Seminggu sepi je kan kat sini hahaha So entry kali ni agak panjang la sket ye.
Kami plan nak ke Desaru ni awal tahun aritu. Lama tak berkumpul adik beradik. Maka nya ako as a mastermind trip family kali ni, urusan cari hotel, book tiket waterpark etc semua diorang serah kat ako. Asalnya plan nak stay kat Amari Hotel Desaru tapi bila bincang balik, kita plan nak buat BBQ, jadinya dari stay kat Amari kita pun bertukar la cari homestay aje. Cari punya cari alhamdulilah dapat juga homestay yang besar dan luas melalui booking.com.
Khamis, 2 Mac 2023 hujan pagi di KL.
Lebih kurang jam 7:30 pagi kami gerak ke Seremban dulu.
Nak gi collect sambal ikan bilis by dapur_omak.
Tapi sempat la gi sarapan dulu kat Warung Bambam sebab dekat je pun tempat nak collect dengan warung ni.
Setel urusan di Seremban, moh gerak terus ke Batu Pahat. Kami stay semalam di Batu Pahat sebab ako nak hantar servis Cik Meera kat adik ako. Hujan sepanjang jalan. Tapi takde la lebat, just on off hujan nya. Alhamdulilah selamat sampai Batu Pahat lebih kurang jam 11 pagi.
Terus kita lunch Nasi Beriani Mat Shah dulu before check-in kat Hotel City 88. Lepas lunch, adik ako pickup Cik Meera kat hotel je.
Kakak ako bergerak dari KL lepas maghrib. Masih hujan kat kl katanya. Dia sampai Batu Pahat pun dah tengah malam.
Esoknya, Jumaat lepas sarapan di Warung Lempeng Sedap Parit Raja, kami konvoi 3 kereta menuju ke Desaru. Pagi tu hujan turun tapi takde la lebat. Sepanjang jalan hujan turun.
Alhamdulilah kami sampai kat Desaru lebih kurang jam 12 tengahari.
Kita lunch dulu sebelum check-in kat Homestay.
Dipendekkan citer, lepas kami selesai lunch, terperasan tayar kereta abang ipar ako 'pecah'.
Ah sudah!! Tak tau la macam mana bole pecah (terkoyak-macam kena toreh je). Abang ipar call orang insuran minta hantar wakil untuk tukarkan tayar. Sementara nak tunggu bantuan sampai, kami dua kereta gerak dulu untuk check-in.
Tak sempat nak snap gambar rumah ni waktu siang. Kelam kabut sket masa awal-awal sampai tu.
Hujan.... dengan waze tak jumpa jalan masuk ke taman ni hahah...Dengan code kunci yang diorang bagi tak boleh nak guna. Tapi alhamdulilah semuanya setel juga akhirnya.
Nice house! Nice place! Rumah korner lot. Memang luas gila luar dan dalam.
Ada 4 bilik tidur, 3 bilik air. Next time kalau korang nak book bole klik kat sini --> https://www.booking.com/Share-l1l9a9
Gambar-gambar yang diorang publish kat website booking.com sebiji macam yang original kat dalam rumah tu.
Kemasin seronok budak-budak ni bila nampak "foosball table soccer" ni. Masuk-masuk je terus nak main mende ni. Yang 'mak-mak' sibuk la nak explore dapur ye hahah..
Penting kena masukkan dulu bahan-bahan barang basah ke dalam fridge.
Dapur kering tempat nak prepare bahan-bahan masak.
.:Bilik 1 - kat bawah dekat ngan dapur:. |
.:Bilik 2 - tingkat atas:. |
.:Bilik 3 - tingkat atas:. |
.:Bilik 4 - master berdroom:. |
Bilik 2 & 3 berkongsi bilik air. Master bedroom dia luas, macam biasa, dapat la bentang kan tilam angin untuk Uyum dalam master bedroom ni.
Ruang atas ni pun luas tau.. Siap ada sofa bed. Kalau korang datang ramai-ramai, ruang ni pun boleh dijadikan tempat tido. Bentang aje la tilam.
.:set mini karaoke:. |
.:Wifi free:. |
Best ! Best ! Wifi ada.... Nak karok pun bole. Sepanjang kat sana, of coz la Uyum yang beriyer nak pegang 'mic' tu kan hahahha.. Walau kelaut sokmo je dia menyanyi , janji hepi hahha... Makin berjurai la hujan turun gamaknya 😆
Hujan-hujan pun diorang bantai main air castle ni.
Mula kita letak mende ni kat parking area tapi macam tak selamat sebab licin bila gelongsor terus ke depan gate. Maka nya kita pindahkan air castle ni kat tepi, kat area rumput. Ha baru la excited derang main.
Gila fresh udang dia oiii!! Besar-besar plak tu. Ayam tu pun kita beli kat sana je. Cuma kitorang bawa la sos perap mamasab dari KL.
Desserts by adik ipar ako yang buat. Gigih dia bawa dari Batu Pahat tu hahaha...
Sebahagian menu kami malam tu. Jadi la nak masak banyak-banyak kang takut tak habis kan.
So kita prepare yang simple-simple sudah!
