Cuti hari Pekerja 1 Mei hari tu, bermalas-malasan memasing pagi tu. Ye la nama pun cuti untuk pekerja kan haha harus la kita yang selalu kena bangun pepagi ni rasa cam nak bangun lewat je. Tapi nan ado nya. tetap la bangun macam biasa. Cuma dapat le melepak atas katil lama sket.
Sarapan! Haha takde idea. Blank tak tau nak makan apa pagi tu.
Belek punya blek IG, TT, google maka nya terjumpa video video pasal tempat ni.
Ha ok moh kita cuba. Memang tau sebelum ni kedai nya terletak kat Ampang dan baru tak baru sangat la dia pindah lokasi ke Bukit Antarabangsa lebih tepat sekali berdekatan dengan Highland Tower.
Menu utama kedai ni adalah masakan dari negeri Johor dan Terengganu. Sedap tak sedap itu subjektif tapi untuk tekak ako, memang superb sedap beb! Especially nasi dagang nya. Lauk ayam yang lembut dan tak berbau hanyir. Sorry ye sebab ada sesetengah lauk nasi dagang ni bau ayam atau ikan mesti hanyir. Ako tak pasti orang lain tapi ini adalah pandangan peribadi ako je ye.
Minuman dia biasa sama macam kedai-kedai lain.
Tapi ada juga minuman kopi moden macam latte, cappucino dan seangkatannya.
Antara menu yang terjual di situ.
Kedai ni beroperasi sampai jam 1230 tengahari sahaja. Masa ni dah nak dekat jam 10 pagi. Wah masih ramai lagi orang beratur ye.
Ruang makan dia memang santai je. Ada dua bahagian, kiri dan kanan kedai. Sepanjang ako baca review dia, memang sentiasa penuh je kedai ni. Dari sejak lokasi lama sampai la dah pindah lokasi baru ni pun masih tetap setia pelanggan-pelanggan nya.
Dah kata makanan johor dan terengganu.. Moh kita try nasi dagang dia. Ako suka betul lauk ayam nasi dagang dia ni. Pastu lontong kuah lodeh dia pun sedap. Soto dia not bad cuma bagi ako kurang pedas cili kicap dia ehehe.
Yang paling menarik dia punya gorengan. Pergh makan panas-panas oiii.... Habis je diorang terus goreng lagi dan lagi. Yang femes nya kat sini tempe goreng dia tapi banyak gila kena beli. Dah le budak-budak ni tengah kenyang, ako plak x makan tempe hahah kang beli tak habis plak. Nampak gaya kena repeat lagi ni.
Lokasi TGSK
Lot 6557, Jalan Wangsa 9, Taman Wangsa
Ukay, Bukit Antarabangsa, 68000 Ampang, Selangor
Lot 6557, Jalan Wangsa 9, Taman Wangsa
Ukay, Bukit Antarabangsa, 68000 Ampang, Selangor
Korang waze or google je TGSK, pasti jumpa, insyallah!
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
KL Last EXIT... hahah ako pun first time dengar. Tapi slalu sangat lalu lalang iklan ornag promot tempat makan yang satu ni. Maka nya moh la kita pegi. Mula bila dok pikir lokasi nya berhadapan dengan HKL, adoiii rasa cam berat nak pegi sebab tau nak ke situ kalau nasib tak baik, akan berdepan kesesakan lalu lintas. Tapi alhamdulilah, malam kami pegi, kurang sket sesak nya. Parking pun tepi tepi jalan je.
Dia jual bakso, kuey teow goreng berapi... Ako pernah ternampak video yang dia goreng berapi besar kat kuali nya hahha.. Masa dia masak tu ako x sempat plak nak videokan.
.:uyum pun susah nak gigit bakso beranak tu hahaha:. |
Kedai DarlingMeo ni pun selalu nampak dia review kat TT. Kedai ni jual fufu sejenis makanan orang Afrika. Yang ni ako tak bole masauk. Yang putih tu tepung ubi /gandum / sila la google eh yang pasti memang tawar la kan, sebab tu kena cicah ngan kuah kari dia.
Weekend siap ada live band... pastu duduk sambil nikmati view LRT atas kepala hehehe. Kesimpulan nya, antara tempat yang korang boleh consider untuk cuba lepas ni k.
info : waze / google KL Last exit (berhadapan dengan HKL)
Nota Jemari: agak agak tempat mana lagi kita nak cuba ye?
14 Comments
KL Last Exit tu dekat dgn rumah boleh la try lepak2 kat situ hujung minggu.
ReplyDeleteKL mcm2 tempat viral ada...dulu duk kl mmg rjin la terjah...ni seremban pun banyak je tempat viral tp x dan nak pi...Dania ada malam je..siang dia part time utk 3 bulan ni..Pak Zain mcm anak dara skrg...duk bilik je
ReplyDeleteKL mcm2 tempat viral ada...dulu duk kl mmg rjin la terjah...ni seremban pun banyak je tempat viral tp x dan nak pi...Dania ada malam je..siang dia part time utk 3 bulan ni..Pak Zain mcm anak dara skrg...duk bilik je
ReplyDeleteFull house ye kedai makan atas tu. Tempat makan pun cantik. Makanan pun sedap mesti jadi tarikan orang ramai datang.
ReplyDeleteTengok kuetiau kering macam tu macam ada hangus hangus sikit tu dah tahu mesti sedap punya.
Amboii Uyum, boleh tak gigit tu?
tmpt bfast tu...yg tapak lama kecik je kwn pegi...yg tmpt baru ni lebih besar tp tula ramai org
ReplyDeletegoyang tak bibir makan bakso pedas tu..hahaha! saya pun suka kuetiau goreng kering..kurang gemar yang berkuah...
ReplyDeletemenarikkk 2 tpt ni, x jauhh
ReplyDeletejln2 cari makan
Menarik sangat ni, boleh try nanti
ReplyDeleteTempat sarapan tu, mesti sedap, sebab ramai orang. Dan sanggup beratur pula.
ReplyDeleteSaya sama macam Ako. Kuetiau goreng, suka yang kering. Bakso beranak dia nampak besar portion. Tapi jenuh juga nak makan bebola daging besar-besar tu. :D
Cantik vibes tempat ni
ReplyDeleteBila nak pergi TGSK lagi? roger2 la. Boleh joint sekaki
ReplyDeleteNampak suasana TGSK tu cool je sebab ada kehijauan.
ReplyDeleteDua-dua tempat ni belum sampai lagi. Boleh masuk list JJCM saya pula lepas ni
ReplyDeleteYg TGSK itu dah masuk dlm list saya kak, nak visit lah june saat ke KL nanti 🤣. Lagi hype kayaknya yaaa, soalnya dah beberapa blogger Malaysia yg buat review-nya di blog. Saya sendiri pengen coba lempengnya dan nasi dagang pasti.
ReplyDeleteMakanan Afrika fufu itu saya penasaran, di JKT ada tapi. Cuma blm sempat pergi, Krn suami tak seperti saya. Kalo saya memang suka coba semua makanan baru. Sementara suami tak begitu 🤣🤣. Apalagi kalo dia liat aneh hahahah.
Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging .
For any inquiries, email: anakomak6@gmail.com