LIVE UPDATE: FROM CYBERJAYA WITH LOVE HAHA

LIVE UPDATE: FROM CYBERJAYA WITH LOVE HAHA


Minggu ni kan kira cuti panjang kan sampai senin sebab Thaipusam. Asalnya plan nak tengok wayang je cite Coast Guard tu. Pastu mama uyum suggest tempat yang x pernah pegi lagi. Maka nya kita pun buka apps TGV dan tengok list pawagam. Ternampak dpulze. TING!! Terus dalam kepala dah pikir alang alang dpulze kat cyberjaya, moh la kita staycation. 

Cari punya cari dalam agoda, booking.com last last berkenan kat sini. Sebab utama haha terletak dalam dpulze so x payah nak susah susah cari parking esoknya.😀😀

Harga pun ok laa tak semahal sunway pyramid hotel haha walau dedua pun terletak dalam mall juga kan 

Lepas diorang habis je kelas taekwando, terus kami gerak ke cyberjaya. Santai santai je la, lebih kurang 30-40 mins je dari rumah kalau tak jam ikut mex highway.


Lebih kurang jam 330 pm kami sampai hotel tu. Memandangkan parking ni share ngan parking mall, pastu kena lalu plak dalam mall, haha makanya kita Check-in je la dulu tanpa bawa turun bag bag ye. 


Setel urusan check-in kita msg la member yg dok area cyber ajak jumpa. Moh la kita cari tempat untuk lunch dulu. Lepak borak borak, lama gila tak jumpa ngan member sekolah sorang ni. Kebetulan mama uyum pun memang kenal rapat ngan member ni tu yang kami lepak sesama juga.


Lepas dah melantak, baru la kami amek bag bag semua. Bilik dia konsep apartment or senang citer macam bilik studio gitu. 



Toilet dia takde la bathtub ye. Separated shower dan jamban. Takde la luas macam kat GBW tempoh hari tapi ok la.


Dapur pun ada siap lengkap utensil , pinggan mangkuk piuk bagai. Tapi idok le nak masak kan haha.


Siap ada microwave lagi tu. Tapi kita tapau makanan terus makan hehe tak sempat nak reheat bagai.



Iron pun ada. Bilik ni ako book untuk 2 orang je. Nasib baik la ada 2 extra bantal dalam lemari ni. Macam biasa kami prepare tilam / alas untuk uyum tido kat bawah je. Uyum memang kena tido asing haha sebab nasih shi shi memalam. Jenuh kalau ter lambat kejutkan dia memalam untuk shi shi kat toilet, alamat nya memang basah le tilam tu😅 tu sebab dia kena tido asing asing 🙊


Couch ni abang aqeem dah cop nak tido situ sambil layan bola katanya. 


Ok nunite semua... uyum dah belayar di lautan 🤣 kita jumpa esok insyallah.

Nota Jemari: cuti cuti ni korang plan apa je?








Post a Comment

16 Comments

  1. Selamat bercuti . Cantik juga decoration dalam bilik .minimalist

    ReplyDelete
  2. Ke main eh uyum berlayar. 😁

    ReplyDelete
  3. Haha tidak tahu cuti thaipusam.
    Kitorang biasalah pergi kenduri.

    ReplyDelete
  4. Sarawak xde public holiday bln 2 ni.. huhu.. mcm sama je dgn citadines kt sini kakret.. dlu zaman pjj dgn en suami kami suka booking tune hotel di dpulze tu.. rasanya dh xde kot tune hotel kt situ

    ReplyDelete
  5. Happy staycation!
    Uyum ni apa yg tak comel kan...tidur pun comel ahak!

    ReplyDelete
  6. Happy cuti-cuti Cyberjaya...dpulze byk tempat makan...

    ReplyDelete
  7. uyum.....pukul brp dah belayar tu?hari minggu mana tido awal hehe

    ReplyDelete
  8. Ada la plan nak ajak kak ret keluar weekend tu tapi tgk kak ret dah main kat cyberjaya terus tak jadi haha!

    ReplyDelete
  9. Comel je yek yang baju oren tu hehee..Tq Kak Ret selalu singgah blog..kita ni memanjang bz tak sempat kunjung balas..:)

    ReplyDelete
  10. Tudiaaa...neynyak betul Uyum tido ye...most of hotel memang fully booked kan..good business hotel2 ni semua

    ReplyDelete
  11. menarik jugak ek konsep staycation hotel dalam mall ni..dulu stay holiday inn jbcc tapi hotel dia takde direct connection dengan mall macam st giles dengan mid valley..jadi tak merasa la berjalan2 kat mall sambil stay tu..

    ReplyDelete
  12. ammi pun biasanya kalau book hotel mmg semua ber5 sumbat sebilik...bukan org lain pun anak beranak je.

    ReplyDelete
  13. Happy holiday.. Sha menginap dekat Tune masa pergi Cyberjaya..

    ReplyDelete
  14. wah bestnya cuti2 staycation mcm ni. nampak selesa dan syok siap ada microwave

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: anakomak6@gmail.com