Tajuk : A Time Called You
Genre : Time travel , Mystery , Romance
Episod : 12
Tarikh disiarkan : 8 September 2023

Pelakon utama : 
Ahn Hyo-seop sebagai Gu Yeon-jun / Nam Si-heon
Teman lelaki Jun-hee dan seorang lelaki dari tahun 1998 yang menyerupainya.

Jeon Yeo-been sebagai Han Jun-hee / Kwon Min-ju
Teman wanita Yeon-jun, yang masih berduka atas kematiannya dan gadis yang mayatnya berakhir selepas mengembara ke masa lalu.

Kang Hoon sebagai Jung In-gyu
Kawan baik Si-heon, yang meminati Min-ju.

Sinopsis:

A Time Called You ialah kisah tentang Jun-hee, yang masih bersedih atas kehilangan teman lelakinya Yeon-jun pada tahun 2023, setahun selepas kematiannya. Suatu hari, dia entah bagaimana mengembara ke masa lalu ke tahun 1998 dan mendapati dirinya sebagai pelajar sekolah menengah Kwon Min-Ju (Jeon Yeo-Bin). Di sekolah, dia bertemu pelajar sekolah menengah Nam Si-Heon (Ahn Hyo-Seop). Dia terkejut kerana Nam Si-Heon sangat mirip dengan arwah teman lelakinya Koo Yeon-Jun. Nam Si-Heon ialah seorang yang peramah dan menarik dari segi fizikal. Dia dipuja oleh pelajar perempuan. Sementara itu, Jung-In-Gyu (Kang Hoon) berkawan baik dengan Nam Si-Heon dan meminati Kwon Min-Ju.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Drama ni bagi ako lain dari yang lain... Nak cakap citer cinta tapi bukan la 100% cinta semata. Episod awal memang akan ada confius sket bila tengok tapi jangan SKIP! Sebab nanti korang tak faham tiba tiba watak dia bertukar. Masuk episod 4 ke atas , baru la boleh faham sikit jalan citer nya! Keseluruhan bagi ako not bad! Walau pada mula nya bagi ako macam pening gak nak faham hahha tapi at the end, macam tak caya siapa sebenar nya pembunuh bersiri tu?! So kalau nak tau, sila la tengok!

Hero ni ako suka tengok especially dalam drama "Business Proposal" , "Dr Romantic" pun dia ada... Heroin tu kalau korang ingat drama "Vincenzo", mesti ingat heroin dalam drama tu!!

Pape pun kesedapan dan keseronokkan menonton drama adalah bergantung pada kesedapan dan keseronokkan memasing ye.. Tak semesti nya ako suka, korang pun akan suka 😝

Selamat menonton!

Nota Jemari: hero ni lahir je kat Korea tapi officially dia membesar di Canada tau!