Ye ye masa sampai hari Jumaat aritu, lepas je check-in kat Klana Resort, terus kami lunch ke Hayyan Huda ni. Tak jauh pun dari Kolej MAMA. Ikutkan memang dah lama nak try makan kat situ sejak dia buka tapi belum ada kesempatan. Baru baru ni je akhirnya berjaya juga jejak setelah mereka mengubahsuai restoran tu semakin luas dan besar.
Alhamdulilah dapat juga merasa lauk pauk kat situ.
Memang luas betul tapak restoran nya ye. Memang dari awal ada terbaca kisah bagaimana owner dapat membuka sebuah restoran di tanah pusaka 'wan' diorang. Rezeki betul sebab tengokkkan keluasan tanah nya bukan calang calang tu haha.
Kemudahan kat situ pun memang tip top. Ada disediakan surau kat bahagian luar restoran.
Pastu sebelah luar tu juga siap ada pondok untuk menunggu, istirehat, tempat merokok dsb. Kawasan parking pun sangat luas.
Masuk ke dalam, wah kena buka kasut rupanya. Ada disediakan rak kasut tapi sayang ramai tak utilise kan rak kasut tersebut. Erm.....
Masuk je terus nampak kaunter bayaran dan juga ruang dessert dan kek. Area ni berhawa dingin sikit. Ada tempat makan yang sejuk tapi masa kami sampai ruang tersebut ditutup pula.
Dulunya kek kat situ hasil tangan Chef Malaysia tapi sekarang ako tak pasti. Sorry to say, ako kureng sket rasa kek kat situ sebab bagi ako terlalu kering rasa kek nya. Ada 4 jenis kek yang ako rasa dan 3 dari 4 memang kek nya agak kering dan keras. Jangan salah kan ako sebab itu mengikut citarasa tekak ako la ye. Tekak korang, ako tak pasti!
Tempat makan berhawa dingin tapi masa ni dia tutup plak.
So kita move aje la ke ruang makan yang berkipas haha... luas dan banyak juga kusi meja so tak perlu berebut rebut.
Set menu A pilihan kami. Simple!
Ikan siakap cili ijo. RM45..
Yang ini ako add on je
Asam pedas tetel.
Sambal tumis petai.
Daging salai masak lemak cili api. Sedap weii!! Cukup rasa pedas kat tekak ako. Daging pun lembut. Sebelum tu ada gak makan lauk.ni tapi kurang pedas dan daging agak liat.
Kangkung goreng belacan pun sedap.
Dalam set tu ada air sirap selasih satu jug. Dan ako add on teh o panas satu jug juga. Berbaloi oii!! Overall bagi ako sedap dan berbaloi. Bole repeat lagi!!
Untuk ke sana sila lw waze or google Hayyan Huda Opah's Kitchen Garden!! Selamat mencuba
18 Comments
Tuhlah .ada tempt kasut..tapi mesti nak letak bebetul depan pintu ek..hihi..
ReplyDeleteUntung org tu .. dapat tapak warisan...
Nampak sedap lauk
ReplyDeleteKangkung goreng belacan tu sedapnya! Teringat midin goreng belacan.
ReplyDeleteSA x pernah makan kat sini lagi..Insha'Allah one fine day boleh pi.
ReplyDeletealamak sedapnya asam pedas tetel dengan daging salai masak lomak cili api tu...mana la ku nak cari daun kesum kat sini dengan daging salai..hahaha
ReplyDeleteSinggah ^^ and follow dari http://www.thefox.my/
ReplyDeletedlm senarai juga tmpt mkn nk singgah tp tula tk smp2 lg
ReplyDeleteJauhnya tempat dia JJCM!
ReplyDeleteEeh baru kali ini saya lihat ada restoran harus lepas sepatu 😅😅. Agaknya mereka kurang pegawai untuk tugas mop the floor 😁.
ReplyDeleteTapi memang luas sangaaat kak 😍😍.saya terbayang kalau tempat ini ditambah juga Playground, souvenir shop atau mungkin 2-3 penginapan dlm bentuk homestay kecil. Cantiiik dan luaas soalnya
Luas betul kwsnnya...masakan sedap, mmg berbaloi nak repeat..
ReplyDeletejauh AkoJjcm he hee menu2 nmpak see dapp
ReplyDeletemenarikk sedapp mata memandang suasana
Lauk² kampung tu memang mengundang selera.
ReplyDeleteAku belum betul hunting makan kat NS ni tau.. kalau ada pun jenis singgah-singgah.. nak juga rasa betul masak salai nogori..
ReplyDeletePernah makan sekali kat sini, sebelum covid. Tempatnya memang selesa, servis bagus.
ReplyDeleteDari segi rasa masakan tradisi Nismilan, tekak saya prefer di Aunty Aini Garden Cafe. Gitulah..cita rasa manusia berbeza 😁
sedap foods kat sini & tempat pun cantiks
ReplyDeletenampak sedap lauk pauk dia..
ReplyDeletedatang somban taknak pun roger2 org disini
ReplyDeleteRasa mcm pernah pergi sini,, sedap tapi terlampau pedas.. anak2 mmg tak leh makan huhuuu..
ReplyDeleteThank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging .
For any inquiries, email: anakomak6@gmail.com