!! Kata nya murah sangat.... Ok ako takde la amek port sangat. Sekadar cuci cuci mata, teman kan mereka aje.
Ni selepas dah ronda-ronda. Malam kedua ni ramai gila manosia kat market tu. Nak ajak lepak kat food court pun sampai takde tempat kosong. Maka nya terpaksa la kita menunggu yang sedang menyoping kat area luar je. Malam tu sebelum balik hotel, sempat lagi kami melepak kat night market depan hotel. Meriah gila malam kedua ni. Sebab hujan pun dah berhenti dan kemasukkan rakyat malaysia di malam kedua adalah terlampau ramai, Ok!!!
Dan rupanya hari kedua ni ada kes yang bom kat tengah bandar.
Kami memang tak tau pape pun sampai la terjumpa sorang youtuber or tiktoker minta interview tentang kejadian yang berlaku. Ha memasing blur oiii sebab tak tau citer kan. Bila dapat mesej dari member kat Malaysia, then baru la faham situasi yang berlaku siang tadi kat situ. Alhamdulilah masa tu suasana terkawal sangat. Lega sebab takde kejadian buruk menimpa kami sepanjang percutian tu.
Hari kedua nak gi massage lagi??? Hhahaha memang tak la!!!
Packing-packing sebab esok nya kami plan nak check out subuh-subuh tu.
So sweet dream u'ols.
Ada rezeki ako sambung citer hari terakhir ye!!
Nota Jemari: Kenangan ni nanti....
9 Comments
masa dengar berita kes bom tu hati pun ada juga teringat dekat akak...
ReplyDeletepresentation makanan dekat sana memang A++ tu yg buat rasa nak try semuanya
Tengok pancake tu macam ala ala dipndip pulak, terliur liur rasanya hahaha. Nanti boleh baca balik post kak ret ni sebab in shaa Allah nanti saya menyusul hahaha
ReplyDeletemcm2 ada kan mknan sana
ReplyDeletesama ciknur masa pegi flooting market tutup sb minggu sblm tu banjir so x dpt la pegi
Seafood buffet tu mengancam sangatlah.. pergh!!
ReplyDeletePenkek telen tu nmpk sedaplah.. pastu pulut ayam.. semua sedaplah.. no wonder hatyai ni mcm syurga mknn kan?
ReplyDeleteWAh..kak Ret tak shopping di night market. Cam tak caya je. Selalu baca orang makan seafood buffet ni. Teringin lak
ReplyDeleteala rindu laaa hatyai..nak pergi lagi!!!
ReplyDeleteRajinnya jalan, tidak penat.
ReplyDelete299 bath lebih kurang rm40 jelah kan... murahnya dan tengoklah udangnya tu. kalau kat sini buffet yg rm40 alahaiiiii
ReplyDeleteThank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging .
For any inquiries, email: anakomak6@gmail.com