Lepas gunting rambut kat NIMROC, kita pun pusing-pusing la kan sambil jalan-jalan cari makan. Konon nya nak lepak mengopi kat mamak je. Tup tup teringat yang abang wee (abang so mekyun - sila google k sape abang wee hahaha ako malas nak explain 😅) ada promot kedai Thailand ni. Terletak kat KL Traders je pun. Dekat sangat dengan rumah. Dah on the way nak balik tu, kita pun apa lagi, menyinggah la terus ke situ. Macam biasa, parking adalah susah nak cari hahah... bertabah la ye kalau korang dah sampai situ.


Ekceli kedai ni dah lama. Memang ako pasan cuma macam tak tergerak nak masuk. hahhaa...
Biasa la kan aura viral ni. Bila ada je yang mengviralkan, terus tergedik nak masuk situ.

Ha kali ni jom kita terjah kedai Ran Thai, ala-ala kedai 7-eleven versi Telen.




Katanya barang-barang yang terjual kat situ semuanya produk dari Thailand.
Tapi kalau nak compare 7-E kat thailand tu, ada la juga beza nya k.
Sini banyak jual barang-barang makanan je.

Kalau 7-E kat Thai, korang bole jumpa macam-macam produk selain makanan.
Terutama produk kosmetik... Memang comel-comel..
Sini pun ada tapi macam x banyak pilihan sangat.



Yang paling orang cari adalah burger brand CP ni.
Tapi jangan terkejut eh kalau harga satu burger instant ni RM9.00 ke RM10.50.
Biasa la kan barang import, konpom mahal la sikit ye.




Kami order Megi tomyum seafood.
Kuah dia sedap, pedas cukup rasa.
Lokcing dia simple je.... Yang ini dia goreng.. Ada yang ako pernah makan, dia bakar lokcing tu.
Terpulang individu, korang suka lokcing masak camne.....

Last tu somtum. OK yang ini memang out la hahahah...!
Sebab ako pernah makan yang lagi sedap dan fresh.


Satu lagi yang ramai cari air susu MEIJI ni.
Hahhaah rasa nya ako pernah je nampak botol kecil kat family mart or CU mart....
Masa gi Jepun dulu pun ako pernah nampak tapi macam x tergerak pun nak minum masa tu.
Tak sangka plak jadi HITs eh air susu ni.
dah macam nak lawan kepopularan air susu korea??? 😆😆

Untuk korang yang nak cuba sendiri, boleh la ke

RAN THAI MART
55 G BLOCK, PLAZA KLTS,
Jln Gombak, Kampung Kuantan, 
53000 Kuala Lumpur

Masa operasi: 
Isnin Buka 24 jam
Selasa 12:00 PTG–12:00 PG
Rabu 12:00 PTG–12:00 PG
Khamis 12:00 PTG–12:00 PG
Jumaat 12:00 PTG–12:00 PG
Sabtu 12:00 PTG–12:00 PG
Ahad 12:00 PTG–12:00 PG

Ini ako google je eh.... betul ke x, wallahualam!
So selamat menjamu selera.

Nota Jemari: kap kap ....