Kita dah tengok tau filem ni. Tak silap baru seminggu dia kluar kat panggung. Itu la tujuan utama kami ke Cyber tempoh hari. Ekceli nak layan filem ni la. Tapi sebab kan dah biasa sangat tengok wayang area KL, tu yang kami berubah hala sket. Terus booking tiket di Dpulze Cyberjaya.
Alang alang dah je sana terus la staycation sekali.
Filem ni katanya arahan terakhir Allahyarham Mohd Firdaus Mohamad Hanif atau lebih dikenali sebagai Pitt Hanif , anak kepada pelakon veteran Hajah Fauziah Nawi.
Ini pandangan ikhlas ako k berkenaan filem ni.
Filem ni memang lain sket sebab kebanyakkan lokasi semua kat laut pulau dan atas kapal je. Best nya sebab korang bole tau serba sedikit life tentera laut kita. Honestly ako cakap, jalan citer ok cuma ada certain part terutama sekali bagi ako senang sangat nak tau siapa pembelot tu 😁
Separuh citer memang fakta dan separuh lagi adalah fiksyen ye supaya cerita jadi lebih menarik. Jangan plak cakap, itu tak logik..ini tak logik...ko dendiam layan je filem tu haha.
Tengok kan ramai gak pelakon best best tapi yang ako pasan watak fiz fairuz kojap bonar. Kata nya gambit pun ada tapi awat la ako tak perasan.😅
Aksi ganas juga filem ni. Haha ako terkejut tengok part kepala tu.. nasib la tak bawa mimpi. Uyum siap marah ako tutup2 mata dia haha.
Overall bagi ako, not bad...sila tengok. Bole iktiraf filem melayu setaraf dengan Bay watch?? Eh jangan ngada ngada...baywatch dah kategori lain ye😅 Uyum suka tau! Dah tak pasal pasal dia nak keje macam tu juga haha..
Ha menjawab la omak eh....boleh kah??
Nota Jemari: pasni filem apa plak ye?
15 Comments
Tak tahu kenapa takde hati nak tengok, tapi baca review Ret, macam dah ada hati nak tengok. Lagi2 kata ala baywatch tu, eh!
ReplyDeleteTakde la smp.mcm baywatch kak...kang ada yg saman saya plak hahaha
DeleteSeronoknya Uyum tengok wayang erk...x sempat tengok lagi la Ako..Si Khalaf tu tantrum plak hari tu...banyak plan x dapat nak buat...geram aje
ReplyDeleteHehhe xpe SA, byk lagi masa bole layan....
DeleteAnak PH time Paskal dulu, semua nak jadi anggota Paskal haha...
ReplyDeleteHahah tu la kan cepat benor bdk2 ni terpikat haha
Deletelama x layan movie
ReplyDeleteok jgak cerita gini , support org kita
masa tengok ngan member hari tu pun, dia dengar suara kat telefon yg penjahat first call boss tu terus da bole agak dalangnya...apooo hahahahahahahhahahah
ReplyDeleteBaru tgk semalam...cite ni mmg kejap sangat lah...Tuhlah dpt agak sapa ketua sbnr masa awal tu...Tapi real la sound kena penggal, Dan lelain tum...Sy suka! Hehehe
ReplyDeleteooo cite melayu...tajuk kemain omputih. tp rasa mcm lama juga arwah tu dah meninggal
ReplyDeleteWah.. Bestnya.. Nak kena gi tengok juga..
ReplyDeleteBagus Uyum! Harap omak eh luluskanlah ya. Haha
ReplyDeletea tribute kpd frontliner yg menjaga keselamatan & kedaulatan negara....Uyum terinspirasi nk jd coast guard..bagus, semangat!!
ReplyDeleteish, ada penggal2 kepala ke? confirm la budak2 ni taknak tgk. boleh lawan citer paskal tak ni?
ReplyDeletewah tentu penuh aksi ni
ReplyDeleteThank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging .
For any inquiries, email: anakomak6@gmail.com