Selamat Hari Raya semua... masih dalam mood beraya kan.
Last minit plan, eh seminggu sebelum hari kejadian MAMA uyum nak ajak kengkawan dia datang makan. Maka nya Nina pun nak juga la ajak kengkawan Nina makan. So mula la kami buat persiapan (persiapan la sangat kan haha). Memandangkan menu utama yang wajib kat rumah kami iaitu Laksa Johor, harus la MAMA uyum yang sediakan semua tu ye. Kali ni terpaksa tempah kuah laksa frozen. Dah kata last minit kan, memang tak dan la nak menyiang ikan bagai hahaha (yg sebenarnya tengah malas tapi masih nak bagi orang makan kekdahnya 😅)
Ako pun mula la usaha cari orang untuk buat kuih. Rata-rata semua nya dah PENUH dengan tempahan raya minggu tu tapi tetap gigih usaha cari kat facebook, google, IG hahaha dan akhirnya terjumpa satu contact ni. Kebetulan memang dekat je ngan rumah so apa lagi, kita order la mana-mana yang patut buat tambahan dalam menu.
Kisahnya di hari kejadian, ako order sate.. Memang dah budget nak amek sate tu dalam pukul 11 pagi sebab jamuan tu kami start jam 1130 pagi untuk kawan-kawan MAMA. Dipendek kan cite, sate tak siap-siap jam 1130 pagi. Adoii , kawan-kawan MAMA dah start datang sorang demi sorang tapi menu masih tak cukup terhidang di atas meja.
Itu yang sampai-sampai je rumah, hidangkan dulu pape yang patut.
Memang tak sempat nak bergambar sebelum majlis ye.
.:tema kita memang warna coklat eh haha:. |
Pape pun alhamdulilah, majlis berjalan dengan lancar. Buat jemputan semua, terima kasih sudi singgah teratak usang kami. Tahun depan jemput datang lagi (insyallah kalau ada rezeki tuan rumah lagi ahhaha)
Jam 12 pm, giliran kawan-kawan opis Nina plak.
.:bapak-bapak kalau makan, memang dah tak toleh kiri kanan ye :D:. |
Geng-geng sekolah datang menghadap hahhaa.... Ini pun masih tak cukup korum sebab ada yang balik kampung plak minggu tu.
Kawan-kawan sekolah rendah abang aqeem. Walau memasing dah tak sekolah sama, tapi diorang ni still contact each other. Ha harap kekal la sampai bebila ye hubungan tu kan.
Petang-petang sket geng-geng blogger zaman dahulu kala plak mencemar majlis hahaha
Tengkiu Shai sudi datang.
Tengkiu Shai sudi datang.
Tengkiu juga buat karni dan Jun...
Buat Umie, terima kasih dan semoga cepat sihat ye!!
The one and only geng IPM KL yang sempat ako jemput hahaha itu pun sebab kebetulan kami berjiran 😅
Tetamu pertama yang sampai..
Tengkiu cousin! Sorry terpaksa tunggu menu lambat sket sampai ye 😁
Cousin nan sorang ni kemain payah nak jumpa sekarang ni!
Nasib rezeki dapat gak jumpa raya aritu.
Belah malam makcik n cousin lain plak sampai ye.
Ha ni plak jiran lama masa kat Tebrau JB, merangkap schoolmate sekolah rendah MAMA dan Nina, kawan sogama Nina, al maklum MAMA uyum tak sempat nak masuk sogama kekdahnya hahaha..
Pape pun terima kasih untuk semua tetamu-tetamu kami.
Ada rezeki tahun hadapan kita jemput ramai lagi...
Wah kemain ko Na, ada hati nak jemput ramai2.... 😆
Eh mana tau kan, tahun mendatang murah lagi rezeki kamu berkongsi raya.
untuk yang tak sempat kami jemput, maaf dipinta.
Insyallah raya bakal datang lagi.
Nota Jemari: macam ni la bila lama tak mengarang.. ntah apa aje la ako membebel atas ni kan 😆
14 Comments
Selamat Hari Raya, Kak Ret. Maaf zahir batin. Meriahnya open house raya 😊
ReplyDeleteMeriahnyaaa open house..
ReplyDeleteSedapnya laksa Johor.. ada rupanya orang jual kuah frozen eh.. senanglah macam tu.
aduhaiii...buat risau je sate siap lambat kan. Meriah juadah dan tetamu yang datang. Semoga bertambah tambah rezeki tuan rumah. Aamiinn...
ReplyDeleteDari pagi sampai malam tu, meriahnya 😁
ReplyDeleteSeronok kan buat makan² ni... PH tahun ni lebih kpd raikan kawan² anak⁴. Tetamu kita selit² je la sesiapa nak datang, takde sesi khusus :D
meriah jugak tu walaupun last minit...
ReplyDeleteSA lagi xde buat pape..masih berkabung dan bersedih...tengok la insyaallah tahun depan..
ReplyDeletemeriahnya kak...buat makan-makan ni seronok tapi penat ya ampunnn hehe
ReplyDeletesaya tahun ni tutup pintu tetamu raya,sabtu ahad banyak habis masa di asrama Pia
Best best, seronok dan meriah makan sama2 penuh juadah terhidang.
ReplyDeleteMeriaaaaah, ramai yg datang ya kak 😄👍. Makanan pun sedap semua. Saya dah baca di blog kak Carneyz ttg laksa Johor Kaka. Jadi penasaran juga. Di antara banyak laksa, laksa Johor saya blm coba. Ternyata baru tahu pakai ikan juga.
ReplyDeleteMeriahh..dari siang sampai malam...juadah pun sedap2 semuanya...
ReplyDeletemeriah tu sampai ke malam...kalo saya ada, mesti lagi meriah sampai esok paginya...lahhh, ahhahaha
ReplyDeleteSelamat hari raya
ReplyDeleteMeriah open house . Ramai yg datang tu
ReplyDeleteTerima kasih atas jemputan. Semuanya sedap2 terutama Laksa Johor. Akhirnya dapat tengok kolam "legend" ha ha ha
ReplyDeleteThank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging .
For any inquiries, email: anakomak6@gmail.com