Hahaha masih terlupa lagi nak snap menu berbuka semalam...
Pagi-pagi MAMA dah mesej tak payah beli makanan...
Sebab dia plan nak buat bakso je.

So ok, semalam kita just teman kengkawan gi beli lauk pauk...
Ye kita usha usha je makanan-makanan yang terjual kat cafe & koop semalam.
Hahaha kalau MAMA tak pesan awal-awal, konpom dah banyak terbeli semalam tu 😅

.: sampul duit raya daripada MAG :.

Hoyeeee sampul duit raya terbaru dari Muzium Bank Negara dah keluar.
Macam biasa, tetiap tahun mesti nak beli.
Suka pelbagai pilihan sampul raya.
Walau tahun ni rasa nya tak banyak pun nak tukar duit hahaha tapi tetap la nak beli juga sampul ni.

Maaf ye BNM bukan bank komersil maka nya kami memang takde sampul-sampul FREE yang nak diedarkan. So sesape dapat sampul BNM tu, sila la hargai hahaha sebab kami semua kena BELI😆

Harga sampul duit raya RM4.50 sepaket.
So sesape yang nak beli, bole la ke Muzium Bank Negara Malaysia.
Boleh la ke kedai Muzium yang terletak di 

Lobi Sasana Kijang, 2 Jalan Dato’ Onn, 50480 KL
Contact no : +603 9179 2769
Waktu Operasi
Dibuka pada hari Selasa hingga Ahad dari 10.00 pagi hingga 5.00 petang, 
tutup pada setiap Isnin & 3 hari pertama Hari Raya Aidilfitri
Boleh layari kedai muzium --> https://museum.bnm.gov.my/v2/shop/bm/

Nota Jemari: arini menu apa ye??