.:View dari atas Chalet:.

Tak tau nak update apa... so kita throwback je la time raya haritu ye. Raya pertama kitorang beraya kat KL je, then raya kedua kitorang balik kampung di Rembau. Beraya la ngan pakcik makcik, tok dan uwan sedara semua. Tapi kitorang overnight kat Seremban semalam sebab raya ketiga kitorang ke PD plak 😜

Nak kata last minit pun, tak juga sebab 2 minggu sebelum raya tu memasing dok bincang, nak bercuti la kononnya time time raya tu. Bincang punya bincang, maka nya Port Dickson menjadi tempat pilihan. 

Kebetulan resort opis ako ada plak kekosongan, maka nya cecepat la ako book and pay terus. Alhamdulilah dapat le book 1 chalet, 1 apartment.


Macam biasa, diorang ni memang pantang nampak air hahah. Sampai sampai je terus terjun tiruk la masing². Alhamdulilah takde orang sangat time kami sampai, jadinya seronok la ye kolam itu mereka yang punya.


Gini la rupa chalet nya. Chalet nya kena naik tangga. Bahagian bawah tu tempat lepak lepak kalau buat bbq bole la makan kat bahagian bawah. Chalet ni ada 3 bilik, lengkap la peralatan dapur untuk masak. Cuma takde washing machine je. Baru perasan masa check-in rupanya resort kat PD ni takde plak mesin basuh. 😅😅 


View dari chalet boleh nampak sebahagian bilik kat Hibiscus. Nampak macam dekat je kan.


Cuti cuti raya pun laptop tetap kena ON. Nasib baik la ako tergerak nak bawa laptop sekali. Tetiba dapat mesej dari boss tanya macam². Haha ikutkan dia x nak ganggu tapi dah sebab dia tak bole nak login website cari data, terpaksa la empunya ID yang login sendiri ye 😅😅


Konon ala ala nak beraya kat PD resort ni. Tu yang gigih hangkut kuih raya dari KL. Haha sudahnya sendiri bawa sendiri makan 🤣🤣


Paksu Fir dan CikLin join kitorang di hari raya keempat. Lengkap la anak cucu keluarga Haji Yusof & Hajah Kalsom akhirnya dapat berkumpul bercuti together gether. Nak kumpulkan kesemua 12 orang ni memang payaj sungguh hahah. Sorang kat selatan, yang lain lain kat KL tapi yang kat KL nak gather² pun punya la payah 😅😅 

Alhamdulilah raya tahun ni dapat sekali lagi kitorang bercuti sama². 


Tiba tiba si opismet sorang ni muncul kat situ. Hahaha rupanya dia pun ada booking resort raya ke-4. Bukan setakat jiran dipejabat, malah berjiran juga kita kat rumah. Ini baru betul Jodoh lebaran nama nya ni 🤣🤣🤣



Malam nya kitorang plan buat BBQ. Ni betul betul last minit. Semua bahan masakan, pagi tu juga gigih pi beli. Memandang kan resort ni baru je dibuka semula lepas renovate, jadi tempat BBQ nya masih belum disediakan dengan lengkap. Itu yang terpaksa kami gi cari tempat bakar, penyepit, arang dsbnya.

Bahan bahan untuk dibakar dan perap , ikan ayam, hot dog pun pagi tu juga gi cari kat pekan PD.


Lengkap ayam, ikan, kambing, daging , udang eh kalau bole sume seafood nak dibakarnya . Haha... Dijamu bersama spageti tomyum .. ha camne rasa spageti tomyum tu? Pedas pedas manis manis masam masam semua pun lengkap 😜🤣


26 March besday Aqeem tapi kita celebrate awal la sket ye. Kira surprise la sebab ini pun last minit juga order kek melalui grab je. 

.:hero-hero keluarga kami:.

Happy 15th Birthday Aqeem. Semoga akan sentiasa membesar ke "jalan yang lurus" ye 🤪🤪 Ini la teman gaduh Nina kalau kat rumah hahahaha. 


Selamat Hari Raya daripada keluarga kecil kami. Tahun depan ke mana kita ney? 😜

Nota Jemari: 2 tahun sekali baru dapat berkumpul penuh time raya