Pernah tak korang hadapi situasi macam ni?
Check dalam wallet takde, tengok bank pun tinggal RM1...
So, macam mana korang nak survive? Or macam mana korang boleh survive sampai next gaji??!
Kalau jumpa kawan/adikbadik yang hadapi situasi camni, mmg kadang kita akan share semampu kita supaya satu hari nanti kalau kita di tempat mereka, ada juga yang akan menolong!
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
5 Tips Untuk Kita Sentiasa Tenang Bila Duit Makin Susut
5 tips untuk kita supaya relaks, happy dan tenang. Walaupun bukak wallet, tapi kosong duit tak ada.
#Tips1
Setiap Kali kita terima duit. Asingkan kepada 3 bahagian. Untuk kegunaan, simpanan dan sedekah.
Duit sedekah boleh disedekahkan setiap hari atau setiap Jumaat atau pun setiap hujung bulan. Tak kisah. Terpulang pada pemberi sedekah. Sedekahkan setiap hari amatlah digalakkan.
Sekiranya biz online. Dapat je sales. Duit untung tu Boleh bahagikan 3. Duit modal tu simpan jejauh. Nak guna untuk restok barang. Senang. Duitnya dah ada.
#Tips2
Sekiranya setiap hari dah ada duit untuk simpanan tu. Setiap hari lah ke bank untuk menyimpan. Masukkan ke akaun bank tertentu. Mudah sangat sekarang ni transfer online je akaun tersebut. Klik je dihujung jari, then lupakan duit simpan tu. Tak payah nak kira berapa dah dapat simpan. Simpan dan tutup mata.
#Tips3
Bila keluarkan duit dari wallet. Tenangkan fikiran. Senyum. Iringi baca ayat 54 dari surah sad. “Inna haza larizquna maalahu minnafad”, bermaksud “sesungguhnya ini ialah pemberian Kami kepada kamu, pemberian yang tidak habis habis”
Baca dan fahami maksudnya. Masa kita baca sambil faham maksudnya hati kita yakin bahawa rezeki dari DIA. So walaupun duit tinggal seposen je pun dalam wallet. Hati dan minda kita tetap tenang kan.
#Tips4
Bila dapat saja duit. Masukkanlah duit dalam wallet dengan iringi ucapan Alhamdulillah ataupun baca Surah Al Fatihah. Amalan ini kita mensyukuri segala apa yang kita dapat.
Kan janji Allah. Setiap kali kita mensyukuri nikmat Allah pasti Allah tambah lagi nikmat pada kita.
#Tips5
Biasakan baca asmaul husna Ya Mughni (Maha Memberi Kekayaan). Bacalah 1000x setiap hari atau pun sebanyak yang boleh.
Bila kita sentiasa berzikir. Hati dan minda kita tenang. Kita akan sentiasa ingat padaNya.
So bila wallet kosong tak ada duit pun. Masih boleh senyum dan sentiasa berusaha ke arah kebaikan.
Sumber : Md Azhari Daud via Pakar Diari Hati
Nota Jemari: sebab kita tak tahu nasib kita di masa akan datang.. buat nya tetiba kita jadi susah, jadi sentiasa beringat untuk diri sendiri!!
16 Comments
pernah kena time2 mcm ni..masa belajar dulu, nasib baik la ada kawan2 yg sama2 susah, sama2 senang..alhamdulillah.. leh survive la
ReplyDeleteSA kan..suka kumpul duit RM1 Dan syiling masuk tabung..biasa tengah bulan kalau berkurang atau xde duit SA akan amik dari situ je..SA kan bawak bekal pi keja..SA hanya bare cost utk tambang bas dan train aje..insyaallah setakat ni tak pernah ada masalah lagi..tapi masa duk KL memang SA kadang xde duit..korek la tabung..skrg ni every week kalau ada duit lebih SA masukkan dalam ASB..duit suami bagi nafkah pun terus transfer dalam ASB..hahaha...ghisau..padahal memang utk guna kan...
ReplyDeleteHidup semakin mencabar
ReplyDeleteHidup ini kerassss! Kita yg kena melenturnya.