Lewat malam diorang bakar mashmallow plak. Nasib baik tak bawa gitar kan. Kot la bole buat ala-ala unggun api malam tu 😅
Sabtu esok pagi nya, lepas sarapan, kita pun gerak la ke Waterpark. Awal pagi tu cuaca just nice je tau. Tak hujan pun. Sekali masa kami nak gerak je ke waterpark, hujan pun tetiba turun dengan lebatnya. Masa ni memang memasing tawakal je. Dalam hati dah budget konpom tak ramai la nanti kat waterpark tu sebab cuaca macam x menyebelahi je pagi tu kan.
Sekali bila sampai je kat tempat parking, masa ni hujan dah reda sket, berduyun-duyun kereta masuk oiii... Hahaha punya la ramai umat manusia macam kami yang gigih juga nak masuk waterpark time-time hujan tu.
Bukan nya apa, memandangkan tiket dah beli awal-awal lagi dari Klook, Nak refund pun memang tak dapat kan. Jadi nya kita gamble aje la. Lagi pun nak pegi waterpark, memang konpom akan basah je sepanjang masa kan. Alang-alang kita redah aje la ye. Rupanya ramai juga yang sependapat ngan kitorang. Semua pun dah beli tiket awal-awal lagi.
Masa tukar tiket kat kaunter, pekerja tu dah inform yang roller coaster & the ship tak beroperasi.
Dan kalau hujan lebat ada kilat dan guruh, diorang akan tutup waterpark tapi refund memang tak dapat la ye. ermmmm kita pun ok je la kasi redah!!
Bagi ako, Desaru Waterpark ni best sangat!! Kalau compare ngan Legoland waterpark or Sunway Lagoon, ako lagi prefer kat sini. Tapi lain orang lain citarasa nya ye. Kat sini banyak pilihan slide untuk kanak-kanak. Budak-budak takde la reramai tertumpu kat satu satu tempat je kan. So berbaloi sangat tau bawa anak-anak korang lepak kat sini.
Berbanding dengan area pantai yang belah kiri, memang full aje.
Booth untuk sewa Cabana. Ada 2 jenis Cabana iaitu "Penawar River Hut - RM250" & "Beachside Cabana - RM400". Dedua cabana ni termasuk goodies dan makanan sekali tau. River hut tu dia akan provide makanan untuk 2 orang manakala Beachside cabana akan dapat makanan untuk 4 orang.
Yang ini plak Beachside Cabana. Ermmm siap ada tilam lagi oii dalam tu hahaha... Ada fridge, ada safe deposit. Pastu dapat juga goodies & merchandise dan juga foods.
Both hut dan Beachside cabana ni dalam dia kipas ye. So kalau cuaca panas pun takde la terasa bahang sangat kan.
The best part, jom mandi pantai!! Kat situ ombak dia tinggi dan besar tau. Sebab itu kalau nak mandi kat pantai dia WAJIB pakai life jaket ni terutama sekali kanak-kanak. Yang dewasa tak pakai pun takpe tapi kalau rasa tak mampu nak berenang, hahah better la pakai ye.
Berendam dalam ni seronok gila wei!! Especially bila diorang buka ombak tu hahahah kemain excited semua yang ada dalam kolam 'pantai' tu. Kolam pantai ni memang besar dan luas. Life guard memang ramai kat situ. Derang memang strict sket la bila ada yang nak pergi ke area dalam, tak silap ako bahagian yang dalam tu lebih dari 4 kaki. Part yang 2 kaki setengah pun ako dah rasa terkapai-kapai hahaha.
Bahagian dewasa ada vuvuzela tau! Tak sangka plak ramai yang beratur nak main tu. Nampak macam lenggang je belah sana kan hahah.
Oh ye kan tadi kami sewa cabana tu kan, so dapat la voucher makanan. Bole la claim makanan kat Kelong Eatery ni. Dalam set tu ada 2 air tin, 2 air mineral, 2 nasi ayam, 1 pasta, 1 burger ayam & 1 kentang . Tapi pastu kami ke River Grill untuk add on lagi order burger & set western yang lain hahah.. Burger dia besar , berbaloi la dengan harga nya.
Area Penawar river ni yang mostly games untuk orang dewasa. Roller coaster ni dah ramai sangat permintaan, diorang buka juga akhirnya. kemain panjang nak beratur. Rata rata ramai tunggu nak main roller coaster ni. Sejak dah ada penyakit ni, tak dapat la nak main games yang extreme macam ni lagi. Sadis sungguh rasa hahaha...! Kalau tak tu, konpom ako orang pertama yang ajak budak-budak ni naik roller coaster😅
Uyum plak kemain suka jatuh dalam air banyak kali.
Berulang-ulang ajak main mende ni hahaha...
Tapi syiok tak ramai orang wei lepak area ni hahaha...
Budak-budak ni sampai main games kat situ berulang-ulang 😅
Lepas main ni, uyum cakap tangan dia penat! hahaha... OK la tu bole exercise tangan sekali😆
Kami puas hati.... Lepak situ dari pagi sampai la waterpark tu nak tutup.
Next time bole datang lagi.
