Asalnya nak makan sate je n ingat nak order kat kedai shafiq taman melewar tu tapi dah melalut sampai ke samudera.
So beli je la pape yang patut....
Hilang mood kitorang semalam
Kes sampai kat bazaar ramadhan taman samudera, nak cari parking memang hazab. Sape yang pernah sampai sini, faham la situasi nak cari parking bagai. Tambah area tu ada construction lagi. So bila dah sampai ada satu tempat kosong tapi ada pasu. Memandangkan nak gi bazaar kejap je pun, maka nya kami alihkan la pasu tu kejap.
Ha dan dan tetiba muncul ntah dari mana makhluk allah penjaga jalan kot, terus tengking kami tak bagi park kat situ. Katanya konon nanti halang jalan, trafic jam la bagai.
Ok xpe kami sabar lagi. Ye la paham tempat orang kan. Kami park la kat sebelah tu plak. Dan terus kluar beli pape yang patut. Kami soh aqeem n uyum dok kejap lam kete.
Balik dari membeli, ako masuk kete dan cari la makhluk allah tadi. Kata nya penjaga jalan kan so harus la ko yang tolong tengokkan kete nak kluar masuk kawasan bazaar tu.
Tak nampak! Ok fine!
Siap je ako undur nak kluar jalan, ha baru muncul kepala makhluk allah tu. Kami passby je makhluk tu terus dia tunjuk jari tengah dia!!! Wtf .....
Ko dah kenapa pakcik??!!!
Kalau ko dah ditugaskan jaga lalu lintas kat situ, buat la keje betul betul! Setakat ko duduk bawah pokok dok perati je, baik ko dok umah dendiam!!!
Pastu aqeem n uyum ngadu.
Makhluk tu siap datang dekat kereta dok tengok tengok luar dalam dekat dekat tingkap. Ok instinct ako cakap, kalau takde orang dalam kete, dah bole agak dia akan buat sesuatu kat kete ako.
Makhluk allah yang satu semalam tu, ako malas je nak viralkan muka dan perangai ko. Biar DIA je yang balas hati busuk dan perangai buruk ko tu. Semoga DIA bagi hidayah kat ko dan seluruh keluarga ko!!!
Pasni memang last arr jejak samudera!!
Nota Jemari: setakat ko terpacak je kat situ n geng...baik ko dok dendiam kat rumah...semak!!!


17 Ulasan
pantnag kalau manusia macam tu lagi pantang kalau jenis chop2 parking ni..tapi kalau kit ahulur RM5 ke kat dia..lahju je dia alihkan pasu tu...menyakitkan hati betul
BalasPadamHmm... org macam ni buat posa kita koyak je... ni jenis duit gaji nak keja malas ni... sabar ye kak ret.. lupakan saja makhluk mcm tu
BalasPadammcm2 la pulak kan.. spoil mood je.
BalasPadampelik2 sungguh la orang zaman skrg ni makin ramai yg kurang adab dan kurang iman
BalasPadamWaktu puasa ini tidak patut orang itu marah-marah, cakap elok.
BalasPadamAllah.. Muyjur dia tak buat apa-apa.. Mujur juga Ako tinggalkan budak brdua tu dalam kereta.. Kalau tak, enta apa dibuatnya..
BalasPadamJahatnya... mujur tak ada apa2 yg tak elok berlaku. Salam 5 Ramadhan, Ret.
BalasPadamtak makan satay lg. hehe.
BalasPadamteruknya perangai, bulan puasa pulak tu....sabo je lah, mmg sesak kt bazar ramadan..
BalasPadamspoil la mood nk membeli
BalasPadammwmang kalau ciknur last la pegi kalau kenacamni kan
seakat ni blm pegi bazar sb rasa malas pula
Betul semalam mmg hilang mood sungguh!!!
BalasPadamSabar kak Ret, sabarrrr.... ni semua dugaan bulan puasa. Tapi mmg nak dpt parking kat bazaar mana2 susah giler.
BalasPadamdah kenapa la siap bagi jari tengah..entah ape2 la perangai...dapat buku bertemu ruas, ada yang reverse terus ke dia tu...
BalasPadamehhh bebulan posa pun tak reti nak beradap ye
BalasPadamTak di sana, tak di sini, banyak ternyata perangai orang kerja begitu ya kak. Giliran mobil kita nak parkir, dia tak ada, tapi nak keluar, tiba2 muncul, nagih uang parkir pulak kalo di sini. Betul2 kesal liatnya. Kerja hanya nak duitnya aja.
BalasPadamBiarlah kak ret, ada balasannya nanti utk mereka yg tak kerja benar ini
Puasa ni aku belum makan satay lagi... harini nak makan shushi hehehe
BalasPadamnampak sedap satay dlm tu. nasib baik dh nak berbuka japgi.
BalasPadameh, ada juga org mcm tu ya..dugaan bulan puasa betul..
Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging .
For any inquiries, email: anakomak6@gmail.com