Kita dah tengok tau filem ni. Tak silap baru seminggu dia kluar kat panggung. Itu la tujuan utama kami ke Cyber tempoh hari. Ekceli nak layan filem ni la. Tapi sebab kan dah biasa sangat tengok wayang area KL, tu yang kami berubah hala sket. Terus booking tiket di Dpulze Cyberjaya.

Alang alang dah je sana terus la staycation sekali.

Filem ni katanya arahan terakhir Allahyarham Mohd Firdaus Mohamad Hanif atau lebih dikenali sebagai Pitt Hanif , anak kepada pelakon veteran Hajah Fauziah Nawi.

Ini pandangan ikhlas ako k berkenaan filem ni.

Filem ni memang lain sket sebab kebanyakkan lokasi semua kat laut pulau dan atas kapal je. Best nya sebab korang bole tau serba sedikit life tentera laut kita. Honestly ako cakap, jalan citer ok cuma ada certain part terutama sekali bagi ako senang sangat nak tau siapa pembelot tu 😁

Separuh citer memang fakta dan separuh lagi adalah fiksyen ye supaya cerita jadi lebih menarik. Jangan plak cakap, itu tak logik..ini tak logik...ko dendiam layan je filem tu haha.

Tengok kan ramai gak pelakon best best tapi yang ako pasan watak fiz fairuz kojap bonar. Kata nya gambit pun ada tapi awat la ako tak perasan.😅

Aksi ganas juga filem ni. Haha ako terkejut tengok part kepala tu.. nasib la tak bawa mimpi. Uyum siap marah ako tutup2 mata dia haha.

Overall bagi ako, not bad...sila tengok. Bole iktiraf filem melayu setaraf dengan Bay watch?? Eh jangan ngada ngada...baywatch dah kategori lain ye😅 Uyum suka tau! Dah tak pasal pasal dia nak keje macam tu juga haha..

Ha menjawab la omak eh....boleh kah??

Nota Jemari: pasni filem apa plak ye?