Cuma yang tak best nya , harap pihak Desaru waterpark boleh perbaiki sistem bayaran kat sana. Harap boleh laksana kan sistem cashless. So takde la susah payah nak kena kendong cash or card. Lagi satu debit card tu ok gak cuma kalau bole QR code pun lagi OK! Al-maklum sekarang ni pegi mana-mana pun cashless or guna QR je hehehe.
Ahad, masa untuk pulang ke pangkal jalan!!
Hujan pagi ahad tu. Semua pun hepi walau biasa la kan ada cacat cela, kurang sana sini.
Insiden malang kedua abang ipar, tengah isi minyak tetiba saluran getah minyak tu tercabut. Terpancut minyak , terkena pump attendent masa tu. Harap takde kejadian buruk berlaku la lepas tu. Kelam kabut semua orang simbah air kat lantai. Bukan apa, takut tetiba ada yang tercampak puntung rokok ke kan, mau meletop stesen minyak tu.
Tak tau nak salah kan sape ....
Harap stesen minyak tu berhati-hati la lepas ni.
kena sentiasa pastikan setiap pump berfungsi dengan baik.
Pape pun, alhamdulilah perjalanan pulang memang agak panjang tapi kami selamat juga sampai ke KL tepat jam 11 malam. Penat tapi berbaloi!
Nota Jemari: Next trip ke mana plak kita??! Tunggu.....!😁
26 Comments
Wah, menarik ni. Dah cakap kat Jun klu kiteorang pegi bandar Penawar melawat adik ipar kat sana boleh la singgah kat sini. Rollercoaster tu mesti budak2 suka, kita yg ada darah tinggi ni surrender awal2 huhu..
ReplyDeleteHaaaa wajib jejak..best!!!
DeleteSeronok juga dekat Sana Kan waterpark nya. Boleh la nnti Leyla pulak kesana
ReplyDeleteHahaa ada peluang pegi tau
DeleteSalam Ako, wah meriah pegi ramai², ipar duai bawa desserts sedap² untung dapat udang besar2 dari Speedmart.. Homestay besar ada berbagai aktiviti bole buat.. Waterpark paling terbaik..
ReplyDeleteHaha bkn senang nak berkumpul ramai2 camtu...ada peluang aritu mmg cepat je buat plan
Deleteamari? amansari kot kak ekk..yang hotel desaru tu..
ReplyDeletesyok la dak uyum dapat main air...ciksun pun tak pernah lagi naik slide tu..masa gi dulu baris panjang bebenor..haha
Eh amansari eh hahaa main bantai je ako taip hahaa
DeleteWah, seronoknya, satu family pergi bercuti di Desaru. Budak-budak pun enjoy, dapat main air. :)
ReplyDeleteAha btul tu nur..bdk2 mmg enjoy je..tambah2 bila dpt kumpul ramai2 camni
DeleteThank you for your information! its a good thing to know best crm software for hotels
ReplyDeletehappy holiday
ReplyDeletebersama family cuti2
Ye cik nur!!! Alhamdulilah
DeleteAlaaaa...macam seronok je kat sini...x pernah lagi sampai Desaru ni...
ReplyDeleteSila pergi nanti ok! Soh encik tunang bawak haha
Deletebesar & selesa homestay...mmg best kumpul ramai2 adik-beradik...bagus, ada cabana, senang nak lepak2..
ReplyDeleteBetul ...klu kumpul adik badik better la cari homestay kan...baru la namanya berkumpul ...haha
DeleteBestnya bercuti
ReplyDeleteAlhamdulilah rezeki dpt kumpul adik badik..
Deleteok masuk list...memang duk cari review antara legoland dengan desaru...sekali akak yg review memang terus melekat la gituuu...
ReplyDeleteInsyallah sila pegi pasti anak2 suka!! Legoland utk yg theme park ok je tp klu nak g waterpark better gi desaru ni
DeleteSerunyaaaa kak👍😄. Anak2 pasti happy lah Yaa main di waterpark ini. Saya suka Krn rasanya tak ramai sangat. Apalagi ada rollercoaster pula 😍.
ReplyDeleteBtw kak ret, mau tanya. Kalo stay di hotel Malaysia saya tau selalu ada tambahan tax 10rm per malam yg dibayar saat check out biasanya. Tapi kalo stay di villa atau rumah macam tuh, apa ada juga tambahan tax? Soalnya nak prepare budget, Krn Juli ini Fanny nak ke malaysia
Kalau tak silap homestay pun ada juga charge utk foreigner...sama macam hotel..bergantung kalau book thru agoda, air bnb, booking.com, rasanya semua pun ada charge tourism tu cuma tak pasti berapa kena charge
DeleteMasing masing semua nampak happening
ReplyDeleteSyoknyaaa, lama tak pergi sana...dulu g masa awal awal bukak je... Banyak yg takda lagi..Ehh..tengok tengok sekarang, memacam ada ekkk..Nice betul 😍
ReplyDeleteAgak kalau pi sekarang mesti tak ramai kann hehehe
ReplyDeleteThank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging .
For any inquiries, email: anakomak6@gmail.com