Well, ako bukan la nak cerita details sangat tentang 2 institusi ni, cuma ako just nak share bahawasanya di sini la tempat ako belajar sewaktu ketika dulu.
Ye betul, sebut aje Institut Pedagangan MARA (IPM) mesti ramai tak pernah dengar kan. Tapi korang mesti tau dan pernah dengar tentang Kolej Profesional MARA (KPM)!
Yup, KPM atau dulu dikenali sebagai Institut Perdagangan MARA adalah satu tempat yang sama. Ditukar nama kepada Kolej Profesional MARA sekitar tahun 1998 kalau tak silap ako dan berpindah dari Jalan Raja Laut ke Beranang.
Dan semestinya kursus-kursus yang ditawarkan dibawah IPM adalah berbeza sedikit dengan kursus-kursus dibawah KPM.
Zaman kami dulu, kalau sesape nak amek kursus accounting (LCCI) dan business (GNVQ), akan belajar di IPM, manakala mereka yang ingin belajar IT akan mengambil kursus di Akademi Infotech MARA (AIM). Waktu itu AIM terletak di bangunan MARA lama di Jalan Raja Laut. Manakala IPM plak terletak di Bangunan Tharkudas Jalan Raja Laut, iaitu berhadapan dengan Hotel Plaza.
Ako tak pasti masih ada lagi tak kursus LCCI & GNVQ di KPM sekarang ni??
London Chamber of Commerce and Industry (LCCI Accounting) adalah kursus yang ditawarkan berdasarkan soalan soalan dari UK. Memang agak struggle juga bila nak jawab paper diorang ni hahaha.. FAIL? tipu la kalau ako cakap ako tak pernah GAGAL dalam paper LCCI ni. Kursus ni ako sempat habiskan sampai Second Level. Masuk Third Level (final year), ako dah sangkut!
Sudahnya ako sambung Diploma di UTM-SPACE Jalan Semarak , masa ni terpaksa la study separuh masa (PJJ) sebab ako dah start keje. ok abaikan hahaha
Untuk menjawab kemusykilan MAMATISYA tempoh hari, yup sepanjang ako di IPM, ako pernah stay kat hostel di Kampung Baru dan juga di Jalan Pantai Endah (sekarang ni kalau tak silap bangunan hostel kami dulu now UniKL dah amek).
Hahahah tak sangka plak Mamatisya dan ako rupanya pernah satu hostel.
Sebab kan mamatisya dulu belajar di AIM dan ako IPM, mungkin ketika itu kami tak berapa nak kenal sangat antara satu sama lain. Walau ako ada je geng-geng kat AIM tu.
.: yes it's US - 1997:. |
Zaman tu, kalau nampak je budak-budak pakai baju kurung hitam putih ni menuju ke Sogo, jalan TAR, ha kami la tu hahahaha...!! Memang berkeliaran je budak-budak 'tahi cicak' ni 😆
.: muka remaja betu;, sekarang dah remaja purba:. 😆 |
Nak share gambar hostel memang tak dapat la kan hahaha... semua pun banyak yang censored sesajo so kita share aje la gambar-gambar ngan kengkawan sekelas masa di IPM KL.
Oh ye, sebelum ako belajar di IPM KL, lepas SPM, ako amek kursus persediaan terlebih dahulu di IPM Melaka selama 6 bulan. Selesai kursus 6 bulan tu, baru la ako decide nak pilih LCCI di mana ketika itu kursus ni hanya ada di IPM KL sahaja. Which is of coz i pilih nak dok Kay Ell kan hahaha..
If masa tu ako pilih nak amek kursus bisness (GNVQ), ako bole la sambung je kat IPM Melaka tu, which is ermm ako memang kureng sket course yang menghafal dan kena present-present jual beli ni hahaha..
Pape pun dah ditakdirkan kita belajar accounting dan keje relate ngan angka kan, so terima seadanya hehehe... walau sebenarnya cita cita ako nak terbang di awan biru tidak kesampaian juga walau pernah gak cuba cuba nasib gi interview dengan MAS (cheewaaahhh 😆)
Untuk kengkawan yang dah lost contact tu, HAI HAI kat korang.. kot la tetiba ada yang terbaca kan hehe.. !
#high5MAMAtisya , mana le tau sekali kita pernah mandi sesama kat atas bumbung masa air takde dulu wkakakakakak kan kan, mana tau! psstt masa tu awak tingkat 2 kan??? Kita kat tingkat 4.. memang jarang ar nak terserempak 🙈
Nota Jemari: zaman tu gian main MIRC oiiii!! Sape pernah layan #mamak #kampung, kita geng!!😆
11 Comments
Kenapa eh dulu² kolej suka suh kita pakai uniform macam tahi cicak? 😝 samalah tempat akak pun, hitam putih warnanya. Ntah² memang korang sama² mandi atas bumbung tu tak.
ReplyDeletehahahaha... trademark tu kak hitam putih kehidupan :D
DeleteJauh betul terobek Kak Ret ni hehe. Belum berani nak terobek zaman belajar dulu sebab takut kemurungan tgk beza betul rupa dulu dan sekarang! 😂
ReplyDeletehahahha harus la beza kan tapi best terobek nya, baru kita sedar siapa kita dulu :D
Deletemcm tk caya kn rupanya kita sama hostel haha...ada juga kenal kwn2 IPM tp ingat2 lupa dh...hah time xde air mandi kt bumbung haha...ye kita tingkat 2...pastu mlm2 gayut kt public phone ikut turn :-p zaman mirc lepak cybercafe kata bdk IT kan :)bertemu jodoh pn thru chatting haha....masa kt hostel kampung baru tu zaman persediaan IT lps tu pindah hostel lembah pantai bangsar tu zaman sijil/diploma & diploma lanjutan...kita kt kampung baru tu thn 1996...grad thn 2000
ReplyDeletehahhaha kan... 1996 kita pre kat Melaka... 1997-1998 baru kita kat Kg baru then pastu baru ke hostel pantai tu..
DeleteHahaha ingat pakcik yg jaga gate tu.. hahah lupa dah nama dia.. garang gila! pernah kitrg buat dajal balik lmbt pnjg pagar sbb nak elak kena tangkap ngan dia :D
Order nasi+telur dadar kat warung depan hostel tu hahah! pastu sanggup gi sunway sbb nak lepak cybercafe :D
Eh byk la memori kat lembah pantai tu kan :D
Wow…pernah pergi iv MAS tu!
ReplyDeleteKalau dapat, sekarang takde nya sempat berblog. Busy terbang di awan biru 😁
Tengok album gambar tu teringat album² gambar lama saya yang dah terbakar.. Gambar kawen pun sama.
ReplyDeleteyezza...zaman belajar la zaman yg paling happening kannn..
ReplyDeletegeng skt..MIRC, kampung... gi cc buat asignment but of coz, bukak gak 1 tab utk MIRC kannn
Sebelum putuskan nak kuliah mana di Malaysia, saya banyaaaak cari tahu kampus di sana kak ret. Seingat saya ada pernah baca ttg Mara ini, cuma saya tak pasti Mara mana satu yang saya lihat2 😂
ReplyDeletePada akhirnya yang dipilih pun College di Penang, bukan di KL. Papa ingin saya duduk 1 pulau dengan adik saya yang duluan kuliah di sana😄. Saya telat memang.
Lihat foto di atas, kak ret yg berdiri no 2 dari kiri yaa? Tak berubah jauh sangat lah 😄
iya betul hahaha mmg muka tak berubah.. yg berubah kelebaran badan nya aja hahaha
DeleteThank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging .
For any inquiries, email: anakomak6@gmail.com