ReplyDeleteDuit habis, tapi masih ada gaji bakal diterima…itu kira OK.
ReplyDeleteDuit simpanan habis dalam situasi tak ada pendapatan atau pendapatan tak menentu sebab bekerja sendiri, itu paling perit.
Saya pernah ada di situasi tersebut. Untuk survive, memang kena cut segala belanja. Hidup secara minima, tukar gaya hidup.
Itu yang bekerja, yang duduk rumah ni banyak kali alami, walau dapat duit poket tapi tu laa, time nak masak, ada jer di belinya, nak makan sedapkan.. tapi tu laa orang tak tau.. so kita ni surirumah takde duit diam je laa.. paling tak syukur juga ada Suami dan anak bekerja kadang hulur laa juga bila minta huhuhu..orang nampak kaya kaya, hakikatnya, sendiri jer tau kann
ReplyDeleteHidup ni memang keras. Kalau ada family terdekat boleh la harapkan tapi kalau berdikari memang kena apply tips sis share ni
ReplyDeletepernah pengalaman gini, tapi masa tu belum sampai putus lagi cuma kurang cash nak sampai gaji, masa ni laa guna kad kredit dulu, dapat gaji bayar terus huhu :)
ReplyDeletePernah, sebelum kawin. Kereta mati habis minyak, ada RM10 je dlm purse. Memori.
ReplyDeleteSaya tak pernah mengalami hal di atas, tapi pastinya beberapa teman kantor dulu ada dan banyak yg mengeluh, duit habis lah, tak ada simpanan dll.
ReplyDeleteKalo teman sendiri, boleh kita bantu setakat mampu. Kalo hanya untuK beli makan, saya pun tak kira membelikan lebih. Tak mungkin pula nak biarkan.
Tapi tips di atas, memang perlu kita tahu, utk cara manage keuangan agar tak lebih besar pasak daripada tiang kan.
Betul tu, kita kena selalu igtkan diri-sendiri yg rezeki tu bukan je duit yg byk. Kadang2 tak cukup duit tapi bila yakin yang rezeki tu dari Allah, Allah akan cukupkan jugak keperluan kita Insha Allah.
ReplyDeleteTips2 yg sangat berguna. Tq share.
Saya rajin juga baca pengurusan kewangan secara beretika, peruntukan 10% wang gaji untuk simpanan atau tabungan masa kecemasan. Utamakan membeli barangan keperluan berbanding kehendak dan berbelanja jangan melebihi pendapatan. Tapi kalau tengok jualan murah hahahaaa... tergugat iman! Setakat ini Alhamdulillah, syukur dengan rezeki pemberian-Nya.
ReplyDeletetips yg sgt bagus.. nak kena jgk ikut tips ni slow2.
ReplyDeleteSy pun pernah hadapi situasi mcm nie.. dan masa tu juga family betul2 memerlukan... sedih tak dapat tolong tp selalu yakin pasti ada rezeki .. dan selalu Allah dtgkan rezeki tepat pada masanya tak kira dr segi kewangan, kesihatan, kwn2 yg baik.. Dan sentiasa ada simpanan utk masa2 kecemasan..
ReplyDeleteammi pernah rasa situasi ni masa belum kahwin dulu. dok bayar duit yuran, tambang ke kelas malam, makan tiba-tiba mmg ada berapa ringgit je dalam wallet. Nak nangis ke nak buat apa ntah.
ReplyDeleteTapi ammi buatlah muka tak malu, cakap ngan ex-boss ammi. Dah dia pun anggap kita baya anak-anak dia je...sudahnya dihulur duit dari wallet dia, dia hantar kita gi kelas dari PJ ke Shah Alam. Allahhhhh..baiknya hatimu En. Hamdan
Hurmm masa belajar dulu tak pe tapi masa PKP baru ni.. terasa kot ada RM600 jer nak survive utk sebulan dengan 3 orang anak.. Allahu tak tau nak kata mcm mana..
ReplyDeleteThank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging .
For any inquiries, email: anakomak6@gmail.com