Kali ni menu kami carca marba.....
Asalnya nak makan sate je n ingat nak order kat kedai shafiq taman melewar tu tapi dah melalut sampai ke samudera.


So beli je la pape yang patut....
Hilang mood kitorang semalam

Kes sampai kat bazaar ramadhan taman samudera, nak cari parking memang hazab. Sape yang pernah sampai sini, faham la situasi nak cari parking bagai. Tambah area tu ada construction lagi. So bila dah sampai ada satu tempat kosong tapi ada pasu. Memandangkan nak gi bazaar kejap je pun, maka nya kami alihkan la pasu tu kejap. 

Ha dan dan tetiba muncul ntah dari mana makhluk allah penjaga jalan kot, terus tengking kami tak bagi park kat situ. Katanya konon nanti halang jalan, trafic jam la bagai.

Ok xpe kami sabar lagi. Ye la paham tempat orang kan. Kami park la kat sebelah tu plak. Dan terus kluar beli pape yang patut. Kami soh aqeem n uyum dok kejap lam kete.

Balik dari membeli, ako masuk kete dan cari la makhluk allah tadi. Kata nya penjaga jalan kan so harus la ko yang tolong tengokkan kete nak kluar masuk kawasan bazaar tu.

Tak nampak! Ok fine!

Siap je ako undur nak kluar jalan, ha baru muncul kepala makhluk allah tu. Kami passby je makhluk tu terus dia tunjuk jari tengah dia!!! Wtf .....

Ko dah kenapa pakcik??!!!

Kalau ko dah ditugaskan jaga lalu lintas kat situ, buat la keje betul betul! Setakat ko duduk bawah pokok dok perati je, baik ko dok umah dendiam!!! 

Pastu aqeem n uyum ngadu.
Makhluk tu siap datang dekat kereta dok tengok tengok luar dalam dekat dekat tingkap. Ok instinct ako cakap, kalau takde orang dalam kete, dah bole agak dia akan buat sesuatu kat kete ako.

Makhluk allah yang satu semalam tu, ako malas je nak viralkan muka dan perangai ko. Biar DIA je yang balas hati busuk dan perangai buruk ko tu. Semoga DIA bagi hidayah kat ko dan seluruh keluarga ko!!!

Pasni memang last arr jejak samudera!!

Nota Jemari: setakat ko terpacak je kat situ n geng...baik ko dok dendiam kat rumah...semak!!!