Semangat arini kitorang berbuka ngan ilipotdelivery je. Kita bakar bakar dan stimbot je arini.
Plan asal konon nak makan sekali ngan PakSu Fir sekeluarga, sudahnya diorang ke Rawang berbuka arini kat rumah adik ipar PakSu. OK takpe, kebetulan kakak Nina pun nak join berbuka kat rumah arini. So takde la rasa rugi order banyak-banyak arini.

Yang ini ako amek set "Jamuan kombo - Set Pesta Enam". 
Kira untuk 6 orang makan. Tapi kami makan berlima je hahaha , memang banyak weii portion dia.
Siap ada 2 jenis sup tapi kami just guna 1 sup je iaitu tomyum. Yang lagi satu tu kita simpan untuk esok aje la 😅

Pastu memasing arini semua tekak nak minum tealive. Haha jadinya kita pun order la sorang satu. Syyyhhhh jangan bagitau Uyum tau, padahal Nina dah janji nak belanja dia tealive kalau dia gi Qiyamullail kat tadika cousin Nina.



Oh ye citer pasal Uyum, haha ye ye Uyum kena pegi Qiyamullail petang tadi.
Puas pujuk rayu dia hahaha , mula tu macam berat gak dia nak setuju. Tapi dah cakap, kalau dia pegi nanti esok balik berbuka Nina belanja Tealive. Terus dia ON hahaha😅



Nasib ada geng! uyum pegi ngan cousin dia, abang Imran.
Yang imran ni pun, kalau takde Uyum, memang tak nak join juga asalnya hahah..
OK dah pujuk dedua setuju. Ha cecepat gi hantar.


"Nina, beg merah ni macam nak tido otel je. Malu la!"

Hahahaha.... ala semua orang pun akan bawa bag besar-besar. Senang sumbat sekali selimut, tilam, bantal, baju dalam satu bag. Ha takde la nak bawa bag banyak-banyak kan. Biar besar janji semua sumbat dalam satu tempat. Senang!

Apa la citer Uyum eh?
Ekceli dia pernah je experience qiyamullail ni masa dia tadika dulu.
Tapi bila citer balik kat dia terus dia cakap dia tak ingat!! #tepukdahi

OK tak sabar nak dengar citer dari dia...
Esok lepas subuh dah bole pickup dia balik.
Hahha semalam je pun, jadi la kan...!

Nota Jemari: apa citer ramadhan ke-9 korang plak??