Entry ni patut diterbitkan pada bulan puasa aritu tapi....... heheh malas tu memang teruk sekali😅


Ako memang tertarik dengan crazepop ni dari zaman dia mula-mula keluarkan popsicle.
Comel-comel belaka popsicle dia.

Kebetulan masa bulan puasa aritu dia ada buat promosi untuk raya.
Dan kebetulan plak owner crazepop ni adalah member satu course MAMA uyum masa kat UiTM dulu. Ha apa lagi, bila MAMA uyum dah buat order untuk raya, kita pun nak gak join sama membeli. Maka nya kita menyinggah aje le ke kedai crazepop yang terletak di 

A-G-02, Damai Hillpark,
Jln Damai Perdana 6/1F,
Bandar Damai Perdana, 56000 Cheras, KL



Ini masa promo ramadhan aritu sempena aidilfitri.
Set raya - Kek batik mini + 1 cookies raya.




Actually banyak lagi design-design raya yang lain. Bila tangan dan berseni ni kan, kita pun jadi bertambah tertarik dibuatnya, 


Terpaksa la kita order bukan satu tapi terlebih dari satu hahaha....
Ako bab-bab nampak cantek ni memang cepat benar tertarik nya.


Bersama owner crazepop (yang tengah-tengah tudung hitam).
Dari designer di atas kertas, terus jadi designer di atas kek batik hahaha....
Semangat beliau nak jayakan crazepop ni memang tabik dada la.
Sanggup tu berhenti keje kat Brunei terus buka kedai kek batik.
Tapi memang la bermula dari bawah ye, bukan crazepop ni terus naik tanpa ada halangan dan dugaan.


Semoga Nur dan Crazepop akan terus maju dan maju ke hadapan!!
Buat korang yang nak cuba-cuba, boleh jenguk ke iG : https://www.instagram.com/crazepop/?hl=en

Atau boleh order terus dari shoppee dan sebagainya di sini --> https://linktr.ee/crazepopmy

Nota Jemari : agak agak kalau benti keje nak buat bisnes apa eh? 